Raif turun ke ruang makan dan duduk distu.Raisya juga sudah berada disitu sekali.
“Mama dengan papa mana?”Tanya Raif.
“Diorang berangkat ke Sydney awal pagi tadi.”Jawab Raisya sambil menyapu jem di roti untuk diberi pada adiknya.
Raif menghirup kopinya dan memandang Raisya yang tidak sesemangat hari biasa.Dia tahu ini pasti berkenaan dengan Asyraf.
“Tengah hari ni Raif free?”Tanya Raisya sambil meletakkan roti yang sudah disapu jem itu diatas pinggan Raif.
Raif mengangguk perlahan sambil menyuap roti itu kedalam mulutnya.
“Boleh temankan akak pergi tengok cincin?”Tanya Raisya.Dia tahu dia patut pergi dengan Asyraf tapi…
Raif tergumam dengan permintaan kakaknya itu.Dia hampir sahaja tercekik tertelan roti yang belum lumat itu.
“Akak still nak teruskan perkahwinan ni?”Tanya Raif dengan nada agak serius kemudian meletakkan roti kedalam pinggan semula.
Raisya menelan air liurnya kelat.Sakit dan pedih perasaannya.
“I’m okay.Raif tak usah risau.”Ujar Raisya seraya menghirup airnya semula.
Raif mengeluh kecil.Matanya memandang mata Raisya yang menunduk itu.Dia tahu hati kakaknya keluh kesah.
“’Okay’ dari mulut akak je,bukan dari hati.”Suara Raif.
Raisya mendongakkan mukanya.Matanya sedikit merah.
“Then Raif nak akak biarkan perempuan bernama Nabila tu rampas penantian akak?Macam tu?”Tanya Raisya.Bergetar suaranya bila mengutarakan nama Nabila Amani.
Raif tergumam.Dia tahu lambat laun akaknya akan tahu tentang siapa Nabila Amani juga.
Raisya bangun dari duduknya.Dia mengambil beg tangannya dan…
“Kalau Raif sayangkan akak,Raif akan sokong akak.Bukan biarkan perempuan tu dekat dengan Asyraf!”Ujar Raisya seraya pergi dari situ.
Raif mengeluh kecil.Dahinya bertaut risau.Dia memandang kelibat Raisya sehingga hilang dari bayangannya.
“Akak…kadang-kadang,mencintai itu tidak perlu memiliki.”
*****
Nabila tersenyum sendiri.Bunga lavender yang dia beli pagi tadi dia letakkan atas meja bos bersama hot chocolate menggantikan nescafe.
“Harap aroma bunga lavender ni dapat mengurangkan tekanan bos.”Ujar Nabila pada dirinya sendiri.
Nabila memandang pejabat itu.Sekelilingnya dia perhatikan satu persatu.Hari itu baru hari kedua dia bekerja disitu dan Puan Rozie akan mengajarnya tentang tugas secretary sekejap lagi.Dia puas.
Nabila keluar dari pejabat Asyraf dan terus ketandas.Dia membersihkan tangannya.
“Nabila?”Suara seorang wanita memecah keheningan bilik air yang tiada orang selain Nabila itu.
Nabila menoleh.Dia seperti pernah melihat wanita yang menegurnya tapi…
“Kita pernah berjumpa dekat hospital.Awak tak ingat saya?”Sengaja Raisya bertanya.
Nabila mengangguk tersenyum seperti sudah mengingat tentang Raisya.
“Ye saya ingat.Cik yang bagitahu…”Nabila memperlahankan nadanya apabila wanita didepan itu yang memberitahu tentang Asyraf sudah bertunang.
“Saya Raisya.”Raisya memperkenalkan dirinya tidak semena-mena sambil menghulurkan tangan.
Nabila agak tergumam tapi dia terus mengelap tangannya yang basah itu dibajunya dan cuba menyambut salam dari wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Raisya itu.
“Tunang Asyraf dan kakak Raif.”Sambung Raisya.
Nabila terkejut besar.Tangan yang dia hulur untuk menyambut salam dari Raisya itu terbehenti begitu sahaja.Tunang Asyraf? Kakak Raif?
Raisya menarik tangannya semula dan membasuh tangannya disinki serta tidak mepedulikan muka Nabila yang terkejut amat itu.
“Saya tak suka rahsia-rahsia,that’s why saya terus terang.”Ujar Raisya kemudian terus menoleh untuk keluar dari bilik air tapi…
“Syarikat ni…”Nabila bersuara sambil mendongak memandang belakang Raisya.
“Syarikat Asyraf?”Tanya Nabila dengan suara yang terketar-ketar.
Raisya memejamkan matanya dan membuka kembali.Dia mengeluh kecil terus melangkah pergi dari situ tidak menjawab persoalan Nabila.
Tangan Nabila terketar.Tak mungkin Asyraf dan Raif sedang mempermainkan dia disaat ini.Tak mungkin!!
Sementelahan Asyraf masuk kedalam pejabatnya bersama Reza.Dia berhenti sebentar dimejanya bila melihat kuntuman bunga lavender yang menghiasi mejanya itu.
“Saya dah hantarkan laptop itu melalui seseorang bos.”Ujar Reza.
Asyraf yang tergumam sebentar dari terkejut dari lamunannya terus mengangguk.Dia membuka kotnya dan duduk dikerusi.Dia memandang hot chocolate itu.Bibirnya masih keras.
“Dan peguam Syarief dalam perjalanan bos.”Reza menambah.
“Okay,kau boleh keluar.Pastikan apa yang kita rancang tadi menjadi.”Ujar Asyraf.
Reza mengangguk faham dan terus pergi dari situ.
Asyraf memandang hot chocolate dan bunga lavender itu sekali lagi.Dia tahu Nabila berniat baik untuknya tapi dia juga takut kalau…
Knok!Knok!
“Masuk!”Arah Asyraf.
Peguam Syarief masuk sambil membawa beg jinjing disebelah.
Asyraf menyambut peguam itu dengan senyuman.
“Selamat pagi encik Asyraf.”
“Selamat pagi.”Asyraf menjawab dan mempersilakan peguam Syarif untuk duduk.
“Boleh encik tunggu sebentar?”Pinta Asyraf kemudian duduk sekali dengan peguam Syarif.
Peguam itu mengangguk dan terus membuka failnya terlebih dahulu.
Sementelahan…
“Nabila.”Puan Rozie memanggil melihat Nabila yang berjalan bergegas itu.
Nabila tidak mempedulikan panggilan Puan Rozie.Nabila hanya berjalan dengan laju mahu tahu kebenaran.
“Nabila.”Panggil Puan Rozie sekali lagi.Dia risau jika rancangannya bersama Reza tidak berjaya.
Nabila masih tidak mendengar.Mukanya sudah merah.Dia…
Nabila terus berjalan kearah pejabat Asyraf dan terus menolak pintu untuk masuk.
Jeda.
Tiada bunyi lain yang kedengaran melainkan bunyi kipas.
Asraf memandang Nabila bersahaja cumanya Nabila sahaja yang terkejut disitu.
Mata mereka saling bertentangan.
Mata Nabila merah…merah dan benci yang teramat.
Asyraf yang sudah tahu tentang Nabila cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Cik Nabila Amani?”Teka peguam Syarif.
Nabila tidak mengangguk tidak juga mengiyakan.Dia melihat Asyraf dengan perasaan marah.Jadi semuanya telah dirancang Asyraf.Tapi Raif yang mengambilnya bekerja.
Nabila mengangguk-angguk faham.Dia tahu semuanya rancangan lelaki durjana itu.Dia mengenggam tangannya geram.
Asyraf tersenyum dengan kehadiran Nabila.Memang dia merancang untuk memenukan Nabila dengan peguam Syarief.
Nabila tidak berfikir panjang dan terus keluar dari bilik Asyraf.
Asyraf terkedu.Dia memandang peguam Syarif dan meminta diri untuk keluar.
Nabila terus mengambil handbagnya dan terus pergi untuk keluar dari syarikat yang tidak dia sangka adalah milik Asyraf sendiri.
Nabila masuk kedalam lift dan Asyraf yang sempat mengejar Nabila masuk sekali.
“Aku ada hak keatas Danny!”Marah Asyraf.
Nabila menahan amarahnya.Dia tidak berkata apa-apa.Kakinya terus melangkah keluar dari lift dan terus keluar mengikuti tangga.
Asyraf mengikuti Nabila.Kali ini dia terus menarik tangan Nabila supaya dirinya berhenti dari menuruni tangga.
“Saya tak akan bagi Danny!Tak akan sesekali!”Marah Nabila sehingga bergema suaranya.Matanya merah.Merah kerana geram.
Asyraf tergumam.Dia terkejut dengan amarah yang menimpa isteri seharinya itu.Nabila benar-benar bencikan dirinya.
“Lepas!”Marah Nabila cuba menarik tangannya.
“Tunggu aku habis cakap dulu!”Asyraf cuba menahan lagi.
Nabila ketawa sinis.
“Saya akan pertahankan hak saya sekarang supaya ianya tak dihancurkan seperti dulu!”Marah Nabila.
Asyraf mengeluh kecil.Dia memandang mata amarah Nabila.
“Okay.Aku ada hak keatas Danny sebagai papa dia dan kau pun berhak keatas Danny sebagai mama dia.So…”
“Jadi awak nak rampas dia sebab awak ada harta?Awak boleh tangung dia tapi saya tak boleh.Awak jangan lupa siapa yang besarkan dia sampai sekarang!”Marah Nabila seraya menarik tangannya dan terus turun dari situ menggunakan tangga tapi…
“Aku takkan ambil hak penjagaan Danny tapi dengan satu syarat.”Ujar Asyraf tiba-tiba.
Nabila berhenti melangkah.Dia tergumam.
Asyraf memandang belakang Nabila.Kali ini dia betul-betul terseksa.Jiwa dan raganya.Betul apa yang dikatakan abang Wan…
‘Revenge will just bring regret…’
Asyraf menelan air liurnya kelat.Dia tidak tahu apa yang dia fikirkan betul atau tidak tapi…
“Dengan syarat aku dapat jumpa Danny sekurang-kurangnya seminggu dua kali.”
*****
“Kau terima syarat dia tu?”Tanya Hanani tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diperkatakan Nabila padanya tadi.
Nabila mengeluh kecil.Tidak mengangguk tidak juga mengiyakan.
“Kau sedar tak apa kau buat?Kau…”
“Habistu?Kau nak aku buat apa?Kalau aku lari dia akan dapatkan hak pejagaan Danny.Lagipun…”Nabila berhenti dari meneruskan kata-katanya.
Hanani masih menunggu Nabila untuk meneruskan kata-katanya.
“Dia cuma jumpa Danny dua kali seminggu.”Tambah Nabila.
Hanani mengeluh kecil.
“Dua hari tu sekurang-kurangnya.Takkan kau tak baca surat agreement?”Hanani bertanya sambil menunjukkan surat yang diletakkan diatas meja usai dia habis baca tadi.
Nabila berdiam diri.Dia mengaku Asyraf punya hak keatas Danny.Danny juga berhak tahu siapa ayah dia.Dia bukanlah seperti Asyraf yang akan menghukum orang lain.Dia tidak mahu Danny merasa tiada seorang ayah disisi seperti mana dirinya.Dia…
“Aku…”Suara Nabila serak.Dia melihat Danny yang bermain didalam bilik.
“Aku benci dia Nani.Aku benci sangat…”Nangis Nabila.
Hanani terus memeluk Nabila.Dia faham perasaan sahabatnya itu.Dia tahu betapa pedihnya hatinya kawannya.Betapa dirinya dilakukan sebegitu oleh manusia bertopengkan syaitan itu.
“Kau sabar ye.Hujan tak akan selama-lamanya.Allah akan bagi pelangi pada kau.”Nasihat Hanani sambil menepuk lembut belakang Nabila.
Nabila mengangguk faham.Lega rasanya dapat menangis dipangkuan kawannya.Air matanya dia kesat.Tidak mahu menangis terlalu lama dan membiarkan Danny melihat kesedihannya.
Nabila melepaskan pelukan Hanani.Hanani senyum memberi semangat.
“Oh ya!”Hanani teringatkan sesuatu.
Nabila mengerutkan dahinya.
“Tadi ada orang kirim barang ni pada mak aku.Dia suruh bagi pada kau.”Ujar Hanani sambil kakinya melangkah mengambil bungkusan yang dia letak ditepi pintu rumah.Besar kotak itu.Cantik lagi bungkusannya.
“Cuba kau tengok apa dia ni?”Ujar Hanani seraya menyerahkan bungkusan itu pada Nabila.
Nabila megetap bibirnya.Perasaanya tidak enak.Perlahan dia membuka bungkusan itu dan…
Matanya terbungkam.Laptopnya dahulu.Laptop yang menyimpan segala memori bersama keluarganya.Tak mungkin…
“Nabila.”Satu suara lelaki memecah keheningan rumah itu.
Nabila dan Hanani sama-sama menoleh.
“Raif…”
*****
“Saya…”
“Awak tahu?”Tanya Nabila.
“Ye saya tahu.”Raif menjawab jujur.
Nabila tersenyum sinis.Entah mahu marah atau senang hati dengan apa yang dilakukan Raif dia juga tidak tahu.
“Dasar orang kaya.Dengan duit,semua benda boleh buat.Semua benda boleh tahu.”
“Saya dah tahu lama.”Raif memotong kata-kata Nabila.
Nabila tergumam.Dah tahu lama?
“Suami awak,maksud saya abang Asyraf…dia…pernah beritahu yang dia pernah berkahwin pada saya dan kakak saya.”Ujar Raif pada Nabila yang berdiri dihadapannya itu.
Hanani khusyuk mendengar dari sebalik pintu.
“Biarlah dia nak bagitahu sesiapa pun,saya tak kisah.”Jawab Nabila acuh tidak acuh kemudian menoleh untuk masuk kedalam rumah semula.
“Tapi dia tak bagitahu orang tu adalah awak.”Raif cuba mempertahankan.
Kaki Nabila berhenti.Dia menoleh.
“Kenapa awak nak jelaskan sesuatu yang awak tahu saya taknak dengar hah?”Tanya Nabila dengan nada memperli.
“Saya cakap saya tak kisah maknanya dia nak bagitahu siapa saya atau tidak itu terpulang pada dia.Saya dengan dia tak ada ikatan langsung.”Nabila menjelaskan dengan yakin.
Raif terdiam.Dia memandang Nabila.
“Danny pengikat awak dan dia.”Raif bersuara.Perlahan tapi mendalam maknanya.
Nabila tergumam.Iya,Danny adalah darah daging Asyraf tapi…
“Awak tahu macam mana saya boleh tahu tentang awak?Tentang isteri sehari dia?”Tanya Raif sengaja cuba membangkitkan persoalan.
Nabila terdiam.Dia tidak mahu tahu.Itu yang dia tegaskan pada hatinya.
“Dahlah.Saya tak nak de…”
“Saya nampak dia menangis dalam rumah lama awak sambil memegang gambar awak.”Raif memotong kata-kata Nabila.
Nabila terkejut besar.
Hanani yang curi-curi dengar itu juga.
Raif memandang Nabila.Dia tahu Nabila pasti terkejut tapi…
“Saya yakin…hidup dia tak akan tenang sebab rasa penyesalan dia pada awak.”Raif cuba menjelaskan.
Nabila pula hilang kata-kata.Kelu lidahnya.
“Sebab tu saya yang rancang untuk awak dan dia berjumpa.Saya yang beritahu Nani tentang kerja kosong tempoh hari.Saya yang tetapkan awak jadi setiausaha Abang Asyraf.”
“Apa…yang awak dapat dengan apa yang awak buat ni?”Tanya Nabila dengan matanya yang merah.Nadanya bergetar disebalik suaranya.
Raif mengeluh kecil.
“Dah 4 tahun saya tengok dia jadi macam tu.Dah 4 tahun kakak saya menagih cinta yang tak akan berbalas pun dari dia.Saya kasihankan dia,kakak saya,awak dan…Danny.”Jelas Raif.
Nabila terdiam.Dia cuba menahan takungan air matanya tapi dia tahu ianya akan menetes jua.Dia…
Jeda.
Keadaan jadi sunyi sepi.
“Mama…Mama!Bila papa nak datang lagi?”
*****
“Raif sedar tak apa yang Raif buat ni?!”Marah Raisya bangun dari tempat duduknya.Raif mengeluh kecil.Dia memeluk tubuhnya.
“Sedar dengan akal fikiran yang waras akak.”Ujar Raif lembut.Dia yakin dengan apa yang dia lakukan.Dia tidak mahu hidupnya kakaknya sengasara.Dia tidak mahu kakaknya menantikan sesuatu yang tidak mencintainya.
“Habis akak ni?”Tanya Raisya menoleh melihat Raif yang tersenyum sendiri.Raif bangun dari sofa diruang tamu dan mendekati kakaknya…tenang.
“Akak….please..jangan jadi penghalang lagi.Jangan pernah terfikir untuk musnahkan hidup seorang anak.Pisahkan anak dari ibunya.Pisahkan orang yang Asyraf cinta…”Ujar Raif..lembut supaya kakaknya memahami.
Raisya memejamkan matanya.Sakit dan pedih.Penantiannya selama 4 tahun ini cuma sia-sia.Dia menangis dihadapan adiknya.
“Akak benar cintakan Asyraf?”tanya Raif.
Raisya membuka matanya yang merah itu.Bibirnya kelu tapi kepalanya mengangguk.Tulus.
“Boleh akak biar dia gapai kebahagian dia dengan cara dia?”Tanya Raif.Bahu Raisya dia pegang.Raisya terus memeluk adiknya.Raif menepuk lembut belakang Raisya.
“Raif percaya…satu hari nanti…akak akan jumpa orang yang cintakan akak.Setulus hati.Tanpa akak mulakan dahulu…tanpa akak risaukan apa-apa.Trust me?”Ujar Raif menenangkan Raisya yang sudah membasahkan bahunya itu.
Raisya melepaskan pelukannya.Dia menyeka air matanya.Matanya memandang adiknya yang tulus meminta.Bibirnya…dia paksa…untuk mengukir walaupun sekelumit senyuman…walaupun hatinya berat.
*****
Nabila melihat laptop yang sudah dibaiki dan gambar-gambar lama yang masih ada didalam laptop berjenama apple itu.
Dia menggelengkan kepalanya cuba untuk tidak memikirkan masalah itu lagi.Dia memandang Danny yang masih belum berjaga itu dan teringatkan kata-kata Hanani semalam.
“Dua hari tu sekurang-kurangnya.Takkan kau tak baca surat agreement?”
Nabila mengeluh kecil.Kenapalah dia bersetuju tapi kalau dia tidak bersetuju dia cuma akan mengeruhkan keadaan sahaja.
“Mak aku selalu pesan memaafkan orang tu menenangkan.Kita manusia…tak berhak nak menghukum sesiapa.”Pesan Hanani lagi.
Nabila mengeluh kecil.Dia melihat Danny yang sudah menggaru-garu matanya untuk bangun tidur.
“Mama…”Panggil Danny dengan senyuman comelnya memeluk Nabila.
Nabila menyambut pelukan Danny dengan erat.
“Mama…Danny mimpi papa semalam.”Ujar Danny dengan suara manjanya.
Nabila sedikit tergumam.Dia memandang muka anaknya yang ceria itu.
“Mama telefonla papa suruh dia datang sini.Danny nak keluar dengan dia lagi.”Ujar Danny dengan suara gembiranya.
Nabila terdiam.Dia berfikir sejenak.Tak mungkin.Itu bukanlah keputusan yang tepat.
“Mama?”Danny mengejutkan lamunan Nabila.
Nabila tersengih dan mengangguk perlahan sambil tersenyum tawar.
“Yeay!!”Danny menjerit suka terus berlari keluar dari bilik.
Nabila mengetap bibirnya.Dia risau…risaukalau perasaan anaknya terluka seperti dia,seperti Asyraf.
Share this novel