Bab 2

Horror & Thriller Completed 8163

BAB 2/ KISAH SATU

ADIK lelaki aku ni Patrick, hobi dia malam-malam suka sangat makan supper baki makan malam sambil tengok WWE malam-malam di Astro. Pada satu malam tu, lepas dia terbongkang kenyang macam buaya, dia menuju ke dapur untuk letakkan pinggan di sinki dapur. Biasalah rumah kampung, dapur tidak bertingkap cuma ditutup dengan jaring dawai halus, kau boleh nampaklah panorama malam yang kelam.

Dapur rumah kami betul-betul berhadapan dengan sebatang jalan raya, dan di seberang jalan pula ada kebun kelapa sawit. Dan namanya malam, mesti kau dapat bayangkan suasana malam yang gelap gelita dan suram. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba Patrick terlihat satu cahaya dari kebun kelapa sawit berkenaan. Nak katakan cahaya lampu jalan, jauh sekali. Almaklumlah dah berapa penggal pemerintah negara ni belum lagi sediakan fasiliti asas tersebut. Nak dikatakan lampu suluh, dah lewat malam siapa pula yang nak menombak sawit atau berjalan-jalan melihat awan di kebun tersebut.

Patrick perhatikan cahaya itu, ditenung-tenungnya, lantas dia perasan cahaya tersebut menyerupai bebola api yang berpusing-pusing dan terbang mengelilingi kawasan kebun sawit berkenaan.

Apalagi, berlari lintang-pukang Patrick masuk ke bilik, dia terfikir sebelum bebola api itu yang seakan-akan berpusing menuju ke arahnya masuk ke rumah, baiklah dia segera masuk ke bilik.

Keesokan harinya Patrick demam, suhu badannya naik sama tinggi dengan tahap mengamuk ibu bapa saya yang bengang sebab Patrick biarkan TV, lampu dan kipas ruang tamu semalaman hidup. Memikirkan kos bil elektrik pasti meningkat bulan tu.

Dan sebulan jugalah Patrick berhenti dari aktiviti makan malam sambil menonton WWE.
Itu intro saja, belum panas lagi cerita kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience