BAB 8

Family Completed 1155

Kali ini mata kami bertentang. Buk! Sebiji penumbuk singgah di pipiku. Gerakkannya terlalu pantas namun belum sempat dia menghadiahkan aku tumbukan yang kedua, sebiji penumbuk asing singgah ke pipi Kahar. Beberapa anak muda yang berdiri di belakang Ishak perlahan-lahan berundur. Aku menoleh ke arah si penumbuk tepat itu.

“Atuk?”

Semenjak malam kejadian aku ditumbuk itu, aku semakin menghormati atuk. Tidak kusangka atuk mempunyai ilmu berkaitan seni mempertahankan diri.

Menurut atuk, ilmu yang dipelajarinya itu berkat tunjuk ajar moyangku yang sememangnya terkenal sebagai seorang pesilat pada zamannya. Di bukit sanalah, atuk, Pak Rani dan beberapa orang kawan mereka belajar.

Tidak siapa tahu bahawa diam-diam atuk berisi. Termasuklah Ishak yang kecundang di tangan atuk.

Hari ini, cukup seminggu aku berehat di rumah atuk. Lebam di pipiku pun sudah semakin surut.

Sebelum aku pulang, atuk meminta aku menemaninya berjumpa Ishak dengan ditemani Pak Rani, Haji Hattan dan Bilal Yusop.

“Kahar, kamu ambillah jawatan aku ni. Bersaksikan Pak Rani, Haji Hattan, Bilal Yusop dan cucu aku, Demak, aku serahkan jawatan aku kepada kamu. Kamu orang muda. Tenaga pun masih banyak. Tak seperti aku, entah malam ni, entah pagi esok kamu akan tengok aku berbungkus putih. Biarlah aku yang lebih tua ni beralah daripada kita berbunuhan kerana berebutkan jawatan tu.” Dalam diam, hormatku kepada atuk semakin menebal. Atuk benar-benar hebat!

Oh ya! Sebelum aku terlupa... kepada air bukit yang mengalir laju, bersabarlah dengan kerenah-kerenah manusia yang tak pernah kenal akan jerihmu yang sedaya upaya menghilangkan bahang mereka. Semoga, kita akan bertemu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience