Bab 8

Horror & Thriller Completed 8163

BAB 8 / KISAH 7
Diceritakan oleh rakan sebilikku di Kolej, Sarah

Cerita ini berlaku pada emak Sarah sendiri. Pada ketika itu emak Sarah baru beberapa hari melahirkan adik Sarah yg kedua. Emak bersalin & berpantang dirumah arwah Tok Ayah.
Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Jam di dinding menunjukkan pukul 12 malam. Walaupun sudah jam 12, emak Sarah yg sedang berbaring atas tilam di atas lantai masih tidak dapat melelapkan matanya ( 12 mlm dulunya sudah dikira lewat malam, kalau zaman sekarang jangan harap, perempuan atau lelaki masih lagi berpeleseran malam-malam hari).

Nak dijadikan cerita Adik beradik ayah semuanya tidak ada di rumah. mereka menumpang menonton tv di rumah jiran selang beberapa rumah dari rumah arwah Tok Ayah. Begitu juga dgn arwah Tok Ayah... arwah keluar ke masjid & masih belum pulang. Barangkali Tok Ayah singgah dimana- mana. Cuma emak, Sarah, adik dan nenek saja yg tinggal di rumah.

Selepas sekian lama memaksa diri untuk pejamkan mata, akhirnya emak pun tertidur. Ketika baru nak lena, tiba-tiba emak terasa ada sesuatu yg berada di bawah rumah.

Walaupun mata emak tertutup tetapi telinga dapat menangkap bunyi sesuatu bergerak berlegar-legar dibawah rumah. Hati emak mula rasa tak tenteram. Perlahan-lahan emak buka mata. Emak jeling ke sebelah tengok adik Bonda.... lena tidurnya. Lepas itu, emak toleh kiri kanan ( masih lagi dalam keadaan berbaring ).

Kalau tadi emak cuma mendengar bunyi berlegar-legar di bawah rumah..... kali ini emak nampak ada lidah terjulur-julur panjang keluar dari celah-celah lantai papan sekali pandang tak ubah seperti lidah biawak cuma lidah tu runcing, bercabang, hitam kemerahan, berlendir dan berbau busuk!

Berderau darah emak! Badan emak terlentang kaku seolah-olah ada sesuatu yg menindih emak. Begitu juga dgn mulut emak. Langsung tak boleh dibuka! Sudahlah arwah Tok Ayah takde kat rumah... nak panggil nenek kat bilik sebelah pun tak dapat. Emak Sarah hanya mampu berdoa agar lidah panjang yang terjulur pada celah lantai tidak mengenai adik Bonda yg berada disebelah emak.

Emak terus beristighfar, selawat dan menyebut Allah.... Allah di dalam hati. Sambil tu emak berusaha utk menggerakkan badannya. Berpeluh-peluh emak dalam melawan gangguan tersebut. Emak pejam mata rapat-rapat.... cuba mencari kekuatan.

Dengan izin Allah Yang Maha Besar, arwah Tok Ayah pun balik. Bila emak dengar saja suara arwah, emak seperti dapat kekuatan..... dan lancar mulut emak menyebut....
" Ya Allah ! ". Dapat saja emak bersuara..... terus emak Sarah pekik...
" Ayah!!!! ". Tiba- tiba adik menangis..dan dari menangis adik Sarah melalak dgn kuat. Air mata emak meleleh...

Mendengar je emak terpekik, arwah Tok Ayah berlari melompat dari anak tangga terus ke lantai atas. Nenek panik.. dia pun ikut naik ke rumah atas sampai hampir nak tersungkur di tangga.

Menurut emak Sarah, arwah Tok Ayah tolak pintu sekuat hati. Melihatkan emak yang baring terlentang tegak dan adik Sarah yang menangis tak henti-henti, arwah terus masuk ke dalam bilik. Arwah berdiri tegak ditengah tengah bilik.
Matanya bulat tajam melilau memandang keseluruhan bilik. Emak Sarah masih lagi tidak boleh bergerak.. Kemudian kepala arwah Tok Ayah menunduk memandang ke lantai bilik.

Tidak semena-mena, arwah Tok Ayah azan sekuat-kuatnya. 3 kali arwah azan, dihentak tumitnya diatas lantai papan rumah.
Bbuuukk!!
Bunyi sesuatu yg berat menghentam lantai dari bawah. Terasa bergegar lantai bilik tu. Adik Sarah masih lagi melalak.

" Oh...! Kau main kasar ye... Aku dah bagi kau amaran, kau melawan. Kau fikir aku tak tau kau siapa ! Siap kau... tunggu kau kat situ ! " arwah Tok Ayah pekik lagi.
Nenek terus dapatkan emak. Nenek dukung adik Sarah dan cuba tenteramkan adik.
" Awak tunggu sini. Jangan tinggal diorang dan jangan keluar rumah walau apapun yg awak dengar ". Arwah Tok Ayah beri arahan kepada nenek. Emak hanya mampu memandang muka nenek.

Habis saja arwah pekik, dia terus keluar dari bilik. Menurut emak Sarah, Tok Ayah terus meluru keluar rumah. Di capainya parang dan lampu picit dalam bakul motor dan arwah berjalan dalam hujan lebat menghala ke arah pokok mengkuang di depan rumah.

Dipotongnya beberapa helai daun mengkuang, lalu arwah pergi berdiri di luar bawah tingkap ( kedudukan bilik tersebut tinggi ) menghadap ke bawah rumah. Hujan semakin lebat.
Arwah Tok Ayah kata, ketika dia berdiri memandang ke bawah rumah.... arwah hanya nampak mata merah menyala melayang-layang.

Apabila arwah Tok Ayah membaca sepotong ayat al-Quran dan di hembus ke arah benda tadi, tak semena-mena benda tu menggelupur dan arwah Tok Ayah terus menyuluh tepat kepada benda tu.
Memang betul jangkaan arwah. Benda Melayang-layang di depannya adalah Penanggal. Dengan rambut yg mengerbang, mata bultanpa kelopak mata, merah menyala, hidung rompong manakala mulutnya ternganga menampakkan giginya panjang dan tajam. Lidahnya pula panjang terjelir-jelir keluar. Melayang-layang tak tentu arah dengan isi perut yg terburai-burai. Darah menitik-nitik jatuh ke tanah. Bau hamis dan meloyakan memenuhi bawah rumah.

Arwah Tok Ayah cuba menahan rasa mual. Dia tahu Penanggal tu berang, melayang-layang sambil berpusing- pusing tak tentu arah dan cuba mencari jalan utk keluar dari situ. Malangnya arwah Tok Ayah tegak berdiri ditengah-tengah jalan satu-satu laluan keluar dari bawah rumah tersebut! ( bawah rumah telah di kepung dengan pasu-pasu bunga yg tinggi ).
Jadi Penanggal tersebut tidak boleh terbang keluar... Arwah terpaksa berjaga-jaga.Takut terkena tempias darah yg menitik-nitik dari isi perut Penanggal tu.

Arwah kepit lampu picit di celah ketiaknya. Di ambil daun mengkuang yg diletakkan di tepi kakinya. Sambil tu arwah mengacu-acukan parang ke arah Penanggal tersebut. Kalau tersilap atau terleka buruk padahnya sebab Penanggal tu sedang bertindak ganas. Arwah terus membaca beberapa potong ayat dari surah Al Baqarah dan beberapa lagi surah.

" Aku kenal siapa kau! Aku tahu tempat tinggal kau! Aku tahu siapa guru kau! Hari ini aku lepaskan kau. Ini amaran aku yg terakhir. Sekali lagi kau kacau keturunan aku... Aku pastikan kau takkan jumpa badan kau sampai kiamat! " , tempik arwah. Arwah berjalan masuk sedikit ke bawah rumah dn berdiri di sebelah kanan laluan keluar. Tak semena-mena, arwah tepuk salah satu tiang rumah.

Penanggal tu pandang arwah Tok Ayah dengan marah. Menyeringai dan berdesup laju melayang-layang keluar dari bawah rumah. bila Penanggal tu terbang dan hilang dari pandangan.. Adik Sarah berhenti menangis. Manakala emak pula boleh gerakkan badannya. Arwah Tok Ayah terus ikat daun-daun mengkuang yang di ambilnya tadi pada tiang-tiang di bawah rumah.
Selepas tu arwah pergi ke dapur. Di ambilnya beberapa batang paku panjang dan penukul. Dia naik ke bilik.terus di pakunya lantai bilik utk mengelakkan diganggu Penanggal tadi. Walaupun arwah tahu Penanggal tu takkan datang semula tapi langkah berjaga-jaga mesti diambil.

Nenek keluar dan datang balik dengan segelas air. Arwah Tok Ayah baca sesuatu pada air tesebut dan diberikan kepada emak utk diminum. Selebihnya disapukan ke muka adik Sarah. Selepas itu arwah berdiri di penjuru bilik dan di baca potongan ayat 1 hingga 9 surah Yaasin. Diikuti dengan penjuru lain mengikut arah tawaf kaabah dan berakhir pd penjuru yg mula-mula tadi.

Emak Bonda cakap itu adalah Penanggal kepunyaan salah seorang penduduk di kampung tersebut. Arwah Tok Ayah tak mahu beritahu siapa punya Penanggal tersebut. Tapi emak rasa emak tahu siapa sebab sebelum emak bersalin ada seorang makcik yg tak pernah bertegur sapa dengan emak, tiba-tiba baik sangat bertanya khabar pada emak dan nenek bila terjumpa di kedai runcit. Seolah-olah dia mcm mencari jalan dan menunggu emak dan nenek untuk bertemu di kedai.
Tetapi emak tak berani nak tanya arwah sebab emak tahu arwah tak akan sesekali memberitahu sesiapa waima nenek sekalipun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience