Arina menghias pentas seorang diri kerana Akmal sedang memantau kerja
yang lain.Arina membuka lipatan langsir yang berada didalam kotak lalu
memgukur nya di tepi dewan.Arash yang berada tidak jauh dari situ terus
pergi ke Arina."boleh saya tolong?!" Tanyanya.
Arina hanya senyum dan mengangguk.Lalu Arash duduk tercangkung di
sebelah Arina."paku?!" Ujar Arash.Lalu Arina menghulurkan beberapa
batang paku ke Arash.Lalu Arash mengetuk paku diatas langsir itu dan
mengetuknya menggunakan tukul besi dengan berhati-hati.
Arina yang berada disebelahnya hanya memerhati Arash yang sedang gigih
mengetuk paku itu dengan penuh berhati-hati dan terperinci.Akmal yang
lalu disitu terasa geram kerana tunangnya berdua-duaan dengan lelaki lain.
Akmal menuju ke arah mereka."Arash tugas awak bukan dekat sini bukan
kamu ni kumpulan dengan cikgu Arfan ke?!" Terjah Akmal dari belakang
mereka.Arina dan Arash lalu menoleh ke belakang.
"Saya nampak Arina buat seorang diri tadi jadi saya hulurkan lah bantuan
kang tak pasal-pasal tangan dia kena ketuk dengan tukul pulak?! Kan
susah!" Ujar Arash selamba.Lalu beredar dari situ dengan poyo nya.Lalu
Akmal berdiri disebelah Arina.
"Dah paku laa cepat tak payah nak pandang sangat si Arash tu" tegur
Akmal.Arina segera mengetuk paku seterusnya dengan laju kerana
terkejut.Lalu ibu jari nya terketuk oleh dirinya sendiri."awww" hampir
sahaja air mata Arina hendak menitis.Akmal terus duduk mencangkung
disebelah Arina.
"Tu laa berangan lagi kan dah kena" bebel Akmal lalu meniup ibu jari
Arina berlahan-lahan.Tugas memaku itu telah beralih ke Akmal.Akmal
meneruskan kerja itu.Arina yang berada disebelah Akmal terus bangun
untuk melangkah pergi ke belakang dewan.
Belum sempat nak melangkah pergi Akmal telah menahan Arina."jangan nak
pergi mana-mama teman kan saya dekat sini" arah Akmal.Arina tidak melawan lalu duduk bercangkung disebelah Akmal semula.Arina memandang ke arah atas pentas terdapat Shahir yang sedang leka memetik gitar elektrik itu.
"Mata tu jaga jangan pandang laki lain pandang saya je boleh sebab saya
kan tunang awak" ujar Akmal selamba.Arina segera menutup mulut Akmal
menggunakan tangannya."kita dekat sekolah ingat?! Jangan sebut TUNANG tu
dalam sekolah ni nanti kantoi macam mana?!" Pesan Arina.
"Biar lah kantoi pon saya lagi suka semua orang tahu biar siapa yang ada
hati kat awak tu jeles" ujar Akmal lalu sambung memaku.Arina menarik
muka geram.Lalu mata nya memandang Akmal yang sedang memaku dengan
terperinci.Mata Arina tidak lepas memandang Akmal.
"Cukup-cukup lah tu pandang saya,saya tahu saya hensem" ujar Akmal
dengan bangga."perasan,tadi suruh saya pandang awak,saya pandang laa
awak,kang pandang orang lain kang ada orang jeles pulak" ujar Arina mahu
kenakan Si Akmal.
Akmal tersentak lalu meneruskan kerjanya sehingga habis Arina yang
berada disebelah gelak jahat dalam hati 'hahaha rasakan' bisik hati
Arina lalu dia memandang muka Akmal.Kelihatan sikit merah kerana
malu.Arina tergelak kecil lalu meneman kan Si Akmal sehingga habis memaku.
Share this novel