CH 8

Romance Completed 33652

“Selepas meeting dengan Regalia Holding hari ini bos akan…”
“Dia tak datang hari ini?”Tanya Asyraf sambil matanya hanya tertumpu pada kerusi dan meja secretary yang terletak diluar biliknya.
Reza menoleh melihat kearah dinding lutsinar yang dilihat bosnya itu.
“Dia dah kirimkan surat berhenti kerja melalui encik Raif.”Reza menjawab jujur.
Asyraf memandang Reza mengerutkan dahinya.Melalui Raif?
“Saya kira encik Raif dah tahu hubungan bos dengan cik Nabila.”Ujar Reza bila mengingatkan riak muka Raif yang tidak terkejut bila menyerahkan surat resign pada dirinya pagi tadi.
Asyraf mengeluh berat.Dia menyandarkan belakangnya pada kerusi dan memejamkan matanya sejenak.
“Bos ada nak suruh saya buat apa-apa lagi selepas ni?”Tanya Reza.Harapannya hanya satu.Nabila dan Asyraf bersatu kembali.
Asyraf membuka matanya.
“Cancel semua meeting hari ni.”Ujar Asyraf tiba-tiba dan terus keluar dari bilik pejabatnya tapi…
Asyraf berhenti bila Raisya berjalan menuju kearahnya.Dekat dan semakin dekat dengannya.
“Sya, I…”
“I kan dah cakap I okay if it’s one sided love?”Raisya mengingatkan Asyraf dengan senyuman.Nadanya lain.Tidak memperli tidak pula terlalu tinggi.Tenang,seperti seorang kawan.
“You…datang sini kenapa?”Tanya Asyraf agak gugup.
Raisya tersenyum.
“Tak boleh ke I datang sebagai seorang kawan yang sayang kawan dia?”Tanya Raisya tersenyum lagi.
Asyraf mengerutkan dahinya.Hairan dengan sikap Raisya.
“Apa maksud you?”
“Sebagai seorang kawan I cuma nak beritahu you…jangan lepaskan orang yang you sayang, …berdendam dengan dia atau…you yang akan regret one day.”Ujar Raisya dengan seikhlas hatinya.
Asyraf tergumam.Dia memandang Raisya.
“You tak marahkan I?”
“Ye…I marah.I marah sebab you tak berterus terang dengan diri you,you tak berterus terang dengan Nabila.I marah sebab I sayangkan you.”Ujar Raisya lagi.
Asyraf terdiam.Tiak dia sangka Raisya akan menerima tentang hatinya segeitu sekali.Dia tersenyum gembira.Matanya memandang Raif yang berada dibelakang Raisya.Dia tahu,Raif yang menasihati Raisya.
“Abang…jangan lepaskan Nabila untuk kali kedua lagi?”
*****
“Danny makan dulu.Kejap lagi aunty Nani datang kita akan keluar ye?”Ujar Nabila dengan suara yang manja pada Danny sambil meletakkan kuah sup ayam kedalam pinggan Danny.
“Kita pergi taman mainan boleh mama?”Tanya Danny.
“Boleh…Tapi Danny kena janji minggu depan Danny kena ikut mama pergi daftar sekolah?”
Danny tersenyum gembira.
“Okay Mama!Papa ikut tak?”Tanya Danny tiba-tiba.
Nabila tergumam.Lidahnya kelu.
“Nabila.”Panggil Hanani dengan suara yang agak tawar.
Nabila menoleh melihat rakannya yang lain riak mukanya itu.
Hanani menunjuk pada daun pintu rumah dan…
“Apa dia buat dekat sini?”Nabila bertanya pada dirinya.
“Tengokkan Danny.Jangan bagi dia keluar.”Pinta Nabila pada Hanani dengan suara yang berbisik kemudian terus keluar pergi dari situ.
“Haah.”Hanani mengangguk faham.
Nabila terus kearah pintu dan memandang Asyraf dengan muka yang agak marah.
“Danny mana?”Tanya Asyraf bila Nabila sudah sampai didaun pintu.
Nabila mengtap bibirnya dan terus keluar menutup pintu rumah.
Asyraf tergumam dengan perbuatan Nabila.Dia tahu Nabila masih marahkannya.
“Siapa suruh awak datang sini?”Tanya Nabila memeluk tubuh sendiri.
“Kita dah buat agreement yang aku boleh jumpa Danny sekurang-kurangnya dua kali seminggu.Dua kali seminggu paling kurang bermakna aku boleh jumpa dia hari-hari.”Asyraf menegaskan.
Nabila mendengus marah.
“Kalau macam tu saya nak batalkan agreement tu.”Ujar Nabila sepatah.
“Dan aku akan dapatkan hak penjagaan Danny.”Asyraf menjawab.
Nabila menelan air liurnya kelat.
“Awak akan berkahwin.Kalau hak penjagaan Danny jatuh pada awak,awak ingat dia boleh terima mak tiri dia?Awak nak seksa emosi budak kecil tu?”Tanya Nabila dengan nada memperli.
Asyraf terdiam.Tapi perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
“Kenapa?Jealous?”Tanya Asyraf seraya mendekati Nabila.Nabila cuba mengundurkan dirinya kebelakang dan dia berhenti apabila Fawwaz berhenti mendekatinya lagi.
“Tak..”Nabila menggeleng dengan lagaknya.Dia juga tidak mahu tampak rendah dan tidak bermaya dihadapan Asyaraf lagi.
“Sa..saya..takut Danny tak boleh terima emak tirinya.”Ujar Nabila tersekat-sekat.
Asyraf tersenyum.Entah kenapa dia suka dengan jawapan dari Nabila.
“Siapa kata dia akan jadi emak tiri Danny?”Tanya Asyraf kembali sambil matanya memandang Nabila.
Nabila agak terkejut.Kepalanya yang memadang kebawah segera dia dongak dan pandang kepada Asyraf.
“Habis tu kalau bukan dia,siapa yang awak nak kahwin?”Tanya Nabila dengan agak marah tidak berpuas hati.Dia mengerutkan dahi.Begini rupanya Asyraf.Perkahwinan baginya adalah satu permainan.
Asyraf terdiam.Dia melihat Nabila yang hanya setengah meter dekat dengannya.Nabila agak terkejut. Jawapan yang dia tunggu belum Asyraf jawab.Malahan mata Asyraf asyik memandangnya.Kali ini bukan seperti biasa.Bukan seperti dahulu.Bukan seperti 5 tahun yang dulu….Ianya tenang…penuh dengan rasa tenang…
“Kenapa kau nak tahu?”Tanya Asyraf dengan nada yang agak lembut.Nabila terkejut.Matanya terbeliak.Dia terundur kebelakang dengan sendirinya.
“Tak…siapa..ka..ta saya nak tahu.”Ujar Nabila agak cuak.Asyraf tersenyum geli hati.
Nabila terkejut.Hatinya berdebar kuat.Asyraf pula mendekati dan memegang bahunya erat.Nabila terdiam.Badannya kaku.Masa rasa seperti terhenti.
“Sebab kau je yang layak jadi penjaga Danny.”Ujar Asyraf lembut.
Nabila tergumam.Matanya terbeliak memandang Asyraf yang memegang bahunya.Betul-betul dihadapannya.Sampai degupan jantungnya merasuk masuk kedalam telinganya.Nabila masih tidak percaya.Asyraf memandang Nabila.Meminta simpati…meminta kefahaman…Bahawa dia…
“Tak mungkin!”Nabila menolak Asyraf.Dia bernafas agak laju dengan degupan jantungnya yang kuat tiba-tiba.
Asyraf terkejut.Dia memandang Nabila yang melarikan pandangan mata dari memandangnya itu.
“Saya tak akan percaya orang macam awak.Awak orang yang dah musnahkan kepercayaan saya pada sesiapa.Awak orang yang menghumbankan saya kedalam tempat yang tiada cahaya.Sekarang pun…awak masih nak humbankan saya kedalam kubur.Kenapa?!”Tanya Nabila.Matanya memandang Asyraf.Merah…dan sebutir air mata mula meniti dipipi lembutnya.
Asyraf terdiam.Lidahnya kelu.Otaknya berat tidak semena-mena.Dia…
“Awak masih terfikir nak perangkap saya? Menggunakan Danny?Jangan beritahu saya sebab Danny awak nak berubah.Sebab Danny awak nak lupakan masa lalu.Masa lalu tu menyakitkan sampai saya tak boleh tidur memikirkan bagaimana saya mahu melahirkan Danny sehelai sepinggang.Bagaimana saya mahu membesarkan dia dengan tiada apa-apa.Awak ingat senang untuk saya lupakan masa lalu?Hah?”Tanya Nabila dengan nada memperli.
Asyraf terdiam.Jantungnya ibarat di hiris-hiris.Pedih dan sakit.Air mata yang cuba dia tahan selama ini bertakung…Matanya cuba memandang Nabila.
Nabila mengeluh dan menyeka air matanya…Dia mula menoleh untuk masuk kedalam rumah semula tapi kakinya berhenti…berhenti bila nada sedu sedan Asyraf mula terdengar dicorong telinganya.
“Kau ingat aku senang dengan apa yang aku buat?”Tanya Asyraf.
Nabila tergumam.Matanya terbeliak dengan sepatah kata-kata dari Asyraf itu.
“Setiap saat aku akan rasa bersalah…setiap detik aku akan ingatkan kau…setiap malam wajah kau menghantui aku…setiap bayangan…ialah bayangan kau..Kau ingat hati aku batu?Batu pun lama-lama akan terhakis…”Ujar Asyraf panjang.Betul-betul tulus dari hatinya.Nabila terdiam.Suara serak Asyraf sampai ketelinganya.Dirinya…tersentuh.
“Dan setiap hari selama ni…aku selalu tanya pada diri aku.Kenapa kau perlu hadir dalam hidup aku lagi?Kenapa aku asyik teringatkan kau?Adakah aku rasa bersalah pada kau?Adakah aku sebenarnya cinta dan sayang pada kau?”Tanya Asyraf sambil kepalanya mendongak memandang belakang Nabila.
Nabila terkejut besar.Hatinya seperti mahu luruh disitu juga.Setitis air mata tiba-tiba jatuh lagi.Dadanya berdegup kencang.Kencang sampai dia cuba untuk mengawal emosinya sendiri.
Asyraf masih menunggu untuk Nabila menoleh…dengan air mata yang sudah bertakung.
Nabila mengangkat kaki yang berat itu…sekuat hati cuba dia tahan…..dan….dia terus masuk kedalam rumahnya secepat mungkin.Asyraf terdiam.Air mata yang cuba dia tahan itu akhirnya jatuh juga.Ego lelakinya tewas juga….
Asyraf memejamkan mata dan menyeka air matanya.Badannya masih kaku disitu.
“Sekarang…aku tahu betapa sakitnya penyesalan sekarang…”
*****
Nabila memandang dari luar tingkap melihat hujan yang membasahi bumi itu.Dan…tubuh Asyraf yang masih melutut dihadapan rumahnya.
“Kesian dekat dia Nabila.Takkan kau…”
“Dahlah…”Nabila menutup jendela rumahnya.Dia cuba berkelakuan tidak peduli tapi hatinya…
“Mama..hujan ni.Kita pergi hari lain ye.”Ujar Danny dengan muka manjanya.
Nabila mengangguk.
“Okay..nanti kita pergi hari-hari tau.”
“Haah.Dengan papa.”Ujar Danny sambil tersenyum duduk diatas riba Nabila.
Nabila yang tersenyum pada Dany itu berubah riak muka menjadi kelat.Hanani melihat kawannya.
“Nabila…”Panggil Hanani lagi.Dia meminta.
“Biarkan dia.Dia akan balik bila dia dah tak tahan lagi dekat situ.”Ujar Nabila dengan tegasnya sambil mengusap rambut Danny.
Hanani mengeluh.Dia bangun melihat Asyraf yang masih berlutut didalam hujan itu.
“Tak…dia pun hati keras macam kau Nabila.Dia tak akan berganjak dari situ.”Keluh Hanani didalam hatinya sendiri sambil melihat Nabila yang sedang melayan gelagat Hanani itu.
*****
Nabila melihat satu-satu kembali gambar yang berada didalam laptopnya.Hanani datang dari luar membawa air teh o panas pada kawannya itu.
“Nah.”Hanani menghulurkan segelas vawan yang berisi air teh o panas.Dia kemudiannya duduk disebelah Danny yang sudah melelapkan matanya itu.Dia memandang jam didinding.Sudah 10 malam dan…
“Kau tahu siapa yang bagi laptop ni pada mak aku?”Tanya Hanani pada Nabila.
Nabila tergumam.Dia berhenti menekan butang dikeyboard laptopnya.
“Tahu.”Jawab Nabila.Siapa lagi kalau bukan Asyraf.Asyraf yang menyimpan segala hak dia.Jadi Asyraf yang menghantarnya.
“Dia ingat aku akan terseksa selepas tengok gambar-gambar family aku.”
“Tak.”Hanani memetong.
Nabila yang mahu menyuap air kemulutnya itu terbehnti.Dia memandang Hanani.
“Dia nak minta maaf.Itu yang dia cuba buat.”Hanani menegaskan.
Nabila mengeluh kecil dan terus menutup laptopnya.
“Kalau kau nak cakap pasal dia lagi,kau baliklah.Aku nak tidur dulu.”Ujar Nabila sambil meletakkan laptop yang dia sudah tutup itu diatas meja.
Hanani tergumam dengan tindakan kawannya itu.Dia bangun dan terus menoleh untuk pergi tapi…
“Kau sama je dengan dia kalau kau berkelakuan macam ni.”Ujar Hanani seraya pergi dari situ.
Nabila menelan air liurnya kelat.Tipu jika dia tidak tersentuh dengan kata-kata Hanani tadi.Tapi dia..
Hanani terus keluar dari rumah dan berhenti ditepi Asyraf.
Asyraf pula masih menunduk melutut didalam hujan.
“Awak baliklah!Hati dia masih keras!”Ujar Hanani dengan suara yang agak kuat didalam hujan yang lebat itu kemudian terus pergi dari situ menuju kerumahnya yang agak tidak jauh dari situ.
Asyraf menelan air liurnya kelat.Tak…dia tidak akan pulang.Tidak selagi Nabila tidak memaafkannya.
*****
Nabila terjaga terkejut.
“Macam mana aku boleh tertidur ni?”Nabila menggosok matanya terus bangun dari kerusi yang dekat dengan jendela semata-mata mahu melihat Asyraf semalam.Dia…risaukan Asyraf.
Mata Nabila terbeliak.Dia terus membuka pintunya dan melihat tubuh Asyraf yang sudah terlentang disitu.
“Awak bangun!Bangun!”Nabila menepuk-nepuk muka Asyraf yang sudah pitam disitu.
Nabila cemas.Dia tidak tahu berbuat apa.
“Bangun…tolong bangun.”
Air matanya menetes.Menetes sambil menggerakkan tubuh Asyraf yang sudah panas itu.
*****
“Aku kan dah kata.Kau taknak dengar.Sekarang tengok dia dah demam.”Hanani membebel pada Nabila yang sedang menuam muka Asyraf dengan air sejuk.
Nabila menelan air liurnya kelat.Semalaman Asyraf berada didalam hujan…tak mungkinlah dia tidak demam.
“Mama…kita bawak papa jumpa doktor ye?”Danny meminta dengan muka yang manja.
Nabila mengetap bibirnya.Dia memandang Hanani meminta idea.
“Jomla mama.Kesian papa ni.Dia demam…”Danny membujuk.
Nabila tergumam.Danny sangat mengambil berat pada ayah kandungnya.Macam mana dia boleh terfikir untuk pisahkan mereka.Dia…
“Uhuks…uhukss..”Asyraf terbatuk kecil.Dia membuka matanya memandang kelibat Danny,Hanani dan Nabila disitu.
“Mama!!Papa dah bangun…”Danny memeluk Asyraf.Asyraf tersenyum menyambut pelukan Danny.Bibir pucatnya juga tersenyum pada Nabila.
Nabila menelan air liur kelat.Tiada riak muka yang tercetus dimukanya.Hanya kosong dan tiada perasaan.Dia bangun dari situ untuk pergi meninggalkan mereka tapi…
“Boleh…saya cakap sesuatu dengan awak?”Pinta Asyraf.Kali pertama dengan menggunakan kata nama pertama ‘saya’.
Nabila sedikit tergumam.Dia agak terkejut bila Asyraf memanggil dirinya sebagai ‘saya dan awak’.Sebelum ini hanya ‘aku dan kau’ yang keluar dari bibir Asyraf dan ianya keras.Tegas dan menyakitkan kerana penuh dengan perlian.
Hanani mencuit Nabila.Nabila melihat muka Hanani yang mengangguk berdiam diri dihadapannya itu.Dia juga mahu Nabila mendengar penjelasan Asyraf.
“10 minit.”Pinta Asyraf lagi.
Danny yang melihat kebingungan.Dia tidak tahu apa yang berlaku pada kedua ibu bapanya.
Nabila mengeluh kecil.Dia tidak mahu memikirkan Asyraf,tidak mahu mendengar penjelasan Asyraf kerana semua perbuatan Asyraf sudah cukup untuk membuat hatinya tertutup.Dia terus berjalan untuk pergi tapi…
“Lima minit?”Pinta Asyraf sekali lagi kali ini bangun sambil mendukung Danny.
Nabila memberhentikan langkahnya.Dia memejam mata.
“Mama…mama jangan marah papa…”
*****
“Awak…Saya minta maaf.”Panggil Asyraf kali pertama dengan panggilan awak.
Nabila agak terkejut.Tapi dia cuba berlagak seperti tiada apa-apa.Sengaja dia memilih untuk bercakap diluar rumah dan membiarkan Danny didalam rumah bersama Hanani.
“Boleh tak..jangan pernah hadir dalam hidup saya lagi?”Pinta Nabila.Dia memejamkan matanya.Cuba menarik nafas dan bertenang seperti tiada apa yang berlaku.
Asyraf tergumam.Dia memandang Nabila dengan muka yang agak terkejut.Riak muka Nabila.Nabila bukan orang yang lemah dia kenal sebelum ini.Dia sudah kuat.Kuat sepertimana dirinya kuat.
“Tapi..”Asyraf masih merayu.
“Kalau awak sayangkan Danny..tolong pergi jauh dari hidup kami.”
“Jadi awak terfikir nak pisahkan kami anak beranak?”Asyraf bertanya dengan perasaan yang sakit.
“Iya…seperti apa yang awak dah buat pada saya dan bapa saya.”
“Kalau macam tu awak tak ubah macam saya.Memusnahkan hidup orang lain.”Asyraf menjawab.
Nabila tergumam.Betul apa yang dikatakan Asyraf tapi…
“Awak yang ajar saya supaya jadi api.Jadi orang kuat didalam hidup.”
“Bukankah awak perlu berterima kasih untuk sebab itu.”Suara Asyraf.
“Nabila….”Panggil Asyraf lembut.Matanya sayu memandang Nabila yang langsung tidak melihat kearahnya sedari mereka bercakap tadi.
“Sekarang dah adil.”Asyraf menyambung.Lembut saja suaranya.Ada nada getar yang berbunyi disebalik suaranya itu.
Nabila terdiam.Dia mendongak melihat Asyraf.
“Awak nak Danny hidup tiada bapa…macam mana awak dan saya?Awak nak dia juga kena tempias akibat dari dendam kita berdua?Awak sanggup?”Tanya Asyraf…lembut…meminta penuh dengan nada serak.
Nabila terdiam.Emosinya berkecamuk.Hatinya sedih.Dia cuba untuk kelihatan tabah dan kuat walaupun sejujurnya…dia cuma berlakon sahaja.
“Kenapa..kenapa saya perlu menaruh harap pada orang seperti awak.Kenapa saya perlu beri peluang pada awak?”tanya Nabila.Dia cuba menahan emosinya lagi.Matanya sudah merah.
“Every person…reserve a second chance right?”Tanya Asyraf.
Nabila memejamkan mata dan menitiskan air matanya lagi untuk lelaki yang pernah mencoretkan kisah lampau yang perit untuknya.Kenapa perlu ada air mata?Di mana kekuatan dia selama ini?Kenapa dia perlu berpura-pura dihadapan lelaki yang pernah bergelar suami seharinya ini?
Nabila pusing kebelakang dan…
“Nabila!”Panggil Asyraf dan terus melutut disitu jua.Nabila sempat tertoleh kebelakang semula dan terkejut.
“Lima minit awak dah tamat.”Ujar Nabila tanpa dia sedar air matanya jatuh menurni pipi mulusnya itu.
Asyraf mendongak memandang Nabila dihadapannya.Air mata…perlahan mencurah dipipi lelaki yang berusia 31 tahun itu.Tangan yang berurat itu memohon ampun…memohon ampun atas segala yang dia lakukan…seikhlas hati…seikhlasnya.
Nabila kaku disitu..hatinya terusik..tapi kakinya cuba dia tahan..egonya…Air mata yang hanya menitis setitis tadi dia esat jua.Cuma…hatinya lemah.Lemah melihat Asyraf yang menangis teresak-esak seperti budak-budak itu.Persis seperti Danny.
“Maaf..”Ujar Nabila kemudian menoleh semula untuk masuk kedalam rumah dan mengesat air matanya lagi..tapi..
“Papa…”Danny berlari memanggil Asyraf yang melutut menangis teresak itu.Nabila tergumam.Dia melihat Hanani didalam rumah yang berlindung disebalik pintu.Hanani menggeleng supaya Nabila tidak pergi dari situ.Hanani meminta dengan tangannya sekali.
“Tolong Nabila…lihat keikhlasan dia…paling tidak fikir pasal anak kau.”Pinta Hanani didalam hatinya.Dia merayu dengan matanya memandang Nabila.
Nabila terdiam.Dia melihat Danny yang memeluk Asyraf itu.
“Papa…menangis kenapa?”Tanya Danny sambil memegang muka Asyraf dan cuba menyeka air mata dipipi Asyraf itu.
Nabila melihat mereka berdua.Asyraf cuba tersenyum dihadapan Danny yang menyeka air matanya itu.
“Mama…”Panggil Danny sambil tangan kecilnya meraut tangan Nabila untuk duduk dihadapan Asyraf.
“Mama papa nangis..mama kenapa ni..mama..mama…”Panggil Danny.
Nabila terduduk dihadapan Asyraf.Kelu.Lidahnya terdiam.Matanya memandang mata Asyraf yang basah itu.Mata Asyraf juga memandang matanya yang basah.
Nabila…
Mula tersenyum…perlahan-lahan…
Adakah dia kalah dengan egonya sendiri? dia tidak tahu.Apa yang dia tahu,dia sayangkan Danny.Tidak mahu Danny hidup seperti dia dan Asyraf.Cukuplah apa yang pernah menghantui mereka berdua.
Asyraf terkejut…benar?Benarkah apa yang dia lihat ini.Nabila mengangguk sambil menangis teresak-esak…membiarkan kebisuan yang menjawab soalan mereka.
“Saya…maafkan awak.”Ujar Nabila menangis lagi.Asyraf tersenyum gembira.Matanya mengeluarkan air mata..mencurah-curah.Dia memeluk erat Danny dan melihat Nabila…matanya tersenyum gembira…
*****
1 minggu selepas…
Mata Nabila diikat dengan kain erat. Asyraf memimpinnya dan berjalan diatas pasir pantai.Angin malam terasa menusuk kedalam tubuh mereka.Asyraf dengan baju kotnya dan Nabila dengan gaun pengantinnya beriringan berjalan disitu.Diatas pasir yang jemerlus itu.
“Awak nak bawak saya pergi mana ni?”Tanya Nabila ingin tahu.
Asyraf tersenyum sambil memegang tangan Nabila erat dan dia pimpin perlahan.
“Adalah…”Ujar Asyraf dan berjalan sedikit lagi kemudian dia berhenti.
Balutan dimata Nabila dia buka dan…
“Apa ni?”Nabila terkejut.Lampu-lampu nilon memenuhi sekelilingnya.Pasir pantai dihiasi bunga ros merah dan putih.Dihadapannya adalah laluan yang bercahaya yang disusun dengan api yang dipacak diatas pasir pantai itu dan dihujungnya…terdapat meja makanan yang dihiasi dengan belon-belon berbentuk hati.
Nabila melihat Asyraf.
“Tak sangka awak..”Belum sempat Nabila menghabiskan kata-katanya Asyraf mencium pipi Nabila telebih dahulu.
Nabila tergumam.Matanya terbeliak.Kaku sebentar.
Asyraf tersenyum manis.Sejujurnya dia juga malu.
“Hurmm…kenapa panas ni..”Nabila mengomel sendiri sambil matanya melirik kearah lain.Asyraf terkejut.Dia memandang Nabila yang cemas itu.
“Kalau macam tu saya padamkan lilin-lilin ni ye?”Ujar Asyraf.Nabila terkejut.
“Tak..tak perlu.”Ujar Nabila.
Asyraf terdiam.Dia menjuihkan bibir manja dihadapan Nabila.
“Okay ke ni?”Tanya Asyraf mengusik.Dia tahu Nabila malu dengan ciuman dia tadi.Nabila mengetap bibirnya.Dia cuba menahan senyumnya.
“Awak ada masa pulak nak buat semua ni.”
“Awak ingat saya buat?”Tanya Asyraf.Nabila mengerutkan dahinya.Baru dia fikir yang Asyraf yang melakukan semuanya.
“Jadi awak.”
“Ye..tak sempatlah.Jadi saya cuma berikan idea ni.”Ujar Asyraf.
Nabila mengeluh lega.Dia tersenyum.Paling tidak dia tahu itu adalah idea Asyraf dan mana mungkin dia yang melakukannya di hari perkahwinan mereka.
“Jom?”Ajak Asyraf.Nabila tersenyum dan menyambut tangan Asyraf untuk berjalan kemeja disitu.
“Bila awak sukakan saya?”Tanya Asyraf sambil telapak kaki mereka berjalan menuju kearah meja.
“Hurmm…sejak kali pertama saya berjumpa dengan awak?”Ujar Nabila.Asyraf terbehenti.Dia memegang bahu Nabila dan menolehkan Nabila lembut memandangnya. Nabila tersenyum malu.
“Jadi awak sukakan saya dahulu bukan?”
“Saya suka sebab awak baik.Awak cakap nak tolong saya dan keluarga…tapi..perasaan tu..”Ujar Nabila..
“Jangan hilangkan persaan tu lagi ya?”Pesan Asyraf.
“Awak?”
“Saya…hurmm..setiap hari..setiap bayangan awak menjelma.Hati saya sakit bila saya cuba menafikannya..mungkin..sebab saya tahu saya tak boleh hidup tanpa awak?”Ujar Asyraf.
Nabila tersenyum malu.Asyraf juga.Dia memegang tangan Nabila dan perlahan menuju kearah meja makan.
“Raisya?”Tanya Nabila
“Dia akan jumpa orang yang lebih baik dari saya.Saya cuma untuk awak.”Ujar Asyraf.Nabila tersenyum sambil kakinya lembut memijak pasir dan matanya menunduk malu.
“Mama! Papa!”Panggil Danny dari jauh dengan muka gembiranya.Asyraf tersenyum.
“Muka dia macam saya..macam mana awak boleh lupakan saya kan?”Bisik Asyraf pada telinga Nabila.Nabila tersenyum.Dia melihat Danny berlari kepadanya.
“Sebab awak berikan dia..dia ajar saya banyak perkara.I’m just a human…who need someone in my life.”Bisik Nabila pula ditelinga Asyraf.
Asyraf tersenyum…
“Learn from life…that way you can live.”Bisik Asyraf.
Nabila mengangguk.Seperti mana dia dan Asyraf melalui…perkara yang sama.Perkara yang sama dia rasa semasa dia kehilangan Ayah…begitu juga Asyraf rasa..peritnya hidup apabila tiada sesiapa disisi.
“Papa..mama..”Danny sampai dan memeluk mereka erat.Asyraf mendukung Danny.Nabila melihat Hanani dan Reza yang berjalan seiringan dan Raif serta Raisya yang datang beriringan juga.Masing-masing diwajah mereka tercalit kebahagian.Kebahagian yang pastinya tiada pengganti.Bukan wang ringgit menjadi taruhan..bukan dendam menjadi taruhan..Ianya adalah keihklasan…
Nabila memandang Asyraf tersenyum gembira,begitu juga Asyraf sambil memeluk Danny erat dan rapat.Mereka berjalan sambil memandang sesama sendiri tersenyum dan biarkan hati mereka bermonolog sendiri.
“Awak tahu kenapa saya nak jadikan awak isteri sehari saya?”
“Kenapa?”
“Sebabnya saya sendiri tidak tahu.Mungkin kerana dendam yang tercalit begitu lama.Sampai hati saya menjadi hitam?”
“Tapi sebab itu juga awak ada taraf suami sehari saya.”
Hahahaa…
“Asyraf…awak tahu dendam itu macam mana?”
“Membenci seseorang?”
“The best revenge is just to move on and getting over it..”
“That’s the best revenge we both must take.”

***THE END***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience