BAB 2

Family Completed 1155

Aku hanya mengekor sahaja tingkah nenek yang kian galak menyapu daun sireh ke dahi dan kepalaku tambahan pula seluruh tubuhku kian rengsa dan ngilu.

Malam itu, walaupun keadaannya agak samar-samar, aku dapat melihat atuk yang menopang dagu di muka pintu sambil membiar kakinya terjuntai mencium anak-anak tangga.

Mengkali atuk menyesal kerana membiarkan aku menggigil kesejukan. Mungkin juga, suara nenek yang memarahi atuk masih terngiang-ngiang di telinga atuk.

Apabila mengenangkannya kembali, perasaan bersalah terhadap atuk menjulur ke kalbuku.

Aku yang mengejan atuk untuk mandi di bukit itu dan memang tidak patut aku membiarkan atuk keseorangan memegang perisai sabar. Kasihan atuk.

“Kamu mengelamun ya Man?” sergahan nenek dari muka pintu bilikku menghentikan detik jantungku buat seketika.

“Nenek... maaflah, Man tak perasan nenek panggil tadi. Dah lama ke nenek berdiri di pintu tu?” Aku membontoti nenek ke ruang makan.

Di atas meja sudah terhidang kuih karipap dan seteko air teh o’ panas. Aroma yang menggerbak ke rongga sudah cukup mengiurkan nafsu makanku.

“Atuk mana nek?” soalku apabila menyedari kelibat atuk yang belum-belum muncul waima sudah hampir dua jam aku berada di teratak itu.

Semenjak menetap di kota, aku jarang-jarang pulang ke rumah atuk dan nenek.

Bukan tidak mahu tetapi kekangan waktu kerja yang membuatkan aku terpaksa menangguh kepulanganku ke kampung. Mujurlah atuk dan nenek memahaminya.

“Atuk kamu ke balai raya katanya. Ada mesyuarat dengan orang-orang kampung. Kalau nak diikutkan, orang tua tu bukannya kepingin sangat nak pegang jawatan-jawatan tu Man oi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience