CH 5

Romance Completed 33919

“Kau kenapa ni Nabila?”Hanani yang usai meletakkan gulai ikan emaknya diatas meja memandang Nabila yang asyik mundar mandir dari tadi.Angin malam yang sejuk membuatkan dia memeluk tubuh sendiri.

“Aku tak sedap hatilah.”Nabila mencurahkan perasaannya.

“Tentang ayah Danny?”Teka Hanani.
Nabila berdiam diri.Iya.Memang itu apa yang dia rasakan sekarang ini.

“Apa kata kau kahwin je balik dengan dia?Kau
senang,Danny pun senang.”Hanani memberi idea.
Nabila membeliakkan biji matanya.Tak mungkin!

“Tak!”Ujar Nabila dengan suara yang tegas.
Hanani tergumam.Rasa amarah didalam diri Nabila dia lihat.Membuak-buak membuatkan mata kawannya itu merah.

“Aku tak kan pernah lupa apa yang pernah dia buat dekat aku.Aku tak kan pernah maafkan dia.”

“Tapi Nabila.Kalau kau berdendam dengan dia,satu hari nanti kau akan menyesal.”Hanani cuba menasihati.

Nabila memejamkan matanya.Dia tidak akan berganjak dari pendiriannya.Dia masih terluka.Luka itu masih pedih.Pedih yang membuatkan rasa hatinya seperti dihiris-hiris pedih.

“Saya tak nak!”Nabila melemparkan air jus yang diletakkan didalam dulang dihadapannya.
Tangannya kuat dia pegang dengan amarah yang membuak sambil matanya memandang senyuman sinis Asyraf yang senang hatinya berdiri menyilang kaki dibilik GRO itu.

“Nak tak nak…ini kerja kau.Aku dah pernah rasa diri kau…kenapa tak beri peluang pada orang lain pulak?”Asyraf bertanya sambil mendekati Nabila yang memandang kebawah dengan badan yang menggigil menahan amarah itu.

“Kau..dah..tak..suci..Ingat tu.”Perli Asyraf lagi dengan nada berbisik sambil tangannya merayau di bahu Nabila yang tiada secebis pakaian itu.Yang ada hanya menutup sehingga keparas dadanya sehinggalah ke paha.Betapa malu dan hinanya dia memakai pakaian seperti itu.Tapi dia cuba tahan.Tak guna dia menangis air mata darah sekalipun,sebab Asyraf tak akan pernah lepaskannya.

“Kau tu cuma bekas a…”

Pang!!!

Nabila menampar pipi Asyraf yang sedari tadi menghina dirinya.

“Apa salah saya.Salahkah saya dilahirkan dari darah daging orang yang membunuh ayah awak?Kenapa awak tak bunuh je saya macam mana awak buat pada papa saya?!!!”Marah Nabila.Berderai air matanya yang cuba dia tahan dari tadi menimpa pipi mulus itu.Dia masih muda tapi dirinya…

“Ya!Itu nasib kau sebab kau lahir dari orang yang tak berperikemanusian macam papa kau!”Asyraf juga menempik sepuas hatinya didalam bilik GRO itu.
Nabila menyeka air matanya dan menelan air liurnya kelat.Dirinya dia lihat dan kemudian matanya tajam memandang Asyraf yang bertopengkan syaitan dihadapannya itu.

“Kalau macam tu…dalam tak sedar awak juga tak berperikemanusiaan!”

“Kau siapa hah?Kau siapa nak cakap aku macam tu!!!”Marah Asyraf seraya mencekik leher Nabila.
Leher Nabila terangkat.Dia memandang Asyraf dengan nafas yang tercungap-cungap memandang Asyraf.

“Asyraf!!!”Abang Wan yang menerjah masuk kedalam bilik GRO itu terus menempik nama Asyraf.

Asyraf tergumam.Dia melihat kesebelahnya.

“Lepaskan dia Asyraf!”Marah Abang Wan.
Asyraf mengetap bibirnya.Perlahan tangannya lerai dari mencekik Nabila.

Nabila terbatuk kecil sambil memegang lehernya yang dicekik Asyraf itu.

“Awak ingat.Kalau sampai satu hari nanti awak datang melutut pada saya sekali pun.Saya tak akan pernah maafkan awak!!!!”Marah Nabila seraya masuk kedalam tandas dan mengunci dirinya.

Dia menangis sambil menyandarkan dirinya didaun pintu bilik air.Teresak-esak.Dia tidak tahu apa yang terjadi…apa yang harus dia lakukan sekarang ini.Yang dia tahu…dia tak akan maafkan Asyraf…

“Tak akan…tak akan…”

“Tak akan..tak!!!”Aina menjerit dan tersedar dari mimpinya.Dia mengeluh tercungap-cungap.Mimpi itu…hadir lagi.Dadanya dia pegang dan panas bahang dipipi terasa.Kenangan itu mengusiknya lagi….

“Mama…”Panggil Danny sambil menenyeh matanya.

“Mama nangis lagi…”Danny turut bersedih melihat mamanya yang menangis.
Nabila memeluk Danny dan membujuknya.

“Tak sayang…mata mama…pedih je.”

*****
“Tak!!!”Asyraf terjaga dari mimpinya.Dia membeliakkan biji matanya dengan nafas yang tercungap-cungap.Tidak tahu apa yang dia mimpi sehingga dia terkejut sebegitu sekali.Cumanya…

Asyraf memejamkan matanya…dia cuba menenangkan dirinya.Bilik itu.Bilik yang dia kurung Nabila.Bilik yang selalu dibanjiri air mata isteri seharinya.Kenapa? Kenapa hatinya jadi tidak enak?Kenapa bilik itu seperti menghantui mimpinya lagi.Kenapa?!!!

“Bos?”Tanya bodyguard yang sudah berdiri dihadapan bilik air yang baru dimasuki Nabila dan dikunci itu samada dia perlu memecahkan pintu itu atau tidak.

“Tak payah!”Abang Wan memberi arahan.
Asyraf memejamkan matanya.Kata-kata Nabila masih terngiang ditelinganya.Jeritan amuk dari wanita itu membuat hati kecilnya tidak tenang.

“Awak ingat.Kalau sampai satu hari nanti awak datang melutut pada saya sekali pun.Saya tak akan pernah maafkan awak!!!!”

Abang Wan merapati Asyraf dan menepuk lembut belakang Asyraf seperti cuba menenangkan lelaki yang masih berkecamuk dengan fikirannya itu.

“Asyraf dah dapat apa yang Asyraf nak.Cukuplah tu.Buat apa Asyraf simpan dia lagi.Dia bukan isteri Asyraf lagi.”Abang Wan cuba menasihati.

Asyraf membuka matanya.Merah.

“Hidup ni perlu adil.Jangan buat dia menderita lagi.”Abang Wan menasihati lagi.

“Abang Wan tahu apa tujuan Asyraf bela dia?”Tanya Asyraf.

“Abang Wan tahu.Tapi bukan dengan cara macam ni.Dia rasa terhina…emosi dia terganggu.Asyraf kasihankan dia macam Asyraf kasihankan diri Asyraf kan?”Abang Wan meneka.

Asyraf memejamkan matanya dan setitis air mata mengalir dipipi keras itu.Kakinya lemah dan akhirnya dia terduduk dihadapan Abang Wan.

Abang Wan melutut memandang diri Asyraf.

“Cara Asyraf buatkan dia berfikir tentang keburukan Asyraf.Apa yang Asyraf dapat?”
Asyraf memeluk tubuh memandang suasana bukit yang berkabus dari rumahnya itu.Jauh disebalik bukit itu…dia teringat lagi tentang kisah dahulu.

“Apa yang aku dah buat ni?”

*****
Nabila mengunci pintu rumah dan menutup semua pintu,tingkap serta lampu dan kipas didalam rumah.Kasutnya yang berada diluar juga dia masukkan kedalam rumah.Tujuannya hanya satu.Tidak mahu Asyraf tahu keberadaannya dirumah ini.

Nabila memandang dari celah-celah tingkap.Risau kalau Asyraf sudah bertandang kerumah.Tapi…
Nabila mengurut dadanya lega.

“Mama…kenapa gelap ni?”Danny bertanya sambil menenyeh matanya.

Nabila sedikit terkejut.Dia terus mendukung Danny masuk kedalam bilik dan meletakkan jari telunjuknya dibibir Danny.

“Danny jangan bising-bising tau.”Nabila meminta dengan nada yang perlahan.

“Tapi mama,rumah kita gelap kalau mama kunci pintu dan tutup tingkap.”Danny yang cerdik seperti kancil itu memberitahu.

Nabila mengetap bibirnya.Susah juga kalau ada anak secerdik Danny.Nabila tersengih memandang Danny.

“Kejap lagi mama buka ye.”Ujar Nabila perlahan lagi.

Sementelahan…

“Dari semalam dia tak keluar bos.Dia…”
Reza mengetap bibirnya.Geli hatinya mahu memberitahu tentang kelakuan Nabila yang dia lihat pagi tadi.

“Dia kunci pintu rumah dan tutup semua tingkap?”Asyraf meneka dengan ketawa kecil.
Reza mengangguk sambil tersenyum mengiyakan.
Asyraf pula masih menguntum senyuman kecil sambil memandang kearah rumah usang Nabila.

“Biasalah….dia kan masih muda.Sebab tu perangai dia macam budak-budak.”Ujar Asyraf tapi semakin perlahan dihujung ayat.Ada sedikit nada sebak yang berbaur didalam suaranya.Hatinya sedikit tawar bila mengingatkan Nabila mengandungkan anaknya tanpa seorang ayah disisi seorang diri.Dan Nabila pula…masih muda.

“Boss nak saya jemput dia ke?Peguam Syarif dah on the way ke café yang saya mention kelmarin.”Beritahu Reza sambil memandang muka kelat Asyraf.

Asyraf menelan air liurnya kelat.Dia kemudian memandang Reza di cermin pandang belakang.

“Kau balik dulu dengan teksi.Aku yang akan bawak dia pergi sana.”Ujar Asyraf senada dan kemudian keluar dari kereta Honda HR-V berwarna putih itu.
Reza mengangguk faham dan terus keluar pergi dari situ.

Asyraf berjalan mendekati rumah Nabila tapi…
Kakinya berhenti melangkah.Cepat-cepat dia menyorok dibelakang telefon awam berwarna biru yang dekat dengan rumah Nabila.

“Apa Raif buat dekat sini lagi?”

*****
“Awak okay ke Nabila?”Tanya Raif memandang Nabila sekilas yang sedari tadi melihat keluar tingkap sambil mendakap tubuh Danny yang sedang tidur itu.

Nabila menoleh kearah Raif.Dia tersenyum lega.Akhirnya dia dapat lari dari Asyraf dan peguam yang dia bakal berjumpa itu.Dia…takut jika dia terpaksa berpisah dengan anaknya sendiri.

“Okay.Hurm…”Nabila mengangguk sambil tersenyum.

“Awak nak bawa saya pergi mana?”Tanya Nabila.
Raif tersenyum.Seperti senang sahaja Nabila menerima ajakannya untuk keluar.Belum sempat dia memberitahu tempatnya,Nabila sudah mengangguk dan seperti mahu cepat-cepat keluar dari rumah.Tindakan Nabila juga agak lucu apabila dia asyik memandang kearah luar seperti takut ada orang mengekorinya.

“Awak dah makan?”Raif bertanya dan tidak menjawab persoalan Nabila tadi.
Nabila memandang Raif dan…

“Dah.Saya dengan Danny dah makan tadi.”Jawab Nabila menipu dengan muka seperti kerang busuk.

“Okay…kalau macam tu,temankan saya makan?”Tanya Raif dengan senyuman yang manis terukir dibibirnya.

Nabila mengebilkan matanya.Dia tersengih agak segan untuk menemani Raif makan.

“Ok.Baik.Anggap ni saya balas jasa awak tolong saya masa hari tu.”Jawab Nabila girangnya.

Raif tersenyum gembira.Entah kenapa dia tertarik dengan ibu tunggal yang masih muda ini.

“Kalau macam tu 1-1,okay?”

“Hehehe…okay.”Jawab Nabila tersengih malu.

*****
Asyraf membuka kotnya dan menyangkut di kerusi sebelum dia melabuhkan punggung dikerusi pejabatnya itu.Dia…mengeluh berat.Hatinya berbaur risau bila mengingatkan apa yang dia lihat tadi.
Knok! Knok!

“Masuk!”Arah Asyraf.

Reza masuk kedalam pejabat besar Asyraf berdiri dihadapan Asyraf.

“Saya dah maklumkan pada peguam Syarif untuk berjumpa hari lain dan dia okay.Tapi bos suruh saya cari borang….”

“Ada?”Tanya Asyraf tanpa sempat Reza menghabiskan kata-katanya.

Reza mengangguk ada dan terus mengeluarkan satu sampul berwarna coklat dari kot biru tuanya dan menyerahkan pada tangan Asyraf yang sudah siap dihulur itu.

Asyraf terus membuka sampul yang berisi maklumat Nabila itu.

“Kenapa bos nak saya minta borang maklumat yang diisi cik Nabila sewaktu dia kerja part time dekat majlis pertunangan bos hari itu?”Tanya Reza penuh tanda tanya.

Asyraf mengeluh sambil memandang Reza dan membuat isyarat mata untuk keluar dari situ.
Reza yang faham-faham maksud Asyraf terus keluar meninggalkan Asyraf sendiri.

Asyraf terus mencari nombor telefon Nabila yang ditulis disitu dan terus mendail nombor yang tertera disitu dengan resahnya.

“Harap maaf.Nombor yang…”

Asyraf hampir sahaja mahu membaling telefonya sendiri.

“Kau bagi maklumat palsu?”Asyraf merenyukkan kertas itu dan melemparkannya kedalam tong sampah.Dia cuba bersabar tapi…

Knok! Knok!

“Masuk!”Tempik Asyraf dengan suara yang agak kuat.

“Raisya yang berada dibelakang pintu agak terkejut tapi dia menggagahkan juga kakinya untuk masuk kedalam pejabat Asyraf.

“You…”Asyraf agak terkejut bila Raisya,tunangnya yang masuk kedalam bilik pejabatnya.

Raisya tersenyum dan terus duduk dikerusi dihadapan Asyraf.

“I kan dah suruh you cari secretary yang baru.Kan senang kalau ada orang yang nak jumpa you,dia terus call je.Kalau you tak jumpa,I boleh tolong carikan.”Raisya memberi idea.

Asyraf tersenyum kecil.Betul apa yang dikatakan Raisya.Tidak perlu dia menempik setiap kali ada orang yang mahu berjumpa dengannya.

“It’s okay.Raif dah tolong cari.I guess he didn’t tell you right?”Tanya Asyraf ingin tahu kemudian kembali memandang fail yang bertimbun diatas mejanya.

Raisya memandang kelakuan Asyraf dihadapannya.Dia tidak menjawab persoalan Asyraf kerana dia juga punya perasaan.Dia perlu perhatian.Setiap kali dia berjumpa Asyraf,Asyraf hanya akan bercakap sambil pen dan tab ditangan.Tidak pernah sekalipun Asyraf menumpukan perhatian pada dirinya.Tidak pernah ada perbincangan dari mata-kemata

“Ada ura-ura cakap yang you ada anak dengan isteri you yang dulu.”Ujar Raisya tiba-tiba memecahkan keheningan didalam pejabat itu.

Aysraf sedikit tergumam.Dia memandang Raisya tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“So?”Asyraf yang tidak tahu berkata apa-apa itu menunjukkan sisi tidak pedulinya.

Raisya memejamkan matanya.Agak menyakitkan baginya bila sikap Asyraf begitu sekali.Seperti Asyraf tidak rasa bersalah langsung.

“You tak pernah terfikir nak get back dengan dia kan?”Raisya bertanya lagi.

Kali ini Asyraf terdiam.Tangannya yang sedang melihat tab itu berhenti.Dia letakkan tabnya diatas meja dan memandang Raisya.Ada wajah sedih pada gadis itu.Dia tahu tapi…

“I dengan you dah tunang.So dah masuk safe zon kan?You nak risau apa lagi?”Asyraf meyakinkan Raisya walau dia sendiri…

“I akan risau selagi I dengan you tak kahwin.”
Asyraf terdiam.Bibirnya dia ketap.Raisya sudah keterlaluan.Raisya tidak boleh memaksa dirinya sesuka hati.

“Sya…listen this.Kita bertunang because of business and this marriage will be business too.You serious sanggup kahwin sebab bussiness?”Tanya Asyraf dengan dahinya yang berkerut dan mata yang berharap bahawa Raisya yang akan memutuskan pertunangan dahulu.

“I’m okay if it’s just one sided love.”Ujar Raisya seraya bangun dari duduknya.

Asyraf menelan air liurnya kelat mendongak melihat belakang Raisya.

“Sya…kita lunch?”Asyraf cuba membujuk.
Raisya mengetap bibirnya.Perasaannya sudah tawar.Dia tahu…ajakan Asyraf itu bukan atas dasar cinta.

“Its okay.I…dah kenyang tadi.”Ujar Raisya seraya mengorak langkah pergi dari situ.

Asyraf mengeluh berat.

“Sya…you yang paksa I.Bukan I yang paksa you.”

*****
“Danny masuk rumah dulu.Mama ada benda nak cakap dengan uncle Raif.”Ujar Nabila pada Danny sewaktu membuka kasut untuk budak kecil itu.
Danny mengangguk faham dengan wajah girangnya dan terus masuk kedalam rumah berlari sambil membawa mainan yang baru dibeli Raif itu.

Raif tersenyum geli hati melihat perangai Danny yang comel.

Nabila pula tidak sedap hati dengan tindakan Raif pada dirinya.

“Awak tak perlu beli dia kereta mainan.Saya kalau boleh taknak ajar dia main sangat.”Ujar Nabila dengan hatinya yang tulus ikhlas pada Raif.

Raif tersenyum.

“Dia kan masih budak.Muda lagi.Biarlah dia enjoy masa muda dia dulu.”Raif menyampuk dengan gurauan.

Cumanya…

Nabila sedikit terusik.

“Masa muda…”Hatinya mengeluh kecil mengulang kembali kata-kata Raif tadi.Dia asyik teringat masa muda dia yang…agak menyakitkan.

“Oh ya Nabila.”Raif seperti tidak perasaan dengan riak muka Nabila teringat sesuatu.Dia tersenyum gembira seperti ada hal yang bagus untuk diberitahu.

“Hurm?”

“Awak dah diterima bekerja dekat syarikat kami.”Ujar Raif dengan gembiranya.Dia yakin dengan berjumpa Nabila dipejabat setiap hari boleh merapatkan diri mereka.

Nabila tersenyum gembira.Hampir menitis air mata kebahagian kerana dia telah mendapatkan pekerjaan yang tetap.

“Dan boleh saya minta nombor telefon awak?”Pinta Raif tidak semena-mena.
Nabila sedikit tergumam dengan tindakan Raif.Tidakkah dia terlalu tiba-tiba…

“Haha…kita kan bakal jadi rakan sekerja.So…it’s good to have each other contact number right?”
Nabila tersengih malu sendiri dengan pemikiran kolot dia.Tak mungkinlah Raif cuba menggodanya.Tak mungkin…

“Ok…nombor saya,013 467 7754.”Ujar Nabila sepatah-sepatah.

Raif sibuk menyalin dan menyimpan nombor Nabila.

“Dah send.Cuba awak tengok mesej saya sampai tak?”Ujar Raif dengan matanya cuba memerhati telefon yang dipegang Nabila.

“Awak send nombor siapa ni?”Tanya Nabila bila melihat nama Boss besar pada mesej yang baru dihantar Raif itu.

“Bos awak.”Jawab Raif pendek.

Nabila mengetap bibirnya dan keluar dari peti inbox.Dia memegang telefonnya dan memandang Raif dengan seribu persoalan.

“Tapi kenapa tiba-tiba awak…”

“Dia nak awak mesej dia dan hantar resume melalui whats app.Dia nak go through awak dahulu sebelum awak masuk kerja.”

“Jadi awak nak saya hantar resume jugakla?Melalui Whats app?”Nabila mengerutkan dahinya.Dia mana ada duit untuk membeli data.Duit yang ada pun hanya cukup untuk makan sahaja.Dan kalau perlu sahaja dia akan menopup telefonnya.Sedaya upaya dia mengikat perut untuk berjimat tak mungkinlah dia habiskan dengan membeli data internet.

“Tak apa..aku fikir cara lain.”Pujuk hati kecil Nabila.

“Iya.Itu keperluan HR department.Tak apa.Kalau saya luluskan.Boss mesti luluskan.”Pujuk Raif yang tahu tentang hati gusar Nabila.
Nabila tersengih.

“Jadi bila saya nak start kerja?”

“Awak hantar dulu resume,lepastu tu nanti boss akan beritahu awak.”Ujar Raif dengan yakinnya.

Nabila mengangguk faham memandang lantai.Dia seperti tidak percaya dia mendapat kerja dan…

“Kalau tak ada apa-apa,saya balik dulu.”Pinta Raif dengan senyuman dan terus mengorak langkah untuk pergi tapi…

“Awak!Position saya dekat sana sebagai apa ya?”Tanya Nabila.

Raif tersenyum senang hati dan menjawab….

“SECRETARY BOS.”

*****
Bip! Bip!

Asyraf berhenti apabila mendengar bunyi mesej yang masuk melalui peti inbox.Dia mengeluh kecil.Perasaannya masih teringatkan Raisya.Asyraf menggeleng dan membuka telefonnya.

“One new message?”
Asyraf terus membuka peti inbox dari nombor yang dia tidak kenali itu.

‘Assalamualaikum dan selamat tengah hari bos.Saya secretary baru yang encik Raif berikan pada saya.Disini saya sertakan resume saya tapi sebelum itu saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat menghantar mesej saya pada boss melalui whats app atas sebab-sebab tertentu.”

Asyraf ralit membaca mesej itu.Dia menyambung pula membaca resume yang ditaip satu-satu itu dengan muka kelatnya.

“Nabila Amani binti Johar?Umur 23 tahun?Sijil SPM?Pengalaman bekerja sebagai waitress,cleaner dihospital,kedai supermarket?”Asyraf membaca satu-satu profile resume yang dihantar bakal secretarynya itu.

“Haish…siapalah perempuan yang Raif cari ni?”Asyraf mengeluh sendiri.Dia terus mendail nombor Raif.

“Hello Raif?”

“Ye abang?”Raif menjawab telefon sambil tangannya tangkas memegang stereng kereta.

“Budak mana yang kau kutip nak jadi secretary abang ni?”

“Abang.Abang kena percaya dengan Raif.Budak ni memang okay abang.Nabila pun memerlukan kerja sangat.Trust me you will never disappointed…”

“Nabila?”Asyraf tergumam.Dia tidak salah dengarkah?Sekali lagi dia membaca resume yang dihantar Nabila dan membesarkan suara telefon dari Raif.

“Kenapa abang.Ye nama dia Nabila Amani.”Raif menekankan sekali lagi.
Asyraf tergumam bila membaca mesej Nabila sekali lagi.

“Abang?”Raif memanggil.

Asyraf mengetap bibirnya.Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Baik.Abang terima dia.”Ujar Asyraf dalam senafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience