Hari ini telah masuk seminggu Arina menjadi tunang Akmal.Walaupun Akmal
tu tunangnya hidupnya rasa seperti biasa sahaja.Dan dalam masa seminggu
itu juga lah dia telah menjadi tunang Akmal dan /girlfriends /Akmal.
Hari ini ialah hari Isnin,bermakna ada perhimpunan rasmi yang akan
berlangsung.Arina dan Ericca mengambil tempat dalam perhimpunan itu.Mata
Arina menangkap pandangan mata Akmal ke arahnya.Akmal hanya tersenyum
Arina terus duduk lalu mengabaikan pandangan Akmal.
Kelas 5 Orbit kedengaran agak bising kerana ketiadaan guru,kelas itu
menjadi sunyi akibat Akmal masuk kelas itu."Selamat Pagi cikgu"ujar
Najmi selaku ketua kelas Arina.Arina yang sedang duduk dengan malasnya
bangun untuk memberi ucapan.
"Selamat pagi semua boleh duduk!"ujar Akmal.Arina berada di tempat duduk
nya berasa tidak selesa kerana Akmal berada didalam kelasnya."kamu
kenapa!?"tanya Akmal ke arah Arina.Kerana Akmal memerhati gelagat Arina
yang sangat pelik.
Arina terkejut akibat teguran Akmal tadi dengan segera dia bangun dengan
menggelabah."sa...sa... saya okayy je"jawab Arina tergagap-gagap.Akmal
tersenyum kerana melihat aksi comel gelabah Arina.
Akmal berjalan menuju ke meja Arina lalu berbisik ditelinga Arina."saya
tahu saya hensem jadi jangan laa tenung saya lelama"bisik Akmal ke Arina
sambil mengenyitkan mata nya dihadapan nya.Arina segera duduk tanda
protes Akmal hanya tersenyum lalu berlalu ke tempat asal nya.
Share this novel