Bab 12

Horror & Thriller Completed 8163

BAB 12/ KISAH 11
Diceritakan oleh teman sepejabatku.

Kisah ini berlaku keatas diriku semasa mengikuti pengajian disebuah IPTA di Dungun, Terengganu. Cerita paranormal mengenai hantu penanggal berlaku di bilik Ibnu Khaldun dan kisah ini telah diceritakan dan dikongsi oleh salah seorang 'roomate' kitaorang yang menggelarkan dia dengan panggilan Li. Pada keesokkan harinya setelah selesai kuliah, Li menceritakan bahawa pada kejadian semalam sewaktu kitaorang semua nyenyak tidur tiba-tiba dia berasa kurang senang dengan suasana malam yang panas dan cuba untuk bangun dari tidurnya. Pada malam tersebut kami begitu nyenyak tidur.
Apabila Li membuka matanya tiba-tiba dia menjadi kaku dan hanya berdiam diri setelah melihat entiti paranormal iaitu hanya berkepala dan berjurai tali perut (hantu penanggal) berlegar-legar di atas kami kerana semua kami tidur di lantai dan katil bawah.

Li hanya kaku tanpa kata-kata selama beberapa minit sehingga entiti paranormal itu berlalu dan menghilangkan diri. Setelah mendengar cerita Li itu, pada mulanya kami tidak mempercayai kisah tersebut kerana tiada sebarang tanda-tanda ke atas kami. (sekiranya hantu penanggal kemungkinan akan ada tumpahan darah ke atas kami semasa nyenyak tidur).
Mengikut cerita 'senior-senior' memang terdapat kisah paranormal yang berlaku pada 'level' asrama kami terutama antara empat bilik yang terakhir (termasuk bilik kami) kerana semasa pembinaan asrama tersebut berlakunya satu kematian yang melibatkan seorang wanita setelah diperkosa oleh buruh binaan disitu.

Maka akan ada 'gangguan' yang berlaku disitu. Alhamdulillah bagi aku dan 'roomate' yang lain tidak pernah menghadapi 'gangguan' dari entiti paranormal tersebut. Namun ada beberapa ketika, berlaku 'rasukan' atau 'gangguan' oleh entiti paranormal terhadap seorang rakan kami (berlainan kursus) yang tinggal dibersebelahan bilik kami.

Jadi teori dan cerita oleh para 'senior' bahawa empat (4) bilik terakhir di level asrama kami sememangnya 'keras'. Peristiwa itu mengingatkan kami kembali kepada cerita Li mengenai hantu penanggal yang berlegar-berlegar sambil melihat kami tidur. Malah asrama dan bilik kami terletak tidak jauh dari kawasan hutan yang tebal dan berbukit. Bukit itu juga dikenali sebagai 'Bukit Mayat' kerana apabila dilihat dari jauh ia seakan-akan seperti mayat yang sedang tidur.

Alhamdulillah sepanjang pengajian aku selama tiga tahun di Dungun, Terengganu aku masih lagi belum melihat entiti paranormal walaupun dalam masa pengajian ada juga kenakalan kami untuk mengenakan rakan-rakan yang study lewat malam 'during' exam dengan menyamar sebagai hantu.
Hanya satu pesan ku, jika ternampak rambut perempuan panjang mengurai dengan perut terburai berbau hamis, baiklah kau lari…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience