Bab 4

Horror & Thriller Completed 8163

BAB 4 / KISAH TIGA

Bila aku teringat dengan member aku si Pian, mesti aku akan ingat negeri Sabah sebab beliau dah menetap kat negeri kelahirannya tu.. Bila aku fikirkan pasal negeri Sabah, mesti aku akan terpikir pasal balan-balan. Kalau aku terpikirkan balan-balan, mesti aku teringatkan member aku.. eh, apa jadah nak kaitan member aku ngan balan-balan..
Macam ni, sebenarnya aku jadi tertarik pasal cerita balan-balan a.k.a hantu penanggal kerana spesis ni amat terkenal di negeri bawah bayu.
Member-member aku dari Sabah pernah bercerita pasal balan-balan ni. Kononnya balan-balan ni bukanlah hantu yang bersifat ghaib tetapi adalah golongan manusia yang membuat perjanjian dengan syaitan untuk membolehkan kepala mereka berpisah dari badan. Dengar cerita lagi, hanya kaum tertentu yang ada belajar jadi balan-balan ni..

Nak dijadikan cerita, ada seorang member tu ada mendakwa kononnya pernah mengenali sahabatnya yang merupakan seorang balan-balan… Okay aku tak tau nak refer dia seorang atau seekor ataupun seokor, combine sekali pun boleh kan? Aku pun tak tahu nak bagi penjodoh yang sesuai dah. Nak kata patung, tapi dia tu orang. Nak panggil orang pun dah jadi bukan orang.
Menurut member kepada member aku tu (bukan member aku), dia jadi balan-balan kerana warisan dari tok nenek. Dia tak nak pon bertukar jadi balan-balan tu tapi bila ada saja orang nak beranak ke apa, secara otomatik beliau tak boleh duduk diam, pasti bertindak. Dia akan gelisah dan lapar darah. Beliau akan jadi jugak balan-balan tu walaupon diluar kehendak sendiri.
Kalau nak tahu, Tanda-tanda seseorang tu adalah balan-balan, tengkuk dia ada garisan kecil yang menandakan kepala dia pernah terputus dari badan. Amatlah menjadi pantang kepada orang Sabah kalu cerita pasal balan-balan ni di kala waktu malam. Kata mereka, benda tu boleh dengar kalu mengumpat kat mereka dan akan datang cari korang di tengah malam.. Amazing bukan, ishh janganlah dia boleh tahu aku sebut, seru nama dia waima dalam tulisan ni. Naya aku, dahla sorang-sorang dalam rumah sewa ni.

Hmm, kenapa ada orang yang menuntut nak jadi penanggal ni? apa faedah yang dapat? Dari dok makan benda-benda kotor tu, baik makan nasi ayam.. setakat jadi hantu sebab nak makan tali pusat apa barang...mungkin mudah kot jadi balan-balan ni. tak payah nak letih jalan kaki.
Boleh terbang je..sekali tali perot tu tersangkut kat pokok, baru padan muka.. Benda ni bukan aku tak percaya.. memang tak mustahil balan-balan ni wujud kalau dah bersekongkol dengan syaitan, semua benda boleh jadi. Tuhan mampu membenarkan semua benda.
Tapi janganlah sampai kita nak takut-takut dan taksub ngan benda-benda macam ni.. rosak akidah nanti. Kalu dia datang, try kasi smash ngan kayu besbol ke.. terpelanting la tu..

Kepada mereka yang tak rela tetapi terpaksa menjadi balan-balan tu, kalu boleh cubalah dekatkan diri ngan agama. tak kira la korang agama apa pun.. setahu aku semua agama mengajar kepada kebaikan dan kedamaian serta memberi ketenangan kepada penganut-penganutnya. cuba la banyakkan membaca kitab agama dan kalu time terasa kepala nak terpenggal tu, try la asingkan diri dengan dok dalam bilik yang terkunci.. Bila rasa nak datang bulan waktu menanggal banyakkan berdoa. Ye, aku cakap memang senang sebab bukan aku yang merasa situasi tu. Aku cuma reti cakap je. tapi tak salah kalu mencuba kan? mudah-mudahan saka balan-balan tu dapat di buang.

Share this novel

Daniala
2022-09-11 23:40:34 

Best gila aku baca cerita ini . Nice story EVE


NovelPlus Premium

The best ads free experience