“Baguslah kalau ada orang yang tengokkan Danny waktu awak bekerja.”Ujar Raif sambil tersenyum berjalan disamping Nabila.
Nabila tersengih.Perasaan jadi tidak enak.Hatinya…ragu-ragu.Dia hanya mengangguk sahaja akan kata-kata Raif.Memang itu yang dimahukan emak Hanani.Menjaga Danny.
“Awak dah mesej bos semalam?”Tanya Raif sekali lagi walau dia sudah tahu seraya menekan butang lift untuk naik keatas.
Nabila memandang raif sambil menganggukkan kepalanya.Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya sedari tadi.Tapi selepas menghantar mesej kepada bos barunya,tiada pula jawapan dari bos itu.Barangkali bos barunya itu sibuk.
“Awak gugup ye?”Tanya Raif sambil tersengih melihat Nabila yang hanya menunduk dan diam tidak terkata apa-apa dari tadi.
“Hah?”Nabila membulatkan biji matanya.
Raif tersenyum dan terus masuk kedalam lift yang sudah terbuka itu.
Nabila juga ikut masuk.
“Awak jangan risau.Dia adalah bos paling baik saya pernah kenal.”Raif bersuara sambil memandang Nabila.
Nabila mendongak kearah lelaki disebelahnya yang kerap membantunya sejak akhir-akhir ini.Dia menghulurkan senyuman dan cuba melepaskan nafas getarnya.Cuba untuk bertenang.
“Terima kasih.”Ujar Nabila sepatah.
“Ok.Sama-sama.Tapi sekarang ni 1-0.Saya dah tolong awak jadi lunch nanti awak harus makan dengan saya.Macam mana?”Raif sengaja bertanya.
Nabila terdiam.Kalau boleh dia mahu menolak saja ajakan Raif.Dia tidak mahu Raif memasang niat yang tersembunyi pada dirinya.Tidak mahu sejarah berulang lagi.Dia serik.Perit rasanya bila mengingatkan kisah lalu.
“Please.”Ajak Raif sekali lagi seperti merayu bila Nabila tidak menjawab ajakannya.
“Awak kan tak familiar lagi tempat ni.Saya boleh tolong awak guide jalan dan kenalkan department dekat sini lunch nanti.”Ajak Raif sekali lagi kali ini dengan bersebab.
Nabila mengetap bibirnya dan…
“Okay.”Nabila mengangguk setuju.
Ting!
Lift terbuka dan mereka berdua keluar ke aras board administrator.Nabila mengikut Raif dari satu tempat kesatu tempat.Jelas wajah Raif yang gembira memperkenalkannya sebagai secretary baru bos pada semua orang yang bekerja diaras itu.Dia pula memperkenalkan diri dan tersenyum sahaja pada orang yang berjumpa dengannya.Cuma perasannya jadi tidak enak.Semakin dekat dia dengan bilik bos,semakin hatinya tidak tenteram…
Nabila menggelengkan kepalanya.Tidak mahu hari pertamanya kusut dengan berbagai andaian dan pemikiran negative.
“Ni tempat awak.”Ujar Raif disaat mereka sampai disatu meja kosong yang hanya ada computer sahaja diatas meja itu.
Nabila tersenyum gembira.Entah kenapa rezeki dia dapat bekerja disitu.Mungkin inilah hasil kesabaran dia selama lima tahun ini.
“Dan itu bilik bos.”Raif menujukkan pintu yang
dekat dengan meja Nabila.
“C.E.O.”Nabila membaca jawatan yang tertera dipintu itu.Dia mengetap bibirnya.
“Kejap saya panggilkan dia.”Ujar Raif apabila Nabila memandang pintu pejabat CEO seraya memulas tombol tanpa mengetuk terlebih dahulu.
Nabila tidak berani ikut.Dia hanya duduk diluar sahaja.
“Saya rasa dia keluar.Tapi tak apalah.Dia mesti akan balik sekejap lagi.Apa kata awak duduk and get ready dulu.”Ujar Raif pada Nabila yang terang-terang masih belum hilang gugupnya itu bila melihat Asyraf yang tiada didalam bilik.Dia cuba untuk tersenyum kecil.Cuba untuk menutup sesuatu yang sedang bermain difikirannya sekarang.
“Haah.”Nabila mengangguk dan terus duduk ditempatnya.Tampak kemas walau sudah 2 bulan tiada pengganti secretary lama yang berhenti kerja kerana mengikut suami pulang kekampung.
Nabila memegang keyboard computer yang tertera dihadapannya.Dia mengetap bibir dan…
“Ni hadiah Nabila sebab dapat masuk kolej.”Ujar Datok Johar seraya meletakkan sebuah laptop berjenama apple berwarna merah dihadapan Nabila.
“Papa!!”Nabila menjerit suka.Dia terus memeluk Datok Johar dalam kegembiraan.Walau dia tahu dia hidup dalam kesenangan tapi dia tidak pernah meminta untuk dibelikan sesuatu.Papanya sendiri tahu dia tidak suka meminta jadi…jalan yang terbaik adalah membeli dahulu,baru membuat surprise sebagai hadiah.
“Anak papa dah besar.Laptop ni penting untuk Nabila guna masa dekat kolej.So…use it wisefully okay?”Datok Johar berpesan.
Nabila mengangguk faham sambil menatap wajah papanya itu.
Nabila cuba menghilangkan ingatan masa lampaunya.Masa terlalu pantas berlalu dan sekarang…
“Ni buku untuk awak baca sebagai secretary.”Ujar Raif seraya meletakkan buku Legal Secretary’s Complete Handbook edisi 4 di atas meja Nabila.
Nabila memandang buku yang jelas-jelas terkandung isi didalam bahasa inggeris itu.
“Awak tahu bahasa inggeris kan?”Tanya Raif dengan seribu makna seperti tahu sesuatu.
Nabila mengangguk tahu.Semua itu pernah dia belajar dahulu.Dan lima tahun dahulu hampir 4 ke 5 kali setahun mereka keluar negara.Tapi sekarang…
“Nanti saya pulangkan balik selepas saya habis baca ye.”Ujar Nabila dengan senyuman yang cuba menutup kesedihannya.
“Eh.Tak usah.Saya hadiahkan buku itu untuk awak.”Ujar Raif dengan senang hatinya.
“Terima kasih.”Ujar Nabila dengan senyuman dan…
“Sama-sama.Saya balik kepejabat dulu ye.Ada kerja lain.”Ujar Raif seraya pergi dari situ.
Nabila tersenyum.Pandangan matanya pada Raif dia kalihkan pada komputer itu.Dia rindu pada laptop lamanya.Rindu pada isi yang ada didalam laptop itu.
Raif pula memperlahankan gerak langkahnya dan berhenti.Dia mengerutkan dahinya dan kembali menoleh pada Aina.
“Aina,awak isteri sehari abang Asyraf kan?”
*****
“Bos.Dia dah sampai dipejabat.Bos tak nak balik pejabat lagi ke?”Tanya Reza didaun pintu pada Asyraf yang sedang membelek barang yang dilitupi kain putih dirumah agam yang sudah dibiarkan lama itu.
Asyraf tidak menjawab tapi kakinya berhenti pada satu laptop lama berjenama apple berwarna merah yang sudah berhabuk diatas meja didalam bilik itu.
“Kau tak boleh ambil laptop itu!”Marah Asyraf tatkala Nabila cuba mendapatkan laptop yang ditinggalkan diatas meja studynya.
Tangan Nabila menggigil disaat Asyraf menempik padanya.Dia cuba menceroboh semula masuk kedalam biliknya setelah pakaiannya dilemparkan diluar rumah.Dia cuma mahu mengambil semua kenangan yang berada didalam laptop itu.Gambar dirinya bersama papa dan mamanya semuanya dia simpan didalam satu folder.Hanya ada beberapa keping sahaja didalam telefonnya.Semuanya sudah dia pindahkan kedalam laptop.Dia cuma mahukan gambar sahaja.Bukan laptop itu.
Nabila memandang Asyraf dengan mukanya yang agak bengis.
“Kau tak ada hak keatas hak milik aku!’Marah Nabila seraya menggapai laptop itu dan terus keluar dari biliknya tapi…
“Even kau dah jadi milik aku,takkanlah laptop ni bukan milik aku?”Asyraf memperli Nabila dengan kata-kata sinis.
Nabila berang.Dia terus menjeling dengan muka amarah untuk pergi dari situ tapi…
“Kau jangan nak lawan aku!”Asyraf terus menahan Nabila dengan menerkam leher Nabila menggunakan tangan kanannya.
Nabila cuba menahan sakit.Dirinya sudah dicekik.Buat apa dia menangis dan bertempik lagi.Walau air mata darah yang keluar atau jeritan meminta tolong diluahkan,dia tahu,tiada sesiapa yang mampu menolongnya waktu itu.Semuanya sekutu manusia bertopengkan syaitan itu!!!
Asyraf terus menarik laptop dari tangan Nabila dan menolak Nabila jatuh kelantai.Dia terus menghempuk laptop itu ketepi Nabila dan kakinya menyepak kaki Nabila yang sudah menggigil kuat itu.
“Kau ingat aku akan bagi kau bawa kenangan kau,Nabila Amani? Kau jangan pernah berharap sekali-kali pun!”
Setetes air mata membasahi laptop yang berhabuk itu.Tangan kanan yang pernah mencekik Nabila menggigil.Kaki yang pernah menyepak Nabila juga bergetar dan jadi lemah sehingga dia terlutut dilantai sendiri.
Kata-kata abang Wan menghantui kepalanya.
“Revenge…will just bring regret.”
Asyraf memejamkan matanya dan berderai air mata jatuh kepipi.Dia menghentuk kepalanya dimeja study Nabila yang sudah berhabuk itu.
Reza melihat risau.Dia mendekati bosnya dan mengusap lembut belakang Asyraf.Cuba untuk menenangkan hati Asyraf.
“Bos nak saya baiki laptop ni?”Tanya Reza.
Asyraf mendongak memandang Reza.Dia mengesat air mata lelakinya dan menelan air liur kelat sebelum dia bangun membetulkan kotnya semula.
“Buat apa yang patut kau buat.”
*****
Nabila jadi tidak senang duduk.Semua mata memandangnya.Dia hanya tersenyum sambil matanya memandang buku yang diberi Raif tadi.Sudah hampir setengah buku dia membaca sampai tengah hari itu.
Nabila melihat telefonnya kalau-kalau ada mesej dari bosnya,tapi…
“Kenapa dia tak balas ye?”Nabila bertanya pada dirinya sendiri.
“Ke….aku patut call je?”Nabila bermonolog sendiri.
Nabila menggelengkan kepalanya.Tidak tahu apa yang harus dia buat disaat itu.
“Call je lah.”Nabila terus menekan butang dail dan…
Nabila menunggu panggilan untuk dijawab dan akhirnya…
“Hello.Hello bos.Saya Nabila Amani secretary bos yang baru.”Ujar Nabila dicorong telefon dengan suara yang agak ketar.
Asyraf hanya berdiam diri.Tidak menjawab walau sepatah pun.
“Bos?”Panggil Nabila.Dia mengetap bibirnya.
Asyraf terus menutup telefonnya.Matanya memandang Nabila yang sedang polos sendirian itu dihadapannya.Dia cuba melihat dari jarak yang agak jauh supaya Nabila tidak melihat dirinya.
“Dia ada hal kot.Jangan fikir yang bukan-bukanlah.”Nabila menggeleng kepalanya sendiri.
“Cik Nabila!”Panggil seorang pekerja perempuan disitu dengan ramahnya.
“Ye saya.”Nabila berdiri dihadapan gadis separuh umur itu.
“Saya managing director disini.Boleh awak ikut saya sebentar?”Pinta perempuan separuh umur itu.
“Boleh.”Nabila mengangguk sambil tersenyum.Akhirnya,ada juga orang yang merasai kewujudannya disini.Dia terus mengikut prempuan itu dan…
“Saya dah bagitahu Puan Rozie tentang apa yang perlu dia lakukan.Bos jangan risau.”Ujar Reza seperti berbisik pada Asyraf sambil memerhati tingkah laku Nabila dan Puan Rozie dari jauh.
Asyraf mengangguk faham dan berjalan masuk kedalam pejabatnya semula selepas Nabila hilang dari pandangan matanya.
Reza mengikut dari belakang.Dia masuk dan tolong menutup pintu untuk Asyraf.Asyraf membuka kotnya dan duduk diatas kerusi disitu.Dia mengetap bibirnya seperti teringat sesuatu dan dia memandang Reza.
“Ada apa-apa bos nak saya lakukan lagi?”Tanya Reza.
Asyraf mengebilkan matanya.Tak mungkin dia menyuruh Reza menggantikan tempatnya tapi…
“Boleh kau pergi ke MY Wedding Planner?”
*****
Raisya hanya mampu menelan air liurnya kelat.Dia sudah menyatakan pada Asyraf untuk berjumpa dengannya di MY Wedding Planner tengah hari itu tapi kelibat Asyraf masih tidak kelihatan.
“So…how’s Raisya.Kita nak teruskan atau tidak.Or we change the date?”Tanya Zain selaku Boss di MY Wedding Planner.
Raisya mengeluh berat.Dia melihat album yang memenuhi tema untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
“It’s okay.I yang akan pilih.”Ujar Raisya dengan perasaan yang berbaur kelat kemudian mula menyelak album itu.
“Cik Raisya?”Reza yang baru masuk memanggil Raisya.
Raisya mendongak.Dia mengeluh kecil bila melihat hanya Reza yang ada disitu.
“Encik Asyraf ada meeting sekarang,so dia tak boleh datang.”Reza memberi alasan.
“Saya tahu.You tak perlu back up dia.”Raisya menjawab sambil matanya menatap album itu kembali.
Reza mengeluh kecil.Dia berdiri disamping Raisya.
Raisya pula tidak mempedulikan kehadiran Reza dan hanya melihat-lihat album itu sahaja.Dia tahu,dia tidak akan dapat hati Asyraf.Tapi…dia akan dapatkan jasad Asyraf.
*****
“Selama secretary bos tak ada,akaklah yang buatkan air untuk bos.”Ujar Puan Rozie sambil mengacau air nescafe yang dia bancuh sendiri tanpa menggunakan nescafe 3 in 1 itu.
Nabila mengangguk faham sambil mencatat berapa sukatan susu dan gula yang dimasukkan kedalam nescafe bos itu.
“Bila saya perlu hantar nescafe.Atau tunggu bos minta je?”Tanya Nabila apabila Puan Rozie sudah siap mengacau bancuhan nescafe itu.
Puan Rozie ketawa kecil.Tidak tahu ini adalah gurauan atau kelakuan bosnya sendiri keterlaluan.
“Ni yang kak Rozie tak faham.Setiap dua jam bermula 8 pagi,bos akan minum nescafe.”Ujar Puan Rozie dengan tegasnya.
Nabila tergumam.
“Tapi kan bahaya?Dia tak risaukan kesihatan dia ke kak?”Tanya Nabila.Nadanya berbaur risau.
“Entahlah.Akak dah nasihat bos macam adik akak sendiri.Tapi Nabila sendiri tahulah,kita ni bukanlah sesiapa nak risaukan mereka.”Puan Rozie menjawab.
Nabila mengetap bibirnya.Dahinya bertaut risau.Kalau dari 8 pagi bos memulakan minumannya dengan caffeine jadi maknanya hampir 6 kali dia minum nescafe dalam sehari.
“Akak bukan nak masuk campur tapi…”Puan Rozie mula memperlahankan suaranya.
Nabila mula memasang telinga.
“Tapi kenapa kak?”
“Akak dengar dia ada masalah tidur.Dia akan mimpi ngeri dan selalu terkejut dari tidur dia.Sebab tu rasanya dia minum caffeine,dia taknak tidur dan mimpi.”Puan Rozie menjelaskan dengan nada yang agak perlahan.
Nabila mengangguk faham.Dia menelan air liurnya kelat.
“Dahlah.Sekarang dah dekat jam 10 ni,kita pergi hantar nescafe dulu ya.”Ajak Puan Rozie.
“Tak pe kak.Biar saya yang hantarkan je.”Pinta Nabila.
“Betul ni?”
“Ye kak.Saya kan dah jadi secretary bos.”Ujar Nabila dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
“Oklah.Nabila ambik ni.Akak nak habiskan kerja lain dulu.”Ujar Puan Rozie seraya menyerahkan dulang yang berisi secawan nescafe itu.
Nabila mengambil dulang itu dan melihat Puan Rozie dengan senyuman pergi dari situ hingga hilang bayang Puan Rozie.
Nabila meletakkan dulang itu diatas meja pantry dan mula menulis sesuatu diatas buku notanya.
“Bos.Saya Nabila Amani,secretary baru bos.Saya faham kalau bos masih tak biasa dengan saya sebab dah lama bos tak ada secretary.Tapi boleh saya buat pengesahan?Kalau bos suka saya bekerja disini sebagai secretary bos,bos jangan minum air nescafe ni.”
Nabila terus mengoyak kertas notanya dan meletakkan diatas dulang dibawah cawan nescafe.Dia terus membawa dulang itu kebilik bos dan mengetuknya.Tiada siapa yang menjawab tapi dengan beraninya Nabila terus menolak pintu pejabat Asyraf dan masuk.Tapi…
Nabila berhenti sebentar.Dia menelan air liurnya kelat.
“Bos.Saya tinggalkan air nescafe disini.”Ujar Nabila pada Asyraf yang membelakanginya itu.
Asyraf masih dengan muka kelatnya.Dia tahu Nabila akan masuk menghantar air nescafe kedalam bilik seperti yang dirancangnya bersama Reza.Tapi dia buat-buat tidak mahu menegur Nabila.
Nabila berundur diri.Dia memandang sekilas belakang bosnya.Dari belakang tubuh lelaki itu dia tahu,banyak tangungan yang dia galas.Pasti dia terlalu ‘depress’ sehingga dia perlu mengambil caffeine setiap hari.Nabila keluar dan menutup pintu dengan perlahan.
Setelah yakin Nabila tiada disitu,Asyraf memusingkan kerusinya semula.Dia mengambil cawan nescafe itu dan…
Asyraf berhenti apabila satu tulisan tangan yang diselitkan sekali didulang itu menangkap anak matanya.Dia terus mengambil cebisan kertas itu dan membacanya perlahan sambil tangan kanannya memegang telinga cawan.
Jeda.
Asyraf menelan air liurnya kelat.
Satu rangkap ayat di cebisan kertas itu buatkan dia meletak cawan nescafe itu semula.
“Tapi boleh saya buat pengesahan?Kalau bos suka saya bekerja disini sebagai secretary bos,bos jangan minum air nescafe ni.”
Asyraf meletakkan semula kertas itu diatas dulang dan menolak dulang itu ketepi bersama cawan nescafe yang masih belum terusik airnya.
Kring!!!
“Ya Reza?”
“Cik Raisya dah balik bos.”
*****
Asyraf duduk diluar rumahnya yang kosong dan tiada orang itu.Abang Wan yang selalu menjadi penasihatnya sendiri sudah tiada.Kalau ada abang Wan…mungkin akan hilang sedikit rasa sunyi itu.Asyraf jadi teringat kata-kata abang Wan sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.
“Kalau satu hari nanti Asyraf jumpa Nabila balik…boleh Asyraf minta maaf dengan dia?”Tanya Abang Wan sambil badannya terlantar dihospital.
Asyraf mengerutkan dahinya.Bukan dia tidak mahu tapi egonya…
“Buang ego tu jauh -jauh.Kalau Asyraf tak mahu fikir tentang diri Asyraf,fikir pasal abang Wan.”
“Maksud abang Wan?”
“Mungkin nyawa abang Wan tak panjang,jadi…”
“Abang Wan jangan cakap macam tu.Dalam dunia ni,Asyraf cuma ada abang je.Abanglah orang yang paling Asyraf sayang.”
“Ajal maut ditangan Tuhan Asyraf.”Abang Wan menasihat.
Asyraf sedikit tergumam.Dia kembali berdiam dan memandang raut wajah abang Wan yang menghidap penyakit kanser hati itu.
“Abang tak nak hidup dalam penyesalan dan perasaan bersalah pada Nabila.Abang tetap rasa bersalah pada Nabila sebab abang Wan yang besarkan Asyraf sampai Asyraf sanggup balas dendam pada family Nabila.”
Asyraf sedikit tergumam.
“Tapi they deserve it abang!”Asyraf masih tegas dengan pendiriannya.
Abang Wan mengeluh berat.Dia tahu dia tidak pernah mengajar Asyraf untuk membalas dendam pada keluarga Nabila tapi…dia melihat Asyraf membesar didalam amarah.Hati yang penuh dendam.Dia cuba menghalang perasaan Asyraf itu tapi hati degil Asyraf…
“Dengan keegoaan…kita tak akan pernah tenang Asyraf.”Abang Wan menasihati lagi.Kali ini perlahan nadanya.
Asyraf mendiamkan diri.Dia…tahu isi hatinya yang sebenar.
“Boleh Asyraf janji dengan abang yang Asyraf akan minta maaf pada Nabila?”Tanya Abang Wan lagi.
Asyraf berdiam diri.Lidahnya kelu.
“Boleh?”Tanya Abang Wan lagi.
Asyraf memejamkan matanya dan menelan air liurnya kelat.
“Aku….minta….maaf… Nabila.”
*****
Nabila menyelimutkan Danny yang sudah tidur itu dan membawa dirinya keluar dari rumah dan duduk dia anjung rumah.Dia jadi tersenyum sendiri.Dia teringat tentang air nescafe yang dia buat tengah hari tadi tidak disentuh langsung oleh bos.Jadi maknanya,bos menerima dirinya sebagai secretary disitu.Dia jadi gembira.Senang hati memikirkan dia tidak perlu rasa was-was dan ragu-ragu lagi.Dia tahu kenapa bosnya lebih pendiam,itu kerana bos mengalami depression.Jadi,dia sebagai secretary baru,dia perlulah menyokong bosnya dan sentiada menjadi tulang belakang bos.Dia tidak mahu depression bosnya akan mengakibatkan kehilangan nyawa.
Nabila tersenyum.Masih senang hati.
“Hoi!”Hanani yang tiba-tiba datang itu mengejutkan Nabila.
Nabila sedikit tergumam.Dia terus menutup senyumannya tadi.
“Kau senyum-senyum apa tu?Seronok kerja baru?”Tanya Hanani seraya meletakkan kuih donut kiriman emaknya dari rumah.
“Hurm?Mana adalah.Kau salah tengok ni.”Nafi Nabila.
Hanani sendiri jadi tersengih-sengih sambil mencuit bahu Nabila tapi...senyumannya semakin pudar bila dia teringatkan sesuatu.
“Lelaki tu…maksud aku ayah Danny tak kacau kau lagi dah?”Tanya Hanani mengingatkan Nabila.
Nabila tergumam.Iya…dia hampir terlupa tentang kata-kata Asyraf untuk membawanya berjumpa dengan peguam atas hak penjagaan Danny.Dia jadi terdiam.Kelmarin Asyraf tidak datang dan hari ini juga…
Tak mungkinlah Asyraf tidak boleh mencarinya.Dia boleh sahaja mengupah orang untuk mencari dirinya walau dimana sahaja tapi…
Nabila mengerutkan dahinya risau.
“Aku rasa dia taknak ambil peduli dah kot.”Teka Hanani.
Nabila mendiamkan diri.Tapi dari cara Asyraf tempoh hari nampak sangat dia perlukan Danny.Seperti perlukan seseorang untuk…
“Argh!!Dia kan dah tunang!Kenapa dia nak rasa sunyi lagi?”Nabila memarahi dirinya sendiri.
“Kau tak payah fikir la Nabila.Kalau dia kacau kau lagi,kau call je aku atau…encik Raif.”Hanani mengusik.
Nabila terdiam.Raif satu hal lagi.Dalam masa sehari ni saja dia datang ketempatnya berkali-kali.Nabila risau akan pandangan orang sekeliling dan apa kata bosnya nanti.
Nabila mengetap bibirnya dan tersenyum memandang Hanani bila terfikirkan bosnya.
“Nani!”Panggil Nabila.
Hanani terkejut.
“Kenapa?”Matanya Hanani membulat.
Nabila tersengih menampakkan giginya.
“Kat sini kedai mana yang ada jual bunga lavender?”Tanya Nabila.
Hanani mengerutkan dahinya.
“Kau nak buat apa?”Hanani bertanya semula.
Nabila tersenyum.Dia mengetap bibirnya.
“Nak hilangkan tekanan seseorang mungkin?”
Share this novel