Sophie kehulur kehilir didalam biliknya sambil memikirkan bagaimana cara
untuk menghapuskan Arina.'apa aku nak buat ni' bisik Sophie seorang
diri.Sophie merebahkan badan nya dikatil sambil otak nya lingat berfikir.
"Sayang?!" Panggil Akmal lalu memeluk pinggang Arina dari belakang yang
sedang memotong buah epal untuk pencuci mulut."hishh awak ni terkejut
saya" marah Arina lalu meletakkan pisaunya lalu memcubit pipi suaminya
manja.
"Sorry,awak buat apa tu" tanya Akmal lalu berdiri disebelah
Arina."tengah potong buah laa tak kan laa tak nampak" perli Arina lalu
menyuapkan sepotong buah kedalam mulutnya.Akmal tertawa lalu menarik
isterinya dekat bersamanya.
"Mulut sayang je ke kena suap?! Mulut saya macam mana?!" Tanya Akmal
sambil tersenyum kecil."laa nak ke?! Nah amik ni" ujar Arina lalu
menyuapkan dua potong buah epal kedalam mulut Akmal.Akmal mengunyah
dengan gelojoh.
Terbit senyuman kecil dibibir Arina.Sudah sebulan membina rumah tangga
bersama Akmal.Manja Akmal,gedik Akmal dan semua tentang Akmal Arina
sudah khatam dengan perangainya.
Pelukan manja Akmal membuatkan Arina berasa selamat disisinya.Ciuman
hangat yang diberi oleh Akmal dipipinya membuatkan Arina merasa kasih
sayangnya.
"Sedap laa,suap lagi?!" Ujar Akmal dengan manja.Arina mengecilkan
matanya lalu menepuk dada Akmal manja.Akmal tertawa bahagia.Arina
menyuapkan lagi kedalam mulut Akmal.
******
Sophie keluar dari keretanya lalu menuju masuk kedalam mall itu.Lalu dia
menuju ke sebuah Cafe Starbuck untuk berjumpa dengan Fina iaitu kawan
baiknya.
"Weii beb sorry late traffic jam laa" ujar Sophie setelah tiba dicafe
tersebut."sokay laa aku pun baru sampai,order laa cepat" ujar Fina lalu
menyedut airnya Sophie duduk setelah memesan airnya.
"Weii beb aku ada masalah laa" ujar Sophie setelah airnya tiba
dihadapannya.Fina pandang pelik."masalah apa?!" Tanya Fina dengan
semangat."kau ingat tak ex aku kat UPSI dulu?!" Tanya Sophie.
Fina mengimbas semula otaknya." Khairul Akmal tu ke?!" Tanya Fina untuk
memastikan."ya dia laa" jawab Sophie dengan semangat."asal dengan dia?!"
Tanya Fina pelik."bukan kau dah tak suka dia ke?" Tambah Fina lagi.
"Aku suka dia lagi laa,aku cintakan dia lagi aku tak boleh hidup tanpa
dia" jawab Sophie dengan penuh yakin."dah tu pi laa kat dia balik" jawab
Fina selamba lalu menyedut minuman nya."tak boleh,sebab dia tak suka aku
dah" jawab Sophie kecewa.
"Kau move on je laa" ujar Fina."gila laa kau susah laa nak move on cakap
senang laaa!" Marah Sophie dengan geram."dah tu pi laa pujuk dia" ujar
Fina untuk menyakinkan Sophie."aku boleh je pujuk dia tapi masalahnya"
ujar Sophie dengan ayat separuh jalan.
"Apa masalahnya?!" Tanya Fina dengan tidak sabar."dia dah khawin" ujar
Sophie dengan nada suara yang tinggi.Pelanggan yang datang tertunpu
kearah mereka."kau ni jangan la jerit,chill sudah laaa" marah Fina.
"Dia dah khawin?! Dengan siapa?!" Tanya Fina setelah Sophie kembali
tenang."dengan Arina Darissa a.k.a murid dia" ujar Sophie dengan
geram.Fina hampir tersedak."What?!" Jerit Fina dengan terkejut.
Sekali lagi pelanggan yang lain pandang ke arah mereka."chill laaa" ujar
Sophie setelah keadaan kembali tenang."aku tak akan bagi hidup si Arina
tu tenang" ujar Sophie dengan amarahnya.
"Weii beb kau move on je laa" nasihat Fina.Sophie jeling ke arah Fina
seperti hendak menelan."weii chill wei chill,dia dah khawin kott kau
move on jelaa" nasihat Fina."dah ada isteri dia dah bahagia weii" tambah
Fina lagi.
"Dia aku punya!!!,aku tak akan bagi hidup diorang tenang" marah Sophie
dengan geram."suka hati kau laa aku tak nak masuk campur kau tu keras
kepala,tapi aku pesan kau move on jela" ujar Fina lalu beredar dari
situ."kau siap Arina" ujar Sophie dengan marah yang meluak.
Share this novel