BAB 17

Humor Completed 22633

Hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan.Hari ini ialah hari
yang ditunggu-tunggu oleh Arina iaitu hari perkhawinannya bersama
Akmal.Majlis tersebut di adakan di rumah Arina.Arina duduk dihadapan
meja solek dengan keadaan yang neavous.

"Arina?!" Panggil Puan Saripah lalu duduk disebelah anaknya."Arina
tersenyum palsu."Arina sekarang dah nak jadi isteri orang kan?!" Tanya
Puan Saripah.Arina mengangguk layu.Puan Saripah mengusap kepala anaknya.

"Dah jadi isteri orang ni dengar cakap suami,jangan melawan cakap suami
dan jaga dia sebaiknya" pesan Puan Saripah.Arina terasa sebak.Lalu Arina
memeluk Puan Saripah."dah jangan sedih happy" pesannya lagi.

"Pengantin lelaki dah sampai!!" Ujar Afifah sepupu kepada Arina dari
muka pintu.Arina terasa neavousnya datang balik."baca doa banyak-banyak
dah jangan fikir neavous tu" pesan Puan Saripah lalu berlalu pergi dari
bilik itu.Arina berdiri lalu mengaca dirinya kali terakhir.

"Aku terima nikahnya Nur Arina Darissa binti Arshandi Lim dengan mas
khawin sebanyak dua ribu ringgit tunai" dengan sekali lafaz Arina
menjadi isteri Akmal yang sah.Dengan serta merta air mata Arina jatuh.

Setelah mengaminkan doa mereka pergi ke acara seterusnya iaitu acara
pembatalan air wudhu.Akmal pergi ke arah Arina.Hati nya
berdebar-debar.'lawa gile bini aku yehet~' bisik hati Akmal.

Akmal menyarungkan cincin dijari Arina.Arina menyalami Akmal lama kerana
ramai yang menangkap dan merakam saat-saat indah ini.Akmal mencium dahi
Arina lama.Arina rasa kehangatan ciuman Akmal didahinya.

Setelah habis semua acara,Arina naik kebiliknya untuk berehat,opss bukan
biliknya lagi tapi biliknya bersama suami.Arina melabuhkan punggungnya
dikatil.Pintu dikuak dari luar kelihatan Akmal masuk lalu baring diatas
katil.

Arina terasa malu kerana dia masih belum biasa lagi.Arina bangun lalu
menuju ke almari lalu mengambil baju tidurnya lalu berlari anak ke dalam
bilik mandi.'cehh malu la tu' bisik Akmal sendiri.

Setelah mengambil masa selama 15 minit Arina keluar dari bilik mandi
lalu menuju ke meja solek untuk menyikat rambutnya.Akmal pula sebuk
melihat Arina yang sedang menyikat rambutnya.

"Kenapa pandang saya macam tu?!" Tanya Arina.Arina terasa rimas apabila
Akmal pandangnya sebegitu.Akmal diam lalu dia menyusun langkah menuju ke
bilik mandi.Arina meneruskan menyikat rambutnya.

Sesudah menyikat rambut Arina terus menuju ke atas katil kerana badannya
terasa letih yang amat.Akmal keluar dari bilik air dengan bertuala
bertutup dibawah pusat.Dadanya yang tegap dan mempunyai sixpack
mengetarkan tulang rusuk Arina.

Lalu Arina berpura-pura tidur."saya tahu awak belum tidur lagi,awak malu
kan?! Tak payah malu saya kan suami awak" ujar Akmal lalu tertawa.Arina
menyelimutkan keseluruh badannya.

Akmal naik ke atas katil lalu baring menghadap Arina.Arina terasa
seperti ada orang disebelahnya.Secara spontan Akmal memeluk Arina dari
belakang."malam ni saya penat jadi saya tak akan usik awak lagi jangan
takut" ujar Akmal lalu mencium pipi Arina.

Arina membatu seperti terkena kejutan di pipinya."heyy Arina dah laa
jangan diam je" panggil Akmal.Hujan diluar terus bertambah lebat dan
membuatkan suhu menjadi sejuk.

Guruh yang kuat membuatkan Arina terkejut lalu terus memeluk Akmal
kerana takut.Akmal terkejut atas tindakan Arina lalu membalas
pelukannya."awak takut ke?! Tak pe saya ada dekat sebelah awak" ujar
Akmal.Lalu mereka tidur sambil berpelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience