Bab 3

Horror & Thriller Completed 8163

BAB 3 / KISAH DUA

Kisah yang satu ini terjadi terjadi pada Ogos tahun lalu. Menurut saudara aku, pada malam kejadian, rakannya Naim, baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat oleh ibu mertuanya. Naim yang bersama isteri dan anak lelakinya pada waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram yang ada dikawasan itu.
Seperti pada malam-malam yang biasa, langsung tidak ada sebarang peristiwa aneh yang berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tesebut.
Namun, malang apa yang melekat pada mereka hari itu, pada malam yang berikutnya, satu peristiwa yang agak seram telah terjadi kepada tiga beranak ini.
Semasa mereka melintasi satu kedai dikampung tersebut, anaknya telah terlihat satu bentuk seakan-akan penanggal (kepala tidak bertubuh) terbang berlegar-legar disekeliling tiang lampu yang tidak jauh dari mereka.
Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan mereka sahaja, sehinggalah anak lelakinya telah menegur benda tersebut dengan menanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan tiang lampu itu.
Bagaikan didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari belakang sehingga menyebabkan anaknya menangis ketakutan. Ibunya yang dari tadi menyangka penanggal yang terbang mengekori mereka itu adalah seekor burung,turut menangis dan mengarahkan suaminya memandu kereta dengan laju.

Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang.

Naim membaca beberapa patah ayat suci al-quran serta ayat kursi sebagai pendinding sekaligus menenangkan keluarganya yang panik dan ketakutan itu. Penanggal tersebut betindak semakin ganas apabila Naim membaca ayat-ayat Al-Quran,ia menghentak-hentakkan kepalanya kearah tingkap kereta yang dipandunya seakan-akan ingin mengacahnya.
Penanggal tersebut seperti tidak takut dengan ayat-ayat yang dibacanya. Semakin dibaca,semakin bertambah agresif penanggal tersebut cuba menyerang mereka. Ia terbang mencari ruang untuk memasuki kereta mereka.

Apa yang berlaku selepas itu tidak dapat dilupakannya, seperti tahu ia tidak dapat memasuki kereta tersebut..ia terbang beriringan dengan keretanya...dan memerhatinya dari tepi tingkap. Oleh kerana takut sangat, rakannya tidak berani menoleh untuk melihat wajah penanggal tersebut.

Nasib mereka agak baik..tidak lama selepas itu, terdapat satu kereta yang dipandu bertentangan telah membunyikan hon dan menyuluh lampu kereta kearahnya.. Seperti ingin memberitahu dia juga terlihat penanggal tersebut. Oleh sebab lampu terang dan bunyi hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang telah membunyikan hon tadi.
Menurut saudara saya, selepas kejadian seram itu...Naim telah mengambil cuti selama dua minggu untuk memulihkan kembali semangatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience