Arina berlari anak untuk mendapatkan Puan Saripah.“mama nak tanya sikit
boleh tak?!”tanya Arina sambil duduk disebelah Puan Saripah yang berada
dihalam rumahnya.“nak tanya apa?”tanya Puan Saripah dengan acuh tak acuh.
“mama kenal tak cikgu pratikal baru yang dekat sekolah Arina tu?!”tanya
Arina.Puan Saripah hanya buat tidak endah.“mama dengar tak!”rengek
Arina.Puan Saripah hanya diam lalu beredar masuk ke dalam rumah.
'Apa lah mama ni 'ujar Arina sambil bersilang tangan ke dadanya.Lalu
Arina terus naik ke biliknya untuk membersihkan diri.Sesudah mandi dia
merebahkan badannya ke atas katil.Fikirannya asyik teringat pasal Cikgu
Mal atau Akmal.
'Macam mana Cikgu Mal boleh kenal mama aku?' Ngomel Arina lagi.Tanpa
berfikir panjang Arina segera turun ke bawah untuk mendapatkan Puan
Saripah.“mama!!”panggil Arina langkah Arina terhenti kerana dia terkejut
kerana Cikgu Mal boleh berada dirumahnya.
“apa cikgu buat dekat sini”tanya Arina lalu merebahkan punggung
disebelah Puan Saripah.Akmal terkejut dengan sapaan Arina tadi.“Arina ni
tak baik cakap macam tu! Ni mama nak kenalkan ni Datin Mariam ibu kepada
Khairul Akmal”ujar Puan Saripah sambil menepuk manja peha anaknya itu.
Arina segera menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Datin
Mariam.Datin Mariam hanya tersenyum manis.“tujuan aunty datang sini ada
benda yang nak dibincangkan”ujar Datin Mariam dengan serius.Arina
terkejut lalu matanya memandang kearah Akmal.
“mama dan aunty dah buat keputusan untuk kahwin kan kamu berdua”ujar
Puan Saripah dengan sayu.“/what?!with my teachers?!/ma tak kan la Arina
nak kahwin dengan cikgu Arina sendiri”ujar Arina dengan nada tak puas hati.
“maafkan aunty sayang,inilah wasiat dari papa Akmal,aunty kena sampaikan
juga”pujuk Datin Maria.“tapi kenapa Arina?!”tanya Arina lagi.“papa dan
ayah Akmal berkawan baik dari kecil lagi jadi kita ni dah macam satu
keluarga jadi kami buat keputusan untuk satukan kamu berdua sebelum kamu
berdua lahir lagi”jawab Puan Saripah.
“kenapa mama pandai-pandai nak jodohkan Arina dengan dia?!”tanya Arina
lagi.“percaya lah kami buat yang terbaik untuk kamu nak,aunty harap kamu
terima la Akmal ni ya”pinta Datin Mariam.Dengan keluhan yang berat Arina
terpaksa juga terima Akmal.
Senyuman yang terukir dibibir Datin Mariam amat lah berasa gembira.Mata
Arina menjeling ke arah Akmal yang sedang duduk /rilex /itu.Tiba-tiba
mata Akmal terpaku ke mata Arina,mereka saling peradangan antara satu
sama lain.Arina terus membuangkan pandangannya ke arah Datin Mariam.
“tarikh perkahwinan kamu berdua kami sudah tetapkan iaitu pada 11
Januari 2016,dan kamu berdua banyak lagi masa untuk mengenal antara satu
sama lain maksudnya kamu bercinta lah dahulu ya”ujar Datin Mariam sambil
meneguk teh yang dihidangkan oleh Puan Saripah.
Arina terpaksa mengangguk tanda akur.“Arina masuk ke bilik dahulu ya
Aunty,mama”ujar Arina lalu terus menuju ke tingkat atas.Arina perasan
yang Akmal sedang memerhatikan nya ketika dia menaiki tangga.Arina hanya
buat tidak tahu lalu berlalu dari situ.
Share this novel