Asyraf memandang luar kereta sepnjang perjalanan.Fikirannya menerawang jauh memikir insiden semalam.
“Kenapa kau tiba-tiba muncul hah?Kau nak apa?Kau nak balas dendam pada aku ke?”Asyraf mengomel sendiri.Tablet yang dia lihat tentang urus niaganya dibiarkan ditangannya sahaja tanpa dia lihat.
Reza pula sekali sekala memandang kelakuan pelik Asyraf sebelum dia membelok masuk kedalam kampung pinggiran Bandar yang mahu dijual itu.Syarikat Fawwaz akan jadi pemaju bagi pasaraya di pinggiran Bandar itu.
“Kita dah sampai boss.Boss nak turun?”tanya lelaki semalam,Reza Pembantu setia Asyraf.
“Tak perlu.Kita round guna kereta sahaja.”Jawab Asyraf yang sudah tersedar dari lamunannya tadi dek soalan dari Reza.Dia terus membuka peta dan pelan pembangunan ditangannya sambil matanya tingkas melihat kawasan setinggan yang mahu dibangunkan itu.
Pon!!!!
Kereta berhenti mengejut.Daya menolak badan Asyraf kedepan.Seorang budak kecil yang dilanggar Reza jatuh bergelimpangan dengan darah yang mengalir deras.
“Danny!!!”Panggil Mak esah mendapatkan Danny yang dilanggar itu.Reza keluar mendapatkan budak kecil yang terluka itu.
Asyraf mengerutkan dahinya dan keluar melihat kejadian diluar.Dia mengeluh kecil melihat keadaan budak kecil yang berdarah itu walau tidak teruk.
“Mama!!!’Danny menangis memanggil mamanya kerana kesakitan.
Reza pula melihat Asyraf menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya.
“Cepat.Bawak dia ke hospital.”
“Baik Boss.”Ujar Reza kemudian mengangkat Danny kedalam kereta.
“Saya penjaga dia.Saya ikut sekali.”Ujar Mak Esah.
Asyraf mengangguk.Mereka masuk kedalam kereta dan kereta itu deras meluncur ke hospital yang berdekatan.
*****
“Apa!!”Nabila bertanya terkejut.Jantungnya mahu luruh.Surat khabar yang berlatar belakangkan ruang perkerjaan itu dia lemparkan kebawah dan terus berlari kearah hospital yang diberi tahu Mak Esah.
Dirinya resah.Risau kalau terjadi apa-apa pada anak kesayangannya.Nabila terus menahan bas rapid KL yang lalu dan terus naik kedalamnya.Matanya dia pejam.Tangannya menggeletar kuat sambil hatinya berdoa semoga Danny tidak ada kecederaan yang teruk.
“Ya Allah…dialah satu-satunya yang aku punya didunia ni.Jagalah dia.Sembuhkan dia ya Allah…”Pinta hati kecil Nabila.Seutuhnya…sebutuhnya….
Nabila berlari masuk kedalam lobi hospital dengan tangisan dipipinya.
“Danny bin Asyraf.”Tanya Nabila di lobi wad kecemasan.
“Dia masih ada didalam bilik kecemasan cik.Cik ni siapa ya?”
Belum sempat Nabila menjawab dia terus pergi dari situ dan menekan butang lift tingkat dua.
“Danny..tunggu mama sayang.Jangan jadi apa-apa sayang.Tolong..mama merayu.”Nabila berdoa didalam hati sambil air matanya yang bergenang jatuh tumpah kebumi.
Ting!
Nabila keluar dari lift dan menuju kearah bilik kecemasan.
“Nabila!”Panggil Mak Esah seraya mendapatkan Nabila.
Asyraf membungkam.Nama Nabila terdengar dihujung telinganya.Dia mendongak melihat gadis yang dipanggil penjaga Danny itu.Matanya terbeliak dan…
“Mak Esah..macam mana Danny?”Tanya Nabila.
“Dia masih didalam Nabila.”
“Mak esah..apa patut saya buat ni.Saya..”Nabila jatuh terduduk.Menangis meratapi Danny.
Asyraf melihat Nabila yang meratap itu.Dia menggeleng…
“Tak mungkin.”Desus hati kecilnya.
Mak esah mengangkat Nabila untuk bangun.
“Tu orang yang hantarkan Danny ke hospital.Danny berlari dan mereka terlanggar dia.”Ujar Mak esah.Nabila mengesat air matanya.Dia menggagahkan juga kakinya menuju kearah lelaki yang ditunjukkan Mak Esah itu.Pandangannya kelantai.Malu dengan air matanya yang membuatkan matanya sembab itu.Paling tidak dia mahu mengucapkan terima kasih pada orang yang telah menghantar anaknya kehospital.
Nabila mendongak perlahan-lahan dan…
Matanya terbeliak.Mimpi ngerinya betul-betul berada dihadapannya sekarang.
“Tak mungkin.”Desus hati Nabila.Matanya bertentangan memandang mata Asyraf yang berkerut seribu itu.
“Tak mungkin dia anak aku kan?”Desus hati kecil Asyraf.
*****
“Jawab soalan aku.Dia anak aku atau tak?”Tanya Asyraf dihujung bilik wad berdiri bertentangan dengan Nabila.
Nabila memandang Danny yang sudah dirawat itu.Nasib sahaja lukanya tidak memudaratkan dan cepat dibawa kehospital.
“Aku tanya ni!”Marah Aysraf seraya menggenggam kuat bahu Nabila.
Nabila yang kelihatan pucat itu ketawa kecil.Kesan hujan semalam membuatkan dia tidak berapa sihat.Tambahan lagi hari ini pagi-pagi lagi dia sudah keluar pergi mencari kerja.
“Awak ingat dengan hanya satu malam yang hina itu…saya akan mengandung?”Tanya Nabila dengan memperli.Perlahan-lahan wajahnya bertukar bengis.
Asyraf terkejut.Gengamannya dibahu Nabila keduanya dia lepaskan.Dia mengeluh kecil.
“Puan dan Tuan ibu bapa kepada Danny bin Asyraf ke?”Tanya seorang nurse sambil membawa sekeping fail bersamanya.
Nabila terkejut bila nama ‘bin’ dipetik nama Asyraf.
Asyraf juga.Belum sampai seminit Nabila cuba berdolak dalih dengannya,Jururawat itu telah membongkar nama penuh Danny.
“Danny bin Asyraf?”Tanya Asyraf sambil memandang Nabila memperli.
“Ye tuan.Dan..”belum sempat nurse itu meminta mereka menandatangi borang Danny..
“Saya nak buat DNA!”Ujar Asyraf.sambil memandang tajam wajah Nabila.Nabila terkejut besar.
“Tak mungkin.”Desus hatinya.
“Tuan..Puan..”
“Aku akan suruh doktor buat DNA sekarang!”Ujar Asyraf dan pergi dari situ tapi..
“Ye!Dia anak awak! Lelaki yang tak pernah dia tahu kewujudannya dimuka bumi niii!!”ujar Nabila dengan nada yang semakin perlahan dan badannya yang lemah….jatuh rebah ke muka bumi.
“Nabila!”
*****
Nabila membuka matanya..perlahan dan sakit kerana cahaya yang menerangi bilik itu.
“Danny!”Nabila terjaga terkejut mencari anaknya.Dia harapkan semua yang berlaku tadi adalah mimpi.Biarlah jadi mimpi.Dia tidak mahu Asyraf dan Danny bertemu sebagai anak dan ayah.
“Nabila.”Panggil Hanani terkejut apabila Nabila seperti menjerit itu.Dia merapati sahabat baiknya itu.
“Danny mana?Danny mana?”Tanya Nabila dengan nada yang risau.
“Dia dah sedar.Mujur tak ada apa-apa yang teruk.Sekarang dia dengan..”
“Dengan siapa?”
“Baik kau pergi tengok sendirilah.”Ujar Hanani teragak-agak.
Nabila tidak teragak dan terus keluar menuju kewad kanak-kanak.Dia membuka pintu dan melihat Asyraf yang sedang menyuap Danny.
Asyraf tersenyum sambil melihat wajah berang Nabila yang menerkam masuk itu.
“Mama…”Panggil Danny.Nabila terus kearah Danny dan melihat keadaannya.Takut diapa-apakan Asyraf.
“Mama..pakcik ni bagi Danny makan.”Ujar Danny sambil menghamburkan ketawa kecilnya yang comel.
Nabila mengenggam tangan kuat.Marah. Tapi bibirnya dicuba untuk mengukir senyuman walaupun palsu dihadapan Danny.
“Danny duduk sini kejap.Mama nak cakap dengan pakcik ni kejap ye sayang.”Ujar Nabila sambil mengusap rambut anaknya.Dia melihat Hanani dan memberi isyarat meminta dia menjagakan Danny.Hanani mengangguk.Nabila memandang Asyraf dan keluar dari situ.Asyraf yang sudah faham maksud Nabila keluar sahaja.Dia juga membuat isyarat kepada Reza untuk melihatkan Danny.Asyraf mengikuti Nabila keluar dari bilik itu.
“Hi..saya Hanani..panggil NANI je.”Ujar Hanani dengan nada yang menggoda dan gerak tubuh yang menggiurkan.Reza masih dengan cermin mata hitamnya tidak memandang sesiapa.Dia cuma memandang kehadapan.
“Orang jahat ke aunty nani?”Tanya Danny.Hanani melihat Reza dan kemudian memandang Danny.Dia menangguk mengiyakan.
“Ye Danny.Orang jahat yang sombong gila!”Perli Hanani dengan menjuihkan bibirnya pada Reza yang masih ketat mukanya itu.Bukannya dia tidak dengar apa yang dikatakan Hanani tapi dia lebih rela memekakkan telinganya sahaja.
Sementelahan diluar…
“Apa awak buat dekat sini lagi huh?”Tanya Nabila tidak puas hati.
“Aku?! Of course aku tengokkan anak aku.”Jawab Asyraf dengan nada yang sinis.
“Anak?”Nabila bertanya memperli.Dia ketawa kecil.
Asyraf tergumam.Tangannya menghinggap kasar di leher Nabila apabila melihat ketawa jelek Nabila pada dirinya.Dia benci dengan gadis itu.Isteri seharinya itu.Anak kepada pembunuh papanya itu.
“Apa dia buat tu?”
“Tak malu ke?”
Suara orang sekeliling membingitkan telinga Asyraf.Nabila masih ketawa sinis.Puas dan sengaja membiarkan dirinya dicekik Asyraf.Dia mahu Asyraf malu.Malu kerana telah mencekiknya dikhalayak ramai.Asyraf melepaskan genggamannya.
“Kenapa?Takut masuk paper?”Tanya Nabila memperli.Kali ini senyumannya bertukar.Bengis sebengisnya.
“Aku akan tuntut hak aku dimahkamah.”Ujar Asyraf kemudian pergi tapi..
“Awak tak akan dapat Danny.4 tahun dia dibesarkan tiada ayah.9 bulan didalam kandungan tiada kasih seorang ayah.Jangan pernah mimpi awak akan dapat hak awak.”Ujar Nabila.
Asyraf mendekati Nabila.Nabila tergumam.Dia terkebelakang sehingga terlanggar dinding.
“Habistu..biarkan anak bermain sehingga accident.Seorang ibu yang tiada wang walau untuk dirinya sendiri..layak?”Tanya Asyraf memperli.
Nabila terkejut besar.Kata-kata itu betul-betul menusuk dadanya.
“By hook by crook aku akan dapatkan dia balik!”Marah Asyraf kemudian pergi dari situ.Nabila tergumam.Dadanya sakit.Dia memicit kepalanya yang masih pening itu.
Raisya yang mengekori Aysraf tergumam.Dia tidak mendengar semua perbualan Nabila dan Asyraf tapi…Anak? 4 tahun? Dia menggeleng tidak mempercayai apa yang dia dengar itu.Dia menarik nafas dan memulakan langkah menuju kearah Nabila Amani.
“Cik..”Panggil Raisya melihat Nabila yang memegang kepalanya yang sakit itu.Nabila melihat Raisya.
“Cik tak apa-apa?”Tanya Raisya.
“Tak.”Jawab Nabila sambil tersenyum tapi tangannya mengenggam kuat melihat arah jalan yang dilalui Asyraf tadi.Perasaan marah,benci dan benci yang teramat pada lelaki itu semakin membuak-buak.
Raisya melihat tingkah laku Nabila.Hatinya tidak sedap.Nabila pula melihat Raisya.Dia mengerutkan dahinya.Malam semalam…
“Cik ni..”
“Ye saya perempuan yang semalam itu.Saya kawan Asyraf.Saya nak minta maaf tentang hal semalam.Saya..”
“Tak apa.”Jawab Nabila memotong kata-kata Raisya.
“Cik ada hal dekat sini?”
“Ouhh..kebetulan saya menjenguk kawan tadi dan ternampak Asyraf dengan cik.Cik kenal dengan Asyraf?”Tanya Raisya ingin tahu.
Nabila terdiam.Dia mengeluh kecil.
“Saya harap saya tak kenal lelaki macam tu.”Jawab Nabila tanpa dia sedari.Raisya tergumam.
“Apa?”Tanya Raisya.Dia sengaja mahu Nabila mengulang soalan.
“Eh..tak ada apa-apa.Tak penting pun.”Jawab Nabila.
“Hurmm..cik sebenarnya saya nak tanya satu hal ni.”Ujar Raisya tatkala melihat Nabila yang sudah mahu masuk kedalam bilik wad.
“Ye saya?”
“Semalam cik memang tak tahu ke tu majlis pertunangan Asyraf?”Tanya Raisya.Nabila mengerutkan dahi.Pertunangan?
“Apa maksud cik ni?”
“Eh cik jangan salah faham,saya nampak cik dan Asyraf seperti mengenali satu sama lain jadi..tak salah kalau saya beritahu cik kan?”ujar Raisya.Dia tersenyum didalam hati.Walhal Nabila masih marah.
“Tak mungkin Danny akan dapat ibu tiri kalau dia kahwin nanti.Tak mungkin!”Marah Nabila.Reza keluar dari bilik wad.Nabila melihat Reza dan..
“Maaf cik,saya kena pergi dulu.”Ujar Nabila pada Raisya dengan agak kalut.Raisya mengangguk dan tersenyum sinis.
Raisya yang terpandang wajah Reza itu cuba menyorokkan mukanya dari bertemu mata dengan Reza.Tidak mahu apa yang dilakukannya diketahui Asyraf.
Nabila mengikut Reza.Reza seperti mengelak tapi seusainya sampai di lobi.Nabila terlihat Asyraf disitu sementara menunggu Reza.
“Apa kau buat dekat sini?”Tanya Asyraf.Nabila berhenti betul-betul dihadapan Asyraf.
“Awak dah bertunang.Awak tak layak nak tuntut hak penjagaan Danny.”Marah Nabila.Asyraf terdiam.
“Jadi kau tak tahu yang semalam tu majlis pertunangan aku?”Tanya Asyraf.Nabila tercengang.
“Ye memang saya tak tahu!”Marah Nabila.
Asyraf terdiam.Dia mendekati bibirnya ketelinga Nabila.
“Hey! Don’t be too angry or else people will think that you’re jealous and you, actually have feeling for me.”Ujar Asyraf dengan nada sinis.Nabila tergumam.Dia melihat Asyraf yang menarik mukanya semula.
“Sa..!!”
“Shhh..”Asyraf menutup bibir Nabila dengan jarinya.Nabila terdiam.
“Kau tu cuma bekas.Iaitu isteri sehari aku.Remember that.”Ujar Asyraf lagi.Nabila tergumam.Matanya terbeliak seperti mahu tercabut disitu.Hatinya dicincang-cincang.Maruahnya dilenyek lelaki bernama Asyraf itu.Nabila melihat bayang kereta Asyraf yang berlalu pergi dari situ..Air mata geram…menitis lagi…menitis seperti mana dia dilenyek dahulu….5 tahun dahulu,sehari selepas dia diceraikan.
“Kenapa awak bawak saya dekat sini hah?Apa yang awak nak dari saya lagi?”Nabila bertanya dengan nada takut melihat tempat sekeliling yang agak gelap dan hanya berlatarbelakang satu cahaya mentol.
Asyraf tersenyum lebar.Sinis…dia tahu apa yang dia lakukan.Maruahnya pernah dirobek lelaki yang baru menjadi arwah itu dan sekarang dia mahu maruah Nabila juga dirobek sepertimana dirinya.
“Awak nak apa hah?Bawa saya keluar dari sini!”Nabila menjerit meminta dilepaskan dengan perasaan takut yang teramat.Tangannya menggigil ketakutan.
“Kau akan kerja dekat kelab GRO ni sampai…”Asyraf berhenti sambil dirinya berlegar-legar dikeliling Nabila.
GRO?!!!
Nabila mebulatkan matanya tidak percaya dengan apa yang dia dengar.Tak mungkin dia berada disitu sekarang.Tak mungkin!
“Lepaskan aku!Lepas!!!”Nabila bangun dan cuba untuk membuka pintu yang dikunci itu tapi dua bodyguard yang sedang berjaga dekat dengan pintu itu memegangnya erat.Dirinya terkaku disitu.Tapi pandangannya beralih pada Asyraf yang membelakanginya.
Pandangan benci!Geram bersalut amarah yang membuak-buak.
“Hah?”Asyraf yang menoleh melihat Nabila itu ketawa kecil.
“Benci?Marah?Atau geram?”Sengaja Asyraf bertanya soalan itu dan memegang dagu runcing Nabila kemudian menolaknya dengan agak kuat sehingga sakit rahang muka Nabila.
“Kau syaitan!Manusia bertopengkan syaitan!!!!!!”
“Tak!!!”Asyraf terjaga dari tidurnya dengan peluh yang bercucuran didahi.Nafasnya jadi tercungap-cungap.Segala perbuatan lamanya itu muncul didalam tidurnya sebagai mimpi ngeri.
Asyraf mengelap peluh didahi.Nafasnya cuba dia perlahankan.Dan kata-kata abang Wan 5 tahun dahulu menjengah dikepalanya.
“Baguslah Asyraf dah lepaskan dia.Abang Wan taknak Asyraf…”
“Seksa dia?”Tanya Asyraf seraya menoleh memandang Abang Wan kemudian meletakkan cawan kopi yang dia hirup tadi.
Abang Wan melepaskan keluhan yang berat didada.Tidak dia sangka ceritanya dahulu membuatkan api kemarahan Aysraf semakin membuak-buak.
“Kenapa Asyraf lepaskan dia tiba-tiba.Selama ni kalau dia lepaskan diri dari kelab tu,mesti Asyraf akan cari dia sampai jumpa balik.”Tanya Abang Wan tiba-tiba.
Asyraf menelan air liurnya kelat.Dia tidak tahu.Walau bibirnya tersenyum melihat Nabila dilayan sebagai GRO saban hari tapi hatinya tidak tenang.Wajah perempuan itu,kebengisan dan tangisan yang Nabila luahkan membuatkan malamnya jadi semakin tidak tenang.
“Entahlah abang Wan.Asyraf pun tak tahu.”Jawab Asyraf acuh tidak acuh.
Asyraf memejamkan matanya.Dia ingatkan dengan melepaskan perempuan itu dari tahanannya,dia akan mimpi lena.Tapi…sekarang ini.Saat ini….wajah Nabila semakin menghantui.
“Nabila kau!!!!”
Share this novel