Bab 11

Horror & Thriller Completed 8163

BAB 11/ KISAH 10

Cerita yg ingin aku sampaikan kali ini berlaku kepada salah seorang kawan
( aku gelarkan dia Uncle B ) pakcik aku( PakSu).

Uncle B adalah seorang pemandu bas ekspress.
4 kali seminggu dia akan memandu bas ekspress dari Segamat ke Kuantan. Jadual waktu kerja dia mengikut shift. Selalunya bila bercuti, dia akan datang ke rumah atok aku utk berborak kosong dengan Paksu.

Uncle B pernah bercerita kepada kami yang dia pernah diganggu oleh Penanggal ketika memandu bas ekspress dari Kuantan ke Segamat.

Al-kisahnya ........................................................

Memandu bas ekspress pergi balik Segamat ke Kuantan dan begitu juga sebaliknya memang memenatkan. Dulu perjalanan memakan masa 3 jam lebih menggunakan jalan ke Muadzam Shah - Gambang - Batu 9 dan seterusnya mengikut jalan biasa ( bas ekspress ini perlu berhenti di bandar Muadzam utk menurun dan mengambil penumpang ). Oleh kerana awal perjalanan dari Segamat - Kuantan kawan sekerjanya memandu, jadi kali ini Uncle B mengambil tempat sebagai pemandu.

Bas ekspress bergerak dari Kuantan pada jam 8.30 mlm. Awal perjalanan dari Kuantan berjalan lancar. Sehinggalah dia melepasi Bandar Muadzam Shah. Bagi mereka yg pernah melalui jalan ini pasti tahu pada tahun awal 90-an, keadaan jalan menghala ke Segamat memang sunyi. Ditambah pula kekurangan lampu jalan.

Jam sudah melewati 10 lebih. Jadi Uncle B tutup lampu di dalam bas. Biar penumpang selesa utk melelapkan mata. Kawan Uncle B sudah pun tersengguk-sengguk menahan kantuk. Kasihan melihat kawannya .... Uncle B pun menyuruh kawannya tidur. Hanya lampu di bahagian pemandu saja dinyalakan ... itu pun dimalapkan sedikit cahayanya.

Uncle B menceritakan pada malam tersebut hatinya merasa kurang enak. Perasaan kurang enak ini telah mela dirasai ketika dia berhenti utk mengambil penumpang di stesen bas Muadzam Shah. Tapi dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan mungkin perasaannya saja. Jadi Uncle B abaikan saja. Dia hidupkan radio dan mendengar lagu-lagu bagi menghilangkan perasaannya itu.

Menurut Uncle B .... sudah 3 tahun dia memandu bas ekspress berulang-alik dari Segamat - Kuantan - Segamat. Tetapi malam tu perjalanan terasa seperti lambat walhal dia memandu pada kelajuan yg sama seperti selalu. Uncle B memandu dengan kelajuan 70 km/j meredah kegelapan malam. Sesekali bas akan berselisih dengan beberapa buah kenderaan lain. Dia perlu memandu dengan cekap utk selamat sampai ke destinasi yg ditujui.

Bas yg dipandu sudah pun melepasi sempadan Pahang / Johor dan sedang menghala ke Jalan Buloh Kasap. Ketika bas ekspress yg dipandu melalui depan simpang ke Felda Pemanis, tiba-tiba sesuatu melintasi depan bas dalam jarak -+ 60 meter dengan laju ..... ZZzzuuuuuupppppp. Nasib baik Uncle B cuma memandu dengan kelajuan 70 km/j.

Uncle B teruskan pemanduan tanpa menekan brek. Jantungnya berdegup kencang. Apa tu? Uncle B tertanya-tanya. Dia toleh memandang kawannya ... masih lagi tidur. Uncle B memandang ke depan kembali. Jantungnya masih berdegup kencang. Tangannya kejap memegang stereng bas. Lampu bas ditinggikan.

Dia cuba tenangkan diri. Beristighfar dan terus beristighfar ...

Selang 10 minit kemudian .... Zzzuuuuuuuuuupppp. Benda tu melintas lagi di depan bas dalam jarak yg sama ... Oleh kerana lampu bas ditinggikan, Uncle B dapat melihat kelibat yg melintas tadi walaupun tidak berapa jelas .... seperti sesuatu yg berbentuk seakan-akan bulat dan bercahaya.

Kali ini Uncle B nekad. Kalau benda tu muncul lagi ...... dia tidak teragak-agak utk melanggar saja. Uncle B tahu apa yg dia nampak tadi bukannya sebarang lintasan makhluk biasa. Cuma dia tidak pasti benda apakah itu. Sambil memandu matanya mengerling ke kiri dan kanan jalan. Gelap ........yang ada Cuma pokok-pokok dan semak saja.

Uncle B berpeluh dalam kesejukan menusuk sum-sum tulang penghawa dingin. Dada terasa sesak. Lalu dibukanya tingkap di sebelahnya. Angin malam menerpa masuk.
Tiba-tiba ...............................

Sedang Uncle B mengawal perasaannya yg sudah sedikit lega, dia terasa sesuatu mengibas-ngibas lengannya. Pada mulanya dia fikirkan mungkin bulu romanya ( bulu romanya jenis panjang seperti bangsa sikh ). Tetapi kibasan tersebut terkena hujung cuping telinga. Dalam hatinya berkata, ' Takkan la rambut aku..rambut aku pendek. Baru je semalam aku gunting .....'. Uncle B pelik.

Kalau tadi kibasan tu terasa lembut dan terbuai-buai ......... yang ini terasa perit dan menyucuk-nyucuk kulitnya. Dicapainya benda yg terkibas-kibas tadi. Dibantu dengan cahaya malap lampu, Uncle B melihat benda yg dicapainya tadi.
' Eh.. apa ni? ' ....................... Nak tahu apa yg dipegangnya?

Di dalam genggaman tangan Uncle B ialah beberapa helai rambut yg kasar, hitam dan bergumpal ! Tangan kirinya masih lagi memegang stereng dan tangan kanannya menggenggam rambut tersebut.
' Rambut apa ni ? ' Uncle B dah mula rasa tak sedap. Pandangan matanya mengikut arah datangnya rambut tersebut.

Bulat mata Uncle B memandang ke luar. Hampir nak terjojol biji mata Uncle B apabila melihat di cermin sisi bas ekspress yang dipandunya tersangkut sesuatu yang memang menakutkan. Kelihatan isi perut makhluk yang dipanggil Penanggal. Cermin sisi bas tersebut berselirat dengan segala isi perut Penanggal tersebut.

Dan seperti tersedar dari mimpi ... Uncle B melihat tangan kanannya masih lagi menggenggam beberapa helai rambut yg sudah diketahui kepunyaan Penanggal ! Uncle B tidak melihat muka Penanggal tu dan dia memang tak nak sama sekali melihatnya ! Dengan cepat Uncle B melepaskan genggaman rambut dan segera menolak rambut tu keluar.

Pantas tangannya menolak tingkap yang terbuka tadi agar tertutup rapat. Sambil tu Uncle B cuba fokus pada pemanduannya. Bajunya sudah dibasahi dengan peluh. Dari hujung mata kanannya, dia melihat Penanggal tersebut masih lagi tersangkut di cermin sisi bas.

Kepalanya kosong. Segala surah dan doa bercampur-aduk. Dia dah tak boleh mengingati apa-apa surah pun. Uncle B cuba mengawal perasaannya agar dia tidak hilang kawalan.

Secara tiba-tiba .... Uncle B lihat Penanggal tu seperti hendak menurunkan kepalanya. Memang betul jangkaan Uncle B. Perlahan-lahan Penanggal tersebut menurunkan kepalanya. Rambut Penanggal berkibaran dicermin depan bas.
Bila Uncle B ternampak sebelah muka Penanggal, ' YA ALLAH !!!! ' dia terjerit kecil dan terus menekan brek sekuat hati.
Sretttttt ........ berdecit bunyi tayar bas. Hampir kesemua penumpang bas yg sedang lena tidur terdorong kedepan. Ada yg menjerit kesakitan. Mungkin terhantuk atau sebagainya.

Nasib baik Uncle B tak memandu laju. Jadi tiada penumpang yang tergolek atas lantai. Kawan sekerjanya pun terkejut dengan tindakkannya tadi. Uncle B memandang ke cermin depan. Penanggal tadi HILANG ! Dia toleh ke cermin sisi .... pun tidak kelihatan kelibat Penanggal tadi.

Semua tertanya-tanya apakah yang telah berlaku. Uncle B diam sekejap sambil berselawat dan beristighfar. Kemudian dia toleh ke belakang memohon maaf kepada semua penumpang. Kononnya tadi ada ular besar melintas jalan. Oleh sebab tiada lampu jalan, Uncle B tidak perasan akan ular tersebut. Syukur ...... semuanya dapat menerima alasan Uncle B.

Tapi sebelum menyambung perjalanan Uncle B membasuh tangan yang memegang rambut Penanggal tadi. walaupun takut-takut, Uncle terpaksa juga buka tingkap utk membasuh tangannya. Dia terasa geli bila memngingatkan isi perut Penanggal yg terburai dan melayang-layang di depan matanya.

Perjalanan ke stesen bas Segamat diteruskan dan Alhamdullillah .... Mereka selamat tiba tanpa ada gangguan dari apa-apa pun termasuklah Penanggal tadi.
Sumpah! Sesungguhnya inilah kali pertama dalam hidupnya melihat Penanggal didepan matanya dan dia tidak akan melupakan sampai bila-bila ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience