Semenjak peristiwa dari mall itu.Arina sudah mula memaafkan Akmal.Hari
ini ialah hari Rabu.Hari yang para guru-guru tunggu iaitu Hari
Guru.Arina duduk ditempat yang disediakan bersama Ericca.Acara pertama
ialah acara nyanyian Negaraku dan diikuti oleh bacaan doa dari Ustazd
Rosandy.
Setelah mengaminkan doa.Pengerusi majlis memanggil guru besar sekolah
Arina untuk memberi ucapan sepatah dua kata.Setelah habis ucapan guru
besar para guru disuruh untuk membaca ikrar guru serta nyanyian guru 1
Malaysia.Mata Arina tidak putus memandang Akmal yang berada diatas
pentas yang asyik leka menyanyikan lagu Guru 1 Malaysia.
Tiba-tiba mata Arina dan Akmal berpaut.Akmal tersenyum nakal ke arah
Arina lalu mengenyitkan matanya.Arina segera mengalihkan pandangan ke
tempat lain kerana malu.Akmal ketawa kecil lalu meneruskan nyanyian.
Sesudah habis menyanyikan lagu.Majlis diteruskan ke acara kedua iaitu
acara persembahan dari para pelajar dan guru.Persembahan pertama ialah
persembahan dari kelas 5 Alpha.Kelas 5 Alpha membuat persembahan
nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu dari Najwa Latiff versi akuastik.
Tepukan gemuruh diterima oleh mereka.Setelah mengambil masa setengah jam akhirnya persembahan dari para murid pun sudah tamat,kini masa untuk
persembahan dari guru yang istimewa.Arina berasa tidak sabar menunggu
siapakah guru yang istimewa bagi mereka semua.
Petikan gitar dari atas pentas membuatkan Arina terkejut.Lalu matanya
terus memandang ke atas pentas.Dia lihat Akmal sedang memegang gitar
lalu duduk dihadapan mikrofon."Asalamualaikum,nama saya Akmal
Arumi,boleh panggil saya cikgu Mal,lagu yang saya nyanyikan spesial
untuk seseorang dalam dewan ini,jadi?! Enjoy!!" Ujar Akmal lalu mula
memetik gitar.
"Mengapakah kita selalu berjauh hati selalu sendiri dan terasa hati
apakah kita tak sehalauan lagI berat bagi ku berat bagi ku"
Pelajar mula bersorak apabila Akmal memulakan nyanyiannya Arina seperti
dapat rasa bahawa lagu ini spesial untuknya.Lalu Akmal meneruskan
nyanyiannya sambil pandang ke arah Arina.
"Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua inI pabila kenangan kita merusik jiwa dan hati kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu"
"Apakah salah ku kau buat ku begini selalu sendiri tinggal sendiri cinta yg kupintar kau balas dengan dusta berat bagiku"
"Melepaskan mu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini,pabila
kenangan kita mengusik jiwa dan hati kala malam tidurku tak lena
mengenangkan mu"
"Ku cuba pertahankan separuh jiwa ku hilang ikut terbang bersamamu
episod cinta hitam ku kini berulang kembali berulang kembali menguasai
diriku ini"
"oh tuhan kumahu yang terbaik terbaik buat ku insan kerdil ini oh tuhan
noktahkan kehilangan ini munculkan dia dia terakhir buat ku...dan buat dirinyaa.."
Tepukan gemuruh diterima oleh Akmal.Hati Arina terasa berdebar-debar dan
takut,takut kerana rahsia Arina menjadi tunang Akmal akan terbongkar.
"Lagu tadi khas untuk orang yang saya sayang,sekarang ni dia berada
didalam dewan ini,siapakah dia?! Itu rahsia saya bersamanya,saya tahu
dia tak nak orang ramai tahu,I Love You My Future Wife,saya tak nak
kehilangan awak,saya cintakan awak" ujar Akmal,Arina memang dah agak
lagu itu memang khas untuknya.
Sambutan Hari Guru sudah pun tamat pada jam 1:30 petang,sekarang pukul 2
petang tetapi Arina masih tidak pulang kerana mahu berjumpa Akmal.Arina
bergegas ke tempat Akmal didalam bila guru.Arina menunggu Akmal di mejanya.
'Mangg aii banyaknya hadiah dia dapat!!' Bisik hati Arina lalu memerhati
kesemua hadiah itu.Ada bunga ros,teddy bear,buku nota,coklat cadbury,mug
untuk pasangan kekasih dan lain-lain.
"Sorry sebab meja saya bersepah sikit" ujar Akmal dari belakang
Arina.Arina terkejut."Setiap tahun mesti saya banyak dapat hadiah,sampai
pening nak simpan dekat mana" ujar Akmal lalu menyusun hadiah itu dengan
cincai.Arina hanya tolong sedikit.
"Ermm masih muat lagi ke kalau saya bagi awak ni?!" Ujar Arina sambil
mengeluarkan sebuah kotak dari dalam begnya.Akmal menyambut huluran
kotak dari Akmal."Tapi awak janji dengan saya hadiah ni awak bukak dekat
rumah" pesan Arina.Akmal hanya mengangguk.
"Oh yaa,tadi saya nyanyi sedap tak?! Sweet tak?! Hahaha serius lagu tu
memang untuk awak" ujar Akmal dengan romantik.Arina tersenyum
malu.Teringat tentang nyanyian Akmal untuknya didewan tadi."Erhh dah laa
jom saya hantar awak balik,tak baik berdua-duaan dengan orang bukan
muhrim" ujar Akmal lalu menyimpan hadiah Arina dalam begnya.
"Hadiah ni macam mana?!" Tanya Arina."esok saya bawak balik laa janji
hadiah awak saya dah bawak balik?! Ujar Akmal.Lalu mereka berdua keluar
bersama dari bilik guru lalu menuju ke parking untuk pulang.
Share this novel