Bab 9

Horror & Thriller Completed 8163

BAB 9 / KISAH 8

Kisah seterusnya diceritakan lagi oleh Sarah, haihh apalah nasib Sarah ni asyik saja bertembung dengan penanggal.
Selepas tamat berkhidmat sebagai anggota tentera, ayah Sarah menolong arwah Tok Ayah menoreh getah. Katanya nak berehat dulu dikampung sementara menyambung kerja yg baru.

Ayah selalunya akan bangun jam 3 pagi, bersiap-siap dan akan terus ke kebun getah yg terletak kira-kira 4 hingga 5 km jauhnya.
Kadang-kadang Bonda terfikir, kenapalah pagi sangat ayah pergi menorah.. tak mengntuk ke? Tak sejuk ke? Atau...tak takut ke? Rupanya ayah Sarah mcm arwah Tok Ayah.
Hatinya kering. Nampak toyol dia boleh sergah toyol tu ! Bolehkah begitu?

Berbalik pada cerita asal. Ayah cuma akan berhenti menoreh apabila hampir jam 6 pagi. Dia akan balik, mandi dan solat subuh. Selepas bersarapan sekejap, ayah akan kembali semula ke kebun getah utk mengutip getah. Begitulah rutin dia apabila menorah.

Suatu pagi, seperti biasa ayah bersiap macam biasa utk ke kebun. Tetapi pagi ini ayah pergi awal sedikit sebab ayah perlu ke sekolah Sarah.
Selepas itu, ayah Bonda menoreh seperti biasa..... dari satu pokok ke pokok yang lain. Oleh kerana malamnya hujan, batang getah pun basah.... jadi ayah bercadang menoreh utk setengah ekar saja.
Lagi pula pagi tu cuaca sejuknya agak lain dan nyamuk pula lebih banyak dari biasa. Agak susah sikit ayah nak bergerak. Ubat nyamuk yg dipasang dipinggang macam tak menjalankan perkhidmatannya dengan sempurna.

Sedang asyik dan tekun menoreh, tiba-tiba lampu yang dipasang pada kepala ayah terpadam. Nak tak nak terpaksa ayah berhenti sekejap utk membetulkan lampu di kepalanya. Ayah mengeluh.
Macam-macam terjadi pagi ni.. Enjin motor susah dihidupkan, pisau toreh tertinggal, batang getah basah...... sekarang lampu terpadam dan susah nak dihidupkan. Sudahnya ayah bergelap dalam kebun getah sementara nak betulkan lampu.

Tengah betulkan lampu... ayah baru terperasan sesuatu.......

Pagi tu sunyi sepi sangat. Selalunya kalau malamnya hujan sudah tentu ada bunyi katak berkoir diselang seli dengan bunyi cengkerik.
Tetapi perasaan pelik tu kejap je sebab pada ayah dari dia memikirkan bunyi-bunyian tu baik dia betulkan lampu tadi dgn cepat. Tak tahan dia diserang oleh nyamuk.

" Bismillahirrahmannirrahim........ " ,ayah ketuk lampu yg berbentuk bulat tu di peha sekuat hati. Syukur.... lampu terus menyala. Tanpa membuang masa, ayah pun sangkut semula lampu tersebut ke kepalanya. Kemudian dia capai pisau toreh dipinggang.

Semasa hendak menyambung torehannya, ayah perasan ada sesuatu menitik ke dalam mangkuk tadahan getah. Tik..tik..tik.. . ayah tunduk memandang ke dalam mangkuk. Dia berganjak kebelakang sedikit untuk menyuluh. Tik..tik..tikkk..
Ayah kecilkan matanya. Kenapa susu getah ni warnanya lain? Ayah pandang balik batang di mana dia toreh tadi. Eh! Getah belum turun lagi. tapi ini apa?

Ayah bergerak pula ke sebelah mangkuk getah. Hatinya tak puas kalau tak tengok betul-betul. Dia tunduk lagi. Kali ni, kepalanya lebih dekat. Tiba-tiba hidung ayah terbau sesuatu yg kurang menyenangkan. Elok je ayah angkat kepala utk berdiri, benda tu menitik lagi. ayah tengok benda yg menitik tu bukannya datang dari kesan torehan tadi tapi datangnya dari atas!

Perlahan-lahan ayah dongakkan kepala ke atas mengikut dari mana datangnya benda yg menitik tu. Eh! Darah!!?? Ayah dongak lagi ke atas..... kali ini lebih perlahan dongakkan ayah.

Mula-mula yang ayah nampak ialah sesuatu seperti tali bersimpul tapi kelihatan berlendir dan ada sesuatu yg menitik turun dari tali tersebut. Kemudian ayah dongak lagi.. Dia nampak lagi banyak ' tali ' yg berselirat dan... lagi banyak lendir pekat. Ayah dongak lagi dan dongak lagi hingga sakit tengkuk ayah.

Ah sudah! Melayang-layang di atas ayah ialah PENANGGAL !! Kalau cerita sebelum Penanggal berdepan dengan arwah Tok Ayah tapi kali ini Penanggal melayang-layang membelakangi ayah.
Rambutnya kerinting mengerbang. ' Tali ' yg bersimpang-siur dan berserabut tadi rupanya tali perut Penanggal yg terburai. Manakala benda yg menitik tadi adalah darah yg mengalir dari paru-paru serta isi perut Penanggal tu tadi......

Nasib baik tak kena ayah. Dengan perlahan ayah berundur kebelakang. Pisau toreh digenggamnya dengan kuat. Kalau Penanggal tu menyerang, ayah boleh gunakan pisau tu sebagai senjata.

Dalam tujuh ke lapan langkah ayah berundur, ayah cepat-cepat sembunyi di sebalik salah satu pokok getah. Ayah malapkan sedikit cahaya lampu di kepalanya. Sebenarnya ayah tahu Penanggal tu tak perasan akan ayah. Jadi ayah nak tengok apa yg nak dibuat oleh makhluk tu.

Penanggal tu masih lagi melayang-layang di tempat yg sama. Secara tak sengaja pisau di tangan ayah terjatuh. Bila ayah nak mengambil pisau, ayah terpijak ranting kayu.
Kkkeettaakk !
Alamak..!!!!! ayah terus kaku. Tapi ayah cepat-cepat tundukkan kepala agar lampu tersebut menyuluh ke tanah.

Walaupun kepala ayah tunduk, mata ayah dapat melihat Penanggal tersebut. Penanggal tu seolah-olah tidak kisahkan apa-apa. Bagus.... ayah terus pasang kekuda dalam kedudukan tersebut. bersedia utk bertindak bila-bila masa jikalau perlu. Mata ayah masih lagi tak beralih pandangan. Peluh sejuk mengalir dari celah-celah kain yg menutup kepala.

Tak lama kemudian.... Penanggal tu berpusing menghadap ayah tapi benda tu mmg tak perasan langsung kehadiran ayah Sarah).
Mata bulat merah menyala meliar memandang ke sana kemari. Buruk sangat mukanya. Ayah menahan loya melihat segala isi-isi dalaman Penanggal tu. Darah menitik-nitik jatuh ke tanah. Baunya? Jangan ditanya....... busuk!

Mulut ayah terkumat-kamit membaca beberapa potong ayat Quran.
Kemudian dia membaca ayat berkubu. Dihembusnya perlahan-lahan ke arah bawah dimana Penanggal tu melayang-layang. Bagaikan tahu sesuatu sedang berlaku..Penanggal tersebut terbang berpusing di kawasan tempat ayah berada.

Nasib baik ada zink. Ayah ambil zink tu tutup keseluruhan badannya utk mengelak dari terkena darah Penanggal yg menitis. Penanggal tersebut seakan kepanasan. Makhluk tu melayang-layang dengan lebih agresif.

Ayah tak nak tunggu lama lagi.... dia bacakan sesuatu. Digenggamnya penumbuk seerat-eratnya lalu ditumbuknya tanah sekuat hati. Dengan izin Allah, berdesup Penanggal tu terbang macam bola api dan hilang dari pandangan..

Alhamdulillah.... Pagi tu ayah tak jadi nak menoreh. Dia sempat toreh 10 batang pokok je. Takpelah takde rezeki nak menoreh hari ni..... ayah capai pisaunya yg jatuh tadi dan terus pulang ikut jalan yg datang tadi.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience