Bab 7

Horror & Thriller Completed 8163

BAB 7 / KISAH 6

Menurut ceritanya,kejadian ni berlaku kira2 pukul 11 malam.
Ada sorang pakcik ni, kebetulan baru balik dari kenduri arwah..Sewaktu dalam perjalan, tiada apa-apa yang pelik dan ganjil berlaku, namun sebaik sampai saja dpan rumah tdgr bunyi..seakan bunyi burung dan ayam.

Pada mulanya dia tak mengesyaki apa-apa, Tapi lama kelamaan bunyi itu semakin hampir dengannya seolah-olah benda tu ada kat belakang dia. Bila dia menoleh untuk melihat benda tu. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat benda tu berdiri sangat hampir kira-kira dua meter dari jarak dia berdiri dengan keadaan usus terburai yang sangat ngeri dan menjijikkan.
Bak bertemu buku dengan ruas, mujur pakcik ni berani orangnya, pakcik tu segera masuk ke rumah dan mencapai parang panjang untuk menetak penanggal tu. Isteri pakcik tu pula seorang bomoh, apalagi bergabung meletup lah pasangan laki bini warga emas tu.
Segala jampi serapah pun dibacakan tapi tidak berkesan, penanggal itu masih tercegat di tempat yang sama. Pakcik tu pula mulalah membaca ayat-ayat suci Al-Quran, sama juga masih tidak berhasil menghalau makhluk tersebut.
Namun sebaik saja pakcik tu mula melibaskan parangnya, penanggal tersebut naik berang. Pakcik tu libas ke kiri da ke kanan, boleh dikatakan ke semua arah, namun tidak juga mengena kerana penanggal itu bijak mengelak. Seakan mencabar kesabaran pasangan suami isteri itu, penanggal itu berlegar-legar di udara dan seakan cuba mencuri peluang untuk menyerang salah seorang daripada pasangan suami isteri itu.
Mungkin sedar apa jua yang mereka lakukan seakan mustahil untuk menghapuskan penanggal tersebut, akhirnya pakcik dan makcik tadi mengambil keputusan untuk masuk ke rumah.
Untuk seketika, penanggal itu terbang mengelilingi rumah pakcik itu, seakan tidak berpuas hati yang pertarungan mereka berakhir dengan mudah.
Krakk.. Krukkk Krakkkk
Bunyi atap zink rumah yang seakan dikopak menambahkan lagi panik mereka berdua. Tidak tahu bila penderitaan mereka berakhir dan entah bila agaknya penanggal itu beredar, sedar-sedar matahari sudah mulai naik agak tinggi.
Apalagi, sebaik saja selesai mandi, pakcik itu lekas-lekas meminta pertolongan beberapa jiran kampung untuk menangkap orang yang disyaki (penanggal seperti balan-balan, siang manusia biasa, malam menjelma jadi makhluk usus terburai tu)
Sampai saja di depan rumah orang yang disyaki, abang si pelaku merayu meminta agar adiknya jangan diapa-apakan. Dia menjelaskan yang adiknya begitu buiukanlah atas kehendaknya sebaliknya adiknya menjadi mangsa dan terkena ‘sumpahan’ tersebut ketika bersalama dengan orang yang tidak dikenali suatu masa dulu. Dari apa yang aku tahu, Ilmu penaggal ini boleh diturunkan melalui banyak cara dan salah satunya bersalam sambil membaca jampi serakah kepada orang yang disalamnya.
Memang heboh cerita penanggal ni di kampung kami. Aku pula pada masa itu sedang belajar di Raub jadi tidak berapa pasti akan kebenaran cerita ini, tapi pokok takkan bergoyang jika tiada angina kan? Kalau dah satu kampung kecoh, kau rasa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience