“Aku ceraikan kau dengan talak 1”
“Cerai..ce—raaaiiiii….!!!”
“Tidak!!!”
Nabila tersedar dari mimpinya.Jantungnya seperti mahu jatuh sahaja.Dahinya penuh dengan peluh yang mencucuri dari ubun kepala.
“Mimpi tu lagi.”Hati Nabila mengeluh kecil.Tanpa dia sedar air mata jatuh dengan sendiri dipipinya yang mulus itu.
“Mama..mama nangis ke?”Danny si kecil berumur 4 tahun itu bertanya pada Nabila.Si ibu tunggal yang baru bermimpi ngeri.
“Tak sayang.”Nabila Amani menggelengkan kepalanya lembut sambil bibirnya manis mengukir senyuman.Dia mengusap lembut kepala Danny.
“Tidur sayang…”Ujar Nabila seraya membaringkan anaknya semula.Danny berbaring semula menurut kata mamanya.Nabila tersenyum seraya menepuk-nepuk lembut badan Danny supaya dia tidur seperti biasa lagi.Dia memandang Danny, si anak kecil yang dia besarkan dengan penuh keringat selama empat tahun itu.Sebatang kara tanpa seorang ayah disisi Danny dan suami disisinya…
“Assalamualaikum!!”
Nabila menggosok matanya.Dia tahu siapa yang datang bertandang dirumah barunya itu petang-petang begini.Dia terus bangun dan pergi keruang depan untuk membuka pintu rumah.
“Aku kacau kau ke?”Tanya Hanani apabila melihat muka Nabila yang baru bangun dari tidur itu.
Nabila menggeleng sambil tersenyum.
“Tak adalah.Aku dah jaga sebelum kau datang lagi.”Ujar Nabila sambil mempersilakan Hanani sahabatnya untuk masuk kedalam rumah yang masih berhabuk belum habis kemas lagi.
“Ni mak aku ada bagi sedikit jemput-jemput untuk kau dengan Danny makan.Ambillah.”Sua Hanani kuih keria yang dibuat emaknya itu.
“Terima kasih Nani.Kalau kau tak ada,tak tahulah aku macam mana aku nak start hidup dekat KL semula.”Ujar Nabila sambil duduk dikerusi kayu lama yang disediakan tuan rumah itu.
Hanani turut melabuhkan punggungnya memandang wajah kasihan Nabila.Seorang ibu tunggal yang baru berusia 23 tahun.
“Mesti hidup kau dekat KL dulu perit kan?”Hanani meneka.
Nabila menelan air liurnya kelat.Perit kehidupan tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata.Hatinya jadi keras sebab tahun-tahun yang sudah menghantuinya sebelum ini.
“Kadang aku rasa hidup aku ni macam perjudian…aku tak tahu takdir aku dimana,dengan siapa.”Nabila menjawab.Perlahan nadanya.Serak juga nadanya.
“Aku minta maaf sebab aku dah paksa kau datang KL.Kau tahukan mak aku boleh jaga anak kau,kau pun tak perlu susah-susah cari pengasuh.Nak bayar mahal-mahal lagi.Sekarang ni,kau je yang boleh ubah hidup kau.Masa lalu kau.”Nasihat Hanani.
Nabila akhirnya mengukir senyuman dalam kesedihan.Dia tidak tahu samada berpijak dibandar metropolis ini semula akan membantunya atau menghancurkannya seperti dahulu.
“So…malam ni aku bawak kau pergi tempat kerja baru kita.Nak?”Hanani mengajak dengan nada yang amat gembira.
Nabila mengangguk.Setetes air mata mulai menetes kembali.Air mata terharu.Terharu keranan mempunyai Hanani disaat dia sudah tiada apa-apa didunia ini.
*****
Orang ramai mengelilingi dua sejoli yang sedang menjadi perhatian malam itu.Kamera sana sini melontarkan cahaya ibarat sedang mengambil photoshoot.Malam pertunangan diantara dua ahli perniagaan berjaya menjadi tumpuan ramai orang.Terutamanya sidang media.
“Selepas 4 tahun..awak dalam tangan saya sekarang.”Bisik Raisya sambil mukanya kembali menoleh melihat orang ramai dihadapan.Lampu berkelip dan kamera disana sini mengambil gambar serta ahli pemberita yang sedang mewawancara mereka untuk dimuatkan didalam akhbar esok.
Raisya hanya mampu memberikan senyuman..senyuman paling indah sekali.
“This is just an engagement..fake engangement.”Bisik Tengku Asyraf Tengku Iskandar ditelinga Raisya dengan senyuman yang palsu dihadapkan dihadapan sekalian pemberita dan juru kamera.
Raisya tergumam.Dia cuba mengawal riak mukanya tapi perasaanya..
Argh!!! Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia benci dengan Asyraf.Kelakuan Asyraf.
“I dah lama buat taruhan ni.I tak akan beralah macam tu je.”Bisik Raisya kembali dengan nada memperli.
Asyraf cuba tersenyum.Tak mungkin! Dia tak akan sesekali membiarkan hatinya jatuh pada Raisya.Perkahwinan adalah perniagaan.Hubungannya dengan Raisya hanyalah kerana business semata-mata.Tak lebih dari itu.
Disebalik majlis besar-besaran dihotel bertaraf lima bintang itu…
Hanani menarik tangan Nabila yang mahu keluar dari dapur hotel itu.
“Nabila Amani.”Panggil Hanani.Nabila terbehenti.Dia…
“Kau minta aku carikan kerja untuk kau.Kenapa kau nak pulang semula huh?”Tanya Hanani.Nabila terdiam.Dia…dia cuma tak mahu terlibat dengan mana-mana aktiviti orang kaya,dengan mana-mana perkara yang melibatkan dirinya dengan ahli korporat.Dia takut…
“Aku risaukan Danny.”Bohong Nabila.
“Nabila.Kau tak pandai tipu.Aku kenal engkau.Bersusah payah aku ajak kau datang KL balik,dah carikan kerja untuk kau.Kau masih menolak?”Tanya Hanani.
Nabila terdiam.Dia memandang Hanani.Rakan baik yang paling memahaminya.Rakan baik yang sentiasa menolongnya tatkala dia jatuh dahulu.
“Okay.Last,lepasni aku tak akan bawak kau kerja kat tempat macam ni lagi.Okay?”Ujar Hanani meyakinkan Nabila.
Nabila memandang Hanani.Lembut dan pasrah.
“Hey kamu berdua ni!Cepat bergerak.Tetamu dekat luar sudah mahu makan!”Marah seorang ketua chief berbangsa Cina disitu.
Hanani dan Nabila terkejut dan Hanani terus menarik tangan Nabila keluar dari dapur hotel menuju kearah dewan makan.Nabila terus membuat kerja yang sepatutnya dia lakukan.Dari menyusun makanan sehingga menghidangkan makanan.
“Awak yang rambut berikat itu!”Panggil satu suara.Nabila yang didalam keramaian orang mengangkat kepalanya dan melihat ketua chief tersebut.Dia menunding jari kearah dirinya sambil mengerutkan keningnya.Saya?
“Ye..awaklah!Mari sini!”Marah Ketua Chief itu.
Nabila berjalan laju menuju kearah ketua Chief itu.Dia berdiri dihadapan ketua Chief itu untuk menerima arahan.
“Ye Chief?”
“Hantarkan penjamu selera ni di meja hadapan sekali.”Arah Chief itu seraya menghulurkan sedulang pinggan yang berisi pemanis berbetuk ros merah dan batangnya yang berduri.
“Baik Chief.”Nabila hanya mengangguk dan terus mengambil pemanis itu serta membawanya kehadapan dengan cermat.Dia lalu dicelah-celah orang ramai untuk kemeja hadapan.
Nabila sampai dimeja hadapan yakni meja VIP yang dimaksudkan chief.Dia menghidangkan pemanis itu sambil mukanya menunduk.Malu dan tiada keyakinan diri.Tempat yang pernah dia duduk satu ketika dahulu menjadi tamparan hebat buatnya.Peluh mula mencucuri apabila satu persatu kenangan di kelompok korporat itu menerjah kepala.Hatinya jadi gusar dan dadanya berdebar kuat.Terdengar juga mereka bercakap-cakap dengan riuh rendahnya,dari mempamerkan kekayaan dan saham yang ada sehinggalah tentang kehebatan diri masing-masing.Lagak mereka jelas seperti mereka tidak akan pernah jatuh seperti dirinya sekarang ini.
Cuma….
Nabila berhenti dari meletakkan pemanis mulut.Telinganya cuba menangkap satu suara yang tidak dapat dia lupakan...suara yang masih jelas bermain ditelinga dan mimpinya saban hari.Matanya sedikit tergumam.Hatinya semakin bergetar hebat.
“Hey budak.Kau buat apa hah?”Suara itu seperti menegurnya.
Nabila membeliakkan biji matanya.Dia yakin.Suara itu suara yang dia kenal benar.Suara yang tidak pernah hilang dari mimpinya.Perlahan…Nabila mendongak kepalanya dan….
“Makan ni ye sayang.”Ujar Tengku Asyraf seraya meletakkan sepotong kek di pinggan tunangnya.
Nabila tergumam.Matanya terbeliak besar.Terasa masa dan jantungnya seperti berhenti.Tangannya terketar.Bunyi sekian orang ketawa dimeja itu seperti mengetawakannya.Seperti sengaja mahu memperlinya.Dia terkebelakang dengan sendirinya dengan tangan dan jantung yang menggeletar kuat itu.
Bum!!
Nabila jatuh tersadung dengan sendirinya.Semua mata memandang Nabila yang sudah menjadi tumpuan umum itu.Mata Asyraf juga melihat orang yang dia sangat kenali itu.Dia terbangun dengan sendirinya.
“Siapa perempuan tu.”
“Ish..tak malu ke?”
“Bangunla..buat apa dekat depan tu?”
Suara-suara orang ramai memecahkan gegendang telinga Nabila.Nabila cuba bangun dengan sendirinya tapi..
Asyraf masih tergumam.Matanya tajam memandang memandang Nabila yang langsung tidak memandangnya.
“Nabila?”Asyraf memanggil dengan nada yang perlahan.
“Awak kenal waitress tu sayang?”Tanya Raisya apabila dia terdengar suara Asyraf.
Asyraf tidak menjawab malah dia melihat Nabila yang cuba untuk bangun dengan sendirinya.Tapi tiada siapa yang cuba menolongnya.
Kaki Aysyraf bergerak selangkah…
“Awak tak apa-apa?”Tanya seorang lelaki yang lengkap berkot hitam kearah Nabila.Nabila melihat lelaki itu dan menggeleng sambil tersenyum.
“Mari saya tolong.”
“Takpa..en..”Belum sempat Nabila menghabiskan kata-katanya..lelaki itu sudah memapahnya untuk bangun.Kemas bahunya dipegang lelaki yang tidak dikenalinya itu supaya dia mudah untuk bangun.
Asyraf tergumam.Tangannya mengenggam kuat jari-jarinya.Raisya…sempat memandang perbuatan Asyraf.
“Show dah habis. So kalian semua bolehlah beredar ketempat kalian semula ya.”Ujar lelaki itu sambil memandang tepat kepada semua orang yang memandang.Termasuk Raisya,kakaknya.
Raif membawa Nabila sambil memapah bahunya keluar dari dewan yang tidak berhati perut itu.Dewan ahli korporat yang hanya tahu melihat..tapi tiada pertolongan.Dewan yang kosong dengan nilai murni.Semuanya hanya wang ringgit dan perniagaan sahaja.
Nabila sempat menoleh memandang wajah Asyraf yang masih tergumam itu sekilas.Asyraf juga.Mata mereka bertemu.Cuma kali ini berlainan.Api marak yang membara dimata Nabila lain dari biasa.Dia semakin benci pada lelaki itu.Lelaki yang menyebabkan dia bergelar isteri sehari itu.
Share this novel