CH 2

Romance Completed 33919

“Kenapa kau tolak pertolongan encik Raif tu.Kau ni.Buat malu je tahu tak.”Marah Hanani.
Nabila cuma tersenyum tawar.Dia tidak mahu menimbulkan masalah.Cukup sudah masalah yang timbul dek kerana dia terkejut dengan kehadiran Aysraf itu.

“Kenapa kau terkejut tadi?”Tanya Hanani tiba-tiba.
Nabila tergumam.Dia tidak berkata banyak dan terus mengambil begnya setelah melepaskan rambutnya yang ikal mayang itu untuk keluar dari bilik persalinan.

“Tak ada apa-apa.”Jawab Nabila.

“Kau jumpa dia.Orang yang kau mimpi tu kan?”Tanya Hanani.Perasaannya jadi khuatir.Bersalah pula menyelebungi segenap hati.

“Aku minta maaf Nabila.Aku…tak tahu.”Pinta Hanani lagi
“Tak apa.Lagipun kau pun tak tahu siapa dia.”Tutur Nabila.

Hanani memandang Nabila.Kasihan dengan ibu tunggal yang seorang ini.

“Aku hantarkan kau ye?”Hanani bertanya.

“Eh tak usah.”Nabila cuba melontarkan senyuman.Walau agak palsu.

“Tak boleh Nabila.”

“Please Nani….”Nabila merayu supaya Hanani tidak menghantarnya.Dia tidak mahu mengganggu rakannya itu berkerja sebolehnya.

“Ok.Baik.Kau keluar ni kau terus tahan teksi ye.”Ujar Hanani.Dia sendiri tidak dapat pulang lagi kerana majlis belum selesai.

Nabila mengangguk faham dan pergi dahulu.Dia keluar dari hotel itu dan menahan teksi yang datang mendekatinya.Sebelum itu..

“Tak cukup ni..”Ujar hati kecil Nabila apabila melihat dompet lusuhnya yang hanya berbaki RM20.Paling kurang untuk sampai dirumahnya memerlukan tambang sebanyak RM 30.
Nabila mengetuk tingkap teksi dan tingkap itu dibuka.

“Maaf encik.Saya tak jadi.”Ujar Nabila.Pemandu teksi itu sempat menjuihkan muka tidak sukanya dan pergi dari situ.Nabila mengeluh kecil.Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa.Dia memeluk tubuhnya sendiri.Rambutnya bermain dimukanya.

Dengan kakinya yang berat…dia melangkah menuju kerumah.Segala bayang hitam 4 tahun lepas asyik mencucuk dirinya….

‘Nabila kena kahwin dengan dia.’Ujar Datok Johar.

‘Tapi papa..Nabila baru habis belajar dan sekarang tengah further kolej..’

‘Papa dah bankrupt.Papa minta tolong dari sayang.Cuma Tengku Aysraf yang boleh tolong kita.’

‘Tapi pa..’

‘Sayang..tolong papa ya..’
Nabila menggeleng kepalanya.Air mata mula menitis dipipi.Hari itu bermula sejarah hitam.Sejarah hitam yang dia tidak sangka-sangka.

‘Tengku Asyraf bin Tengku Iskandar. Aku nikahkan dikau dengan Nabila Amani binti Johar yang berwakilwalikan daku dengan mas kahwin 300 ringgit tunai.’

Nabila terduduk di bahu jalan.Kata-kata akad itu bermain dicorong telinganya lagi.Tidak henti-henti menghantui dirinya.Hujan mulai jatuh…jatuh membasahi bumi yang kering itu..sekering hati manusia.Sekering hati Nabila Amani.

‘Nabila Amani binti Johar.18 tahun.Baru further kolej?’Tanya Asyraf.Nabila yang duduk dikatil menunduk dan mengiyakan.Asyraf tersenyum puas.Baju pengantinnya dia buka perlahan sambil melihat Nabila yang masih didalam pakaian pengantinnya.Nafsu lelakinya bermain didada.Tapi nafsu dendamnya lagi kuat mahu menghancurkan anak kepada datuk Johar ini.

‘Ni perkenalan pertama kita.’Ujar Aysraf seraya menuju kearah Nabila dan menghulurkan tangan untuk bersalam.Matanya tajam melihat Nabila.Susuk tubuh Nabila..Nabila mengigil takut.Entah kenapa malam itu perasaannya tidak sedap.

‘Aku..berumur 27 tahun.Anak lelaki kepada Tengku Iskandar.Lelaki yang bapak kau bunuh!!!!!!’Ujar Aysraf dengan nada yang menengking dihujung ayat seraya menolak bahu Nabila tersenugkur ke tilam.Nabila tergumam.Papanya?Pembunuh?

‘Ni..one of my revenge!’Marah Aysraf seraya menerkam Nabila Amani.Nabila yang tidak berdaya itu meronta dilepaskan tapi apakan dayanya..dia hanya seorang perempuan.Perempuan yang tanpa sedar telah dinodai.Dinodai seorang lelaki rakus yang mahu membalas dendam.
Nabila menyeka air matanya didalam hujan itu.Dadanya dia pukul sekali-sekala.Sakitnya masih belum hilang.Tambah-tambah lelaki bertopengkan syaitan itu muncul lagi dihadapannya.
Dia mengeluh kecil sambil menangis.Kakinya cuba melangkah,berjalan menuju ke jalan yang benar…

“Boss…”Panggil seorang lelaki dihujung telefon.

“Hujan ni? Perlu saya drive dia ke rumah dia?”

“Baik boss.”Lelaki berpakaian serba hitam itu menutup telefon dan terus membuat pusingan U kemudian meninggalkan Nabila dijalan seorang diri dimalam yang pekat dilimpahi hujan itu.

Asyraf memandang dirinya di cermin.Dia..cuma tersenyum sinis.

“Kau baru 5 tahun menderita.Aku..sudah menderita selama 10 tahun.”Ujar Asyraf pada dirinya didalam bilik hotel itu.Bayangan 5 tahun dengan kepuasan yang ada itu masih tersirat didalam hatinya.

‘Apa awak buat ni?!’Marah Nabila.Dia melihat papanya yang terbaring jatuh dek serangan jantung dihadapan matanya.

‘Papa..bangun pa.’Panggil Nabila sambil mengerakkan tubuh papanya yang sudah kaku itu.

‘Apa yang awak buat huh?’Marah Nabila.Air matanya sudah jatuh mengenai bumi.

‘Aku tak buat apa.Kebetulan dia kena heart attack.So,he deserve to die.”Ujar Aysraf.
Nabila terkejut.Dia tidak mempedulikan Asyraf dan menggerakkan tubuh papanya lagi..tapi.

‘Papa!!!!’

‘Dengar sini.Aku ceraikan kau dengan talak 1.’Ujar Asyraf.

Nabila terkejut.Jantungnya seperti mahu luruh. Baru sahaja dia ditinggalkan dan sekarang…

Asyraf melihat dirinya didalam cermin.Dia masih tersenyum puas.Puas menghancurkan hidup orang yang pernah menghancurkan hidupnya dahulu.

“Kau tu cuma isteri sehari aku!”Marah Asyraf seraya menumbuk tangannya pada cermin yang berdiri dihadapannya sehingga luka.

Mata Asyraf terbeliak besar.Luka yang mengenai genggamannya dia pandang.Tapi luka itu tidak seteruk luka yang pernah mengenai luka hatinya.

“Papa mana abang Wan!Papa mana?”Asyraf yang baru pulang dari sekolah itu melemparkan begnya mencari susuk tubuh papanya yang dikatakan kena serangan jantung.

“Datok…”Suara Abang Wan semakan perlahan.Lemah nadanya tidak terkata.

Asyraf memandang pada van ambulans yang membawa keluar sebuah jenazah yang sudah siap dikafankan.

“Jangan cakap tu…”

“Datok dah tak ada Asyraf.Dia…dah pergi tinggalkan kita.”
“Tak.Asyraf tak percaya.Orang tu bukan papa.Papa tak akan tinggalkan Aysraf macam mana mama tinggalkan Asyraf!”

Asyraf menggengam tangannya.Dahinya bersalut peluh.Dendam didadanya yang terkesumat sekian lama semakin terasa.Semakin terbuka jahitan luka itu.

“Hoi orang jahat!!”Asyraf memanggil disaat Datok Johar sudah turun dari kereta bersama dengan isteri dan anak perempuannya dengan nada yang kasar dan marah teramat dari pagar rumah agam milik Datok Johar.

Datok Johar dan isteri serta budak kecil berusia 8 tahun itu memandang Asyraf.Dia mengerutkan dahi memandang Asyraf dari luar rumah.

“Mama…tu siapa tu.Kenapa dia nangis mama.”Tanya Nabila Amani anak perempuan kepada Datok Johar.

“Kau nak apa hah budak!”Marah Datok Johar seraya melangkah kearah Asyraf yang memegang pagar rumah dengan kuat itu.

“Kau bunuh papa aku!”Asyraf meluahkan rasa geramnya.

“Papa kau?Siapa papa kau?”Datok Johar ketawa kecil dalam pertanyaannya.

“Kau bunuh papa aku.K au rancang nak rampas saham dia dalam Syarikat!!!!”Tempik Asyraf yang berusia 17 tahun itu dengan sekuat hatinya.

Datok Johar agak tergumam dengan pertuduhan Asyraf.Mukanya tampak bengis dan marah.

“Ouh,jadi kau anak lelaki sial tak guna tu?Memang patut pun dia mati.Orang tua tak sedar diri!Dia ingat dia pemegang saham paling besar,semua kepututsan dia boleh buat!”Datok Johar mengapi-apikan amarah Asyraf.

Aysraf semakin geram.Habis pagar itu dia goyang seperti mahu dia runtuhkan.

“Papa aku tak jahat!Kau orang yang bunuh dia!Kau orang yang bunuh dia!”

Nabila Amani yang menyaksikan kejadian itu jadi tidak sedap hati.Dia semakin gusar melihat lelaki remaja yang masih dengan pakaian sekolahnya itu meraung-raung diluar rumahnya.

“Mama,mama.Kenapa dengan abang tu?”

“Dah Nabila.Jom kita masuk.”

“Tapi…”

“Jom,jom.Tu urusan papa.Jangan kita ganggu.”Ujar Mama terus mendukung Nabila untuk masuk kedalam rumah.

“Kau pergi balik budak.Jangan pernah kau jejak kaki kotor kau dekat sini lagi!!!”

“Aku akan buktikan papa aku tak jahat!Tak jahat!!!”Marah Asyraf sekali dengan dentuman guruh yang kuat.

Datok Johar terus masuk kedalam rumah apabila hujan mulai turun renyai-renyai.

Asyraf ditinggalkan diluar rumah.Hujan semakin lebat.Dirinya menangis meminta pengadilan.Hatinya merintih meminta pengadilan.Tangannya dia genggam.Perjanjian dia buat dihadapan rumah agam milik Datok Johar ini.Dia akan mebunuh Datok Johar dengan cara yang sama!!!

*****
Nabila masuk kedalam rumahnya.Nasib sahaja mak Hanani sanggup menjaga Danny disitu.Dia terus menukar pakaian yang lencun dek hujan itu dan masuk kebilik.Dia melihat Mak Hanani yang ralit berbaring lena bersama anaknya.

Kalau Datok Johar masih hidup pasti…dia juga akan merasa menjaga cucu seperti mak Hanani.Fikir Nabila.Nabila menggelengkan kepalanya.Dia mahu melupakan apa yang berlaku.Apa yang berlaku dalam tempoh sehari perkahwinannya dengan Asyraf.Tepat jam 3 petang mereka dinikahkan…dan tepat jam 3 petang esoknya selepas papanya meninggal dia juga diceraikan.

“Argh!!Kau tu yang bodoh Nabila!”Nabila menggeleng seraya memarahi dirinya sendiri.Dia menggengam tangannya.Amarahnya membuak-buak didada.

“Nabila…”Panggil Mak hanani,Mak Esah yang terjaga dari tidurnya itu.

“Ye Mak Esah.”

“Marahkan siapa tu nak?”tanya Mak Esah.

“Tak ada siapa-siapa Mak Esah.”Jawab Nabila dengan menggelengkan kepalanya.

“Apapun Mak Esah nak pesan..biar kesabaran yang sikit tu membawa kepada perkara yang baik.Manusia hidup ni perlu saling bermaafan.Saling memerlukan.Tidak menindas yang lemah dan tidak juga mementingkan diri sendiri.”Nasihat Mak Esah.

Nabila tergumam.Betul kata Mak Esah.Kesabaran yang walau sedikit..it will go a long way.Nabila mengangguk sambil memandang Mak Esah,masih cuba untuk melupakan segala hal..hari ini,hari kelmarin dan 4 tahun yang lepas.

Nabila pulang kerumah dengan mata yang merah dan sembap.Sudah berapa hari dia tidak tidur untuk menguruskan jenazah papanya.Selendang yang jatuh dibahunya dia angkat semula disaat kakinya mahu melangkah masuk kerumah agam.Sendiri,tiada teman,tiada lagi lelaki yang bernama bekas suami.

“Sekarang ni,kau dah tak ada apa-apa.Kau dipersilakan keluar dari rumah ni!!!”Marah Asyraf seraya melemparkan satu bungkusan baju milik Nabila.

Nabila terkejut besar dengan tindakan Asyraf itu.Tak mungkin dia dihalau begitu sahaja.Rumah itu adalah rumah papanya.Rumah yang arwah mamanya idamkan dahulu.

“Kenapa awak halau saya hah?Rumah ni milik arwah papa.Awak tak ada…”

“Tak ada hak?”Sengaja Asyraf memotong dengan nada perlian.

“Ni peguam aku dan ni peguam keluarga kau.Kau boleh rujuk kedua-duanya untuk bertanya saki baki harta kau yang tinggal dan apa hak aku keatas rumah ni!”Tambah Asyraf dengan jeleknya.
Nabila tergumam.Usianya baru setahun jagung mahu menjadi dewasa.Dia mana tahu berkenaan dengan hak dan saham syarikat arwah papanya.

“Apa yang awak cuba buat hah?!Apa yang awak nak dari saya dan keluarga saya?!!!!!”Marah Nabila dengan teramatnya.Hatinya masih membuak marah.Geram sehingga merah mukanya.

“Apa yang aku buat?Aku cuma ulang balik scene yang pernah terjadi 10 tahun dulu.Kau mesti tak akan ingat kan?Sebab waktu tu kau baru berusia 8 tahun!”Jelas Asyraf dengan lebarnya.
Nabila tergumam.Dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan Asyraf.

“Kau tak akan faham sekarang.Tapi masa akan bagi kau faham betapa peritnya 10 tahun yang aku lalui tu!”Marah Asyraf seraya masuk kedalam rumah semula dengan pandangan yang bengis dan benci yang membuak-buak.

Nabila menelan air liur kelat.Setetes air mata mula meniti dipipi bersama renyai-renyai hujan yang menuruni membasahi baju kurung dan mukanya yang mulus tidak faham apa-apa itu.
Matanya menunduk ketanah melihat rentesan hujan itu.Dirinya mulai tumbuh tanda tanya.

“Kenapa…apa yang papa dah lakukan?”
“Mama…mama nangis lagi?”Danny yang terjaga dari tidurnya itu mengejutkan lamunan Nabila tentang kejadian yang menghantuinya dahulu.
Cepat Nabila mengesat air matanya tidak mahu danny melihat kesedihannya.Dia masih kecil.Dia tidak faham apa-apa.

“Mata mama masuk habuk ni.Danny dahaga?Mama ambilkan air?””

“Tak nak.Danny nak tidur dengan mama.Danny taknak mama pergi jauh lagi.”Ujar Danny dengan manjanya terus memeluk tubuh Nabila.
Nabila menyambut pelukan itu dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga.
“Mama tak akan pergi mana-mana.Mama tak akan sesekali tinggalkan Danny.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience