CH 4

Romance Completed 33919

Reza memandu senyap dihadapan membawa Asyraf kepejabat pagi itu.Dia teringatkan wajah Hanani kawan kepada Nabila.Bibirnya yang keras dengan senyuman itu…terukir..sedikit demi sedikit.

“Cek dimana Nabila Amani tinggal.Rumahnya.”Arah Asyraf.Mukanya ketat.

“Tapi pagi kelmarin kita dah lalu kawasan rumahnya boss.”Ujar Reza.Asyraf melihat cermin pandang belakang didalam kereta itu.Pandangannya sinis.

“Sejak bila kau pandai menjawab ni?Aku nak exact rumah.”Marah Aysraf.Reza terus mengangguk tanpa berkata banyak.

Asyraf memandang luar tingkap.Hatinya luluh..benarkah Nabila melahirkan Danny tanpa ayah disisi?Benarkah dia menjaga Danny 4 tahun tanpa Danny tahu siapa ayahnya yang sebenar.Bukankah itu yang dia mahu?Nabila terseksa.Jiwa dan batinnya.Seperti mana dia juga terseksa.Tapi mengapa dia pula yang merasa lebih sakit.

“Aku nak tanya satu perkara.”Ujar Asyraf tiba-tiba.

“Ya boss?”

“Bolehkan..dendam tu hilang?”Tanya Asyraf.Entah kenapa dia ingin tahu.

“Kalau saya beri pendapat boss tak akan marah bukan?”

“Ish! Aku yang tanya kenapa aku nak marah.”

“Bagi saya…boleh boss.Hati manusia ni bukan kita yang pegang boss.Allah yang pegang.”Jawab Reza jujur.Asyraf tergumam.

“Hati manusia ni..bukan kita yang pegang.Allah yang pegang…”

Perkataan itu terngiang ditelinga Asyraf.Dia menyandarkan kepalanya dicermin kereta seperti anak yang manja.Dan…kepanasan pipinya..kecelaruan hatinya..perasaanya..
Setitis air mata mula membasahi….

*****
“Assalamualaikum..”Raif memberi salam dari luar pintu rumah.

“Waalaikummussalam.”Jawab Nabila dari dalam seraya membuka pintu.Terkejut dia apabila encik Raif yang selalu diceritakan Hanani bertandang kerumahnya.

“Nabila Amani kan?”

“Ye saya encik Raif.Ada apa hal encik?”Tanya Nabila mengerutkan keningnya itu.Dia menunjukkan tangannya kearah kerusi diluar rumah untuk Raif duduk.

“Terima kasih.”Ucap Raif.

“Saya buat air dulu ye.”Pinta Nabila.Tapi…

“Nanti dulu.”Raif menahan Nabila dengan memegang pergelangan tangannya.Nabila tergumam.Dia cepat-cepat menarik tangannya itu.Raif tersengih malu.Dia menggaru-garu dahi seperti tiada apa yang berlaku.

“Saya minta maaf.”

“Tak ada apa encik.”

“Saya ada perkara nak beritahu Nabila ni.”Ujar Raif dengan muka yang agak serius.Nabila sedikit tergumam.Dia baru berjumpa dengan Raif beberapa hari lepas dan sekarang ini Raif mahu memberitahunya sesuatu.

“Mama….”Panggil Danny dari dalam rumah menuju keluar dengan kereta mainan kecilnya yang dihadiahkan Hanani selepas dia keluar wad baru-baru ini.Danny bermain-main kereta mainan itu dan datang memeluk mamanya.

Raif melihat Danny didalam dakapan Nabila.Hatinya sedikit luluh dan dia semakin yakin akan wanita bernama Nabila Amani ini.

“Danny..ni kawan mama.Salam dengan uncle Raif cepat sayang.”Ujar Nabila lembut.Danny tersenyum comel dihadapan Raif dan Raif yang tidak dapat menolaknya tersenyum kembali.

“Saayaaa Dannnnyy..”Ujar Danny sambil mencium tangan Raif.Kemudian dia kembali mendakap Nabila semula.Dan bermain keretanya.Nabila melepaskannya bermain didalam rumah sendiri.

“Anak Nabila ke?”Tanya Raif.Nabila mengangguk perlahan.Dia tahu pasti Hanani tidak menceritakan hal ini.Tapi buat apa dia berbohong.

“Mana ayahnya?”Tanya Raif lagi.Sengaja.
Nabila terdiam.Dia sebolehnya tidak mahu siapa pun tahu tentang ayah Danny.

“Awak bercerai bukan?”Tanya Raif lagi seperti mendesak untuk tahu.Nabila didalam dilemma.Dia malas mahu membangkitkan masalah ini.

“Tadi awak nak beritahu sesuatu?Apa dia?”Tanya Nabila cuba mengubah topik.Raif memandang Nabila yang cuba mengelak bertemu mata dengannya.

“Ouh..saya ada tawaran kerja untuk awak.Awak nak?”Tanya Raif terus terang.
Nabila terkejut.Dia memandang tepat Raif seperti tidak percaya.

“Hanani dah cerita semua dekat saya.Tentang awak yang datang KL untuk cari kerja.Awak dah tak ada sesiapa melainkan Danny dan Hanani.Lagipun awak perlukan duit untuk sekolahkan Danny kan?”

“Tapi..saya tak interview nanti apa mulut orang nak kata?”Nabila serba salah.Bibirnya dia ketap perlahan.

“Tak usah peduli mulut orang.”

“Sekurang-kurangnya saya perlu ikut prosedur.”Ujar Nabila.Dia tidak mahu dikatakan senang-senang mendapat kerja.Lagipula perkenalannya dengan Raif yang singkat ini..pasti akan dipandang serong oleh orang lain.

“Kalau macam tu saya interview Nabila sekarang,macam mana?”Tanya Raif sambil tersenyum geli hati.

Nabila cuma terdiam.Dia mengangguk sambil tersenyum tawar.

Asyraf memandang tidak jauh dari situ.Tangannya dia genggam kuat.

“Apa Raif buat dekat sini?!!!’Tanya hatinya dengan perasaan marah yang membuak-buak.Tak mungkin dia menujukkan diri dihadapan Raif atau Raisya akan tahu.Dia melihat dengan tajam setiap perbuatan mereka sehingga Raif beredar dari situ.

“Kau boleh balik.”Arah Asyraf.Reza mengangguk dan keluar dari kereta.Asyraf juga.Dia berjalan menuju kearah rumah setinggan milik Nabila.Dia cuba mengelak sampah yang bertaburan ditepi jalan dan membuat riak muka geli apabila melihatnya.

Knok!Knok!

“Kejap!”Ujar Nabila dari dalam.Asyraf bersiap sedia membetulkan tienya dan…

“Awak buat apa dekat sini?”Tanya Nabila yang terperanjat dengan kehadiran Asyraf.Asyraf tidak mempedulikan Nabila dan menepisnya untuk masuk kedalam rumah.Danny yang melihat Asyraf terus berlari-lari anak kearahnya.

“Papa!!!”Panggil Danny sambil berlari anak mendapatkan Asyraf dengan gembiranya.
Nabila terkejut besar.Sejak bila Danny memangil Asyraf ‘papa’.Asyraf tersenyum gembira dan menyambut Danny serta mendukungnya.

“Anak papa sihat?”Tanya Asyraf sambil tersenyum bermain hidung dengan sikecil Danny yang comel itu.Danny hanya mengangguk sambil tersenyum riang.

“Apa yang awak dah buat,huh?Kenapa dia panggil awak papa?”Tanya Nabila dengan nada yang marah.Asyraf tersenyum.Dia melepaskan Danny untuk bermain dibawah.

Danny melihat kedua mama dan papanya.Dia mencebikkan mulutnya.Tidak tahu apa yang digaduhkan mereka.Dia terus masuk kedalam bilik meninggalkan mereka diruang tamu.

“Shhh..tak baik marah-marah depan budak-budak.”Ujar Asyraf lembut.

Nabila terkena diri sendiri.Itu apa yang dipesannya tempoh hari dihospital.Matanya terkebil-kebil melihat Asyraf.

“Dia anak saya,tak salah kalau dia panggil saya papa dan tak salah kalau saya disini nak melawat anak saya.”Ujar Asyraf dengan lembut menggunakan mata nama pertama 'saya'.

Nabila terkejut.Dia tidak tahu jika itu satu sindiran atau ancaman untuknya.

“Awak nak apa lagi huh? Tak habis-habis mengganggu kami berdua.Tak cukupkah nyawa papa saya yang awak nak dia mati tu,sekarang ni awak nak saya pulak yang mati kan,atau saya dengan Danny sekali?”Tanya Nabila agak marah tapi perlahan dan sinis.

Asyraf terkejut besar.Dia terus menarik tangan Nabila dan keluar dari rumah itu.Kasar.

“Awak tak puas lagi ke selepas apa yang awak dah buat pada saya?Tolonglah..saya dah cukup terseksa.Jangan kacau kami lagi!”Marah Nabila dengan nada merayu.Matanya merah dan perlahan titisan air mata itu membasahi pipinya.
Asyraf terkejut.Hatinya luluh.Hatinya sakit melihat Nabila menangis dihadapannya.

“Sekarang kau dah rasa apa yang aku rasa kan?Tapi ni belum cukup.Tak sama macam yang arwah papa kau buat!”Marah Asyraf pula dengan nada yang berbaur sinis.
Nabila terkejut besar dan..

“Mama!!!!”Danny menangis memanggil Nabila dari dalam rumah.Nabila dan Asyraf melihat sesama sendiri dan berlari masuk kedalam rumah semula.Nabila sempat menyeka air matanya dan melihat Danny yang jatuh dari katil itu.

Asyraf mengangkat melihat Danny dan meletakkannya keatas katil.Mukanya risau.Risau yang teramat.Nabila terdiam.Belum sempat dia berbuat apa,Asyraf sudah meniup kaki Danny yang terseliuh itu.Dia melihat riak wajah Asyraf.Lain dan tidak mempedulikan sesiapa.Mata Asyraf hanya fokus pada Danny yang menangis sakit itu.

“Apa yang kau buat ni?Cepat ambil air sejuk!”Ujar Asyraf dengan nada yang risau.
Nabila bangun dan terus mendapatkan air sejuk serta kain bersih untuk Asyraf.

Asyraf memerah kain sejuk itu dan meletakkan dikaki Danny.Nabila tergumam lagi.Dia mengeluh kecil tidak percaya dengan apa yang dia nampak dihadapan mata.Dia menyeka air mata Danny yang sudah tiada itu.

“Danny lelaki kan?Anak lelaki kena kuat.”Ujar Asyraf lembut pada Danny sambil mengusap lembut kepala anaknya itu.Danny mengangguk-angguk sambil memeluk erat Asyraf.Nabila memandang sahaja dengan lidah terkelu.Muka mereka berdua…jelas-jelas sama.

“Kau tengok apa?”Tanya Asyraf.
Nabila terkejut.Dia menggeleng.

“Kenapa tak ada karpet dirumah ni? Yang ada cuma tikar minyak saja.Tengok apa dah jadi.Dia jatuh dari katil tapi tak ada tempat yang lembut dibawahnya?”Asyraf bertanya dengan nada yang biasa.

“Kami baru pindah.”Jawab Nabila.
Asyraf mengeluh kecil.Dia melihat sekeliling rumah usang itu dan kembali melihat Danny yang memeluknya dari tadi.Kepala Danny dia usap lembut.Kemudian dia memandang Nabila.

“Jom.Ikut aku.”Ajak Asyraf kemudian terus bangun.

“Pergi mana?”Nabila yang terkejut itu bangun juga dan menahan Asyraf.Asyraf yang mendukung Danny itu menoleh melihat Nabila.

“Aku tak nak sebelum aku dapat hak aku,ada orang mengadu pada polis yang aku culik anak dia.”Ujar Asyraf lembut dengan nada memperli.

Nabila terkejut.Dia menghentak kaki dan menjuih bibirnya.Asyraf ketawa kecil lalu keluar dari bilik itu sambil mendukung Danny.

“Dia ingat aku ni jahat sangat macam dia ke hah?!!’Marah Nabila didalam hati.

*****
“Tak banyak sangat awak order ke?”Tanya Nabila.Dia melihat set ikan bakar yang bersaiz besar itu dihadapannya tanpa berkelip.Sudah lama dia sendiri tidak merasa makanan mewah seperti ini.

“Makan jelah tak usah merungut.Kan Danny?”Ujar Asyraf seraya melihat Danny yang menggunakan tangan meratah ketam yang tengah dikupas Asyraf itu.

“Saya tak merungut.Saya takut membazir.”

“Kalau tak habis kau bungkus jelah.”

“Haishhh..awak ingat tempat mewah macam ni boleh bungkus-bungkus ke?”Ujar Nabila dengan nada yang memperli.

Asyraf masih dengan perbuatan dia sedari tadi.Melayan Danny makan.Nabila sendiri terkejut dengan perbuatan Asyraf yang bertubi-tibu menimpa dia itu.Sangat susah untuk dipercayai sama sekali.

“Kau ingat juga ye?Aku ingat kau dah lupa zaman dahulu.Zaman kekayaan kau.”Ujar Asyraf seraya memandang Nabila.Tajam.Nabila terkejut.Bulu romanya meremang.Dia terketar-ketar cuba memandang kearah lain.

“Sampai saya mati pon saya akan ingat.”Jawab Nabila dengan nada yang terketar-ketar dengan perasaan yang penuh hiba.Ada nada serak di hujung nadanya.

Asyraf terdiam.Nabila masih tidak menyentuh makanan pun.

“Jom.”Ajak Asyraf.

Nabila terkejut.Satu pun belum dia sentuh lagi.Asyraf mendukung Danny dan membawanya keluar dari situ.Nabila mengeluh melihat makanan yang masih banyak diatas meja itu.Dia meninggalkan sahaja dan mengikut Asyraf keluar.

Asyraf berjalan dihadapannya dan masuk kekedai.Dari satu kedai kekedai yang lain.Dia membeli berbeg-beg baju untuk Danny.Nabila cuma melihat dan cuma menjadi pemilih saiz untuk badan Danny.Dia juga memegang beg-beg yang dibeli Asyraf itu.Semuanya berjenama.Dari Kanze Kids,Kiko, Armani Junior dan lain-lain lagi yang bertaraf dunia.

Nabila melihat Asyraf yang hanya bermesara dengan Danny sahaja dan membuatnya seperti tungkul kayu.Dia mengikut mereka sehingga keparkir kereta.Nabila masuk dihadapan dan meletakkan Danny diatas ribanya.Asyraf memandu kereta dan terus kelaur dari IOI mall dan menuju kerumah Nabila.

“Bulan depan dia dah lima tahun.Kau tak daftar dia untuk tadika?”Tanya Asyraf ingin tahu.
Nabila mendiamkan dirinya.Dia mengusap lembut kepala Danny.

“Awak yang buat saya jadi macam ni.Awak juga yang buat saya hidup susah macam ni.Tapi awak jangan ingat sebab saya susah saya tak mampu sekolahkan Danny.”Perli Nabila dengan sedikit kasar.Lagipun Asyraf bukan suaminya dan Asyraf pernah memperlakukan dirinya seperti binatang.Jadi tak salah jika dia juga berkelakuan kasar dengan Asyraf.

Asyraf mengeluh berat.Dia cuba bersabar dengan kata-kata perlian dari Nabila.

“Kalau kau tak mampu,kau boleh bagitahu aku.”Ujar Asyraf menjawab perlian Nabila.

Nabila menelan air liur kelat.

“Oh ya.Esok kau free?”Tanya Asyraf seraya menoleh sekilas memandang Nabila.
Nabila mengerutkan dahinya.

“Untuk apa?”Tanya Nabila.

Asyraf menelan air liurnya kelat.Cuba menahan perasaan getarnya melihat kepolosan muka Nabila itu.

“Jumpa peguam aku.Bincang pasal hak penjagaan anak.”Jawab Fawwaz.

Nabila terkejut besar.Tidak percaya dengan apa yang dikatakan Asyraf.

“Tak…tak mungkin…”

*****
Asyraf memberhentikan kereta dihadapan rumah Nabila dan mengeluh kecil.Dia menoleh ketepi dan melihat Nabila yang tidur menyenget itu.Danny juga.Perlahan-lahan..dia mengukir senyuman.

“Kau muda lagi..pasti kau penat jaga dia seorang diri kan.”Ujar hati Asyraf seraya teringat bahawa dia berkahwin dengan Nabila Amani seawal Nabila berusia 18 tahun.

Kepala Nabila menyenget terjatuh tapi…sempat ditahan Asyraf.

“Kita kat mana ni?”Tanya Nabila yang baru tersedar dari tidurnya itu.Asyraf cepat-cepat menarik tangannya yang cuba menahan kepala Nabila itu.

“Dah sampai.”Jawab Asyraf.

Nabila menggosok matanya dan melihat Danny yang masih tidur didalam dakapannya itu.Asyaf turun dan membuka pintu untuk Nabila.Dia menyua tangannya untuk mengambil Danny.Nabila memandang Asyraf.Kata-kata Asyraf tentang mahu mengambil hak penjagaan anak itu membuatkan dia tidak puas hati.Dia menyerahkan juga Danny didalam dakapan Asyraf apabila Asyraf menggerakkan keningnya.

Nabila keluar dan masuk kedalam rumah memegang beg-beg pakaian Danny.Dia membuka lampu bilik dan membiarkan Asyraf masuk dan meletakkan Danny diatas katil.

Asyraf keluar dan Nabila mengiringi Asyraf untuk menutup pintu.Kedua mereka masih senyap dan tidak berkata apa-apa langsung.Asyraf keluar dan Nabila menutup pintu perlahan dan saat itu juga Asyraf menoleh melihat kebelakang.Belum sempat dia berkata apa-apa Nabila sudah menutup pintu.Nabila menyandarkan dirinya di pintu rumah.Asyraf juga.Dia menyandarkan dirinya di pintu luar rumah.

“Ya Allah…”Nabila memegang dadanya.

“Apa yang harus aku buat ni?”Pinta hati Nabila.
“Betul ke apa yang aku buat ni?Pisahkan seorang anak dari seorang ibu?”Asyraf juga memejamkan mata dan bermonolog sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience