BAB 3

Family Completed 1155

Pak Rani kamu dengan kawan-kawan atuk di kedai kopi itulah yang kalut mengundi nama dia. Dah menang, kenalah jadi. Allah... dah tua-tua macam aku, macam atuk kamu tu, kami ingat nak buat ibadat saja.

Tapi itulah, macamlah kamu tak kenal perangai atuk kamu tu Man... kalau orang minta tolong, dia tolong. Itu pun kira ibadat juga katanya.” Panjang lebar nenek memberi penjelasan kepada aku.

“Jawatan apa nek?” kerutan di dahi kian banyak kini.

“Dia kena kutip duit air bukit. Tiap-tiap bulan, tiga ringgit. Itu pun ada juga yang tak puas hati. Kira bersyukurlah. Masa nenek muda-muda dulu, kami cedok air telaga saja. Tak ada yang senang Man oi. Tapi, orang-orang muda sekarang ni, nak kira cepat saja. Apa orang putih kata tu? Ek...”

“Ekspress nek. Air bukit apa pula ni nek? Man tak fahamlah.”

“Itulah kamu, jarang sangat balik ke sini. Apa yang dah jadi pun kamu tak tahu.” Nenek memulang paku buah keras.

“Man bukan tak nak balik tapi Man kena habiskan kerja Man dulu. Kalau dah habis, Man boleh cuti lama sikit. Macam sekarang ni, Man cuti seminggu tau nek. Ha! Berbalik pada cerita air bukit tu, apa yang dah jadi nek?”

Dari jauh kelihatan orang ramai keluar masuk dari balai raya. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada generasi sebaya atuk dan hanya sebahagian kecil sahaja berusia awal 30-an.

Aku tidak segera masuk ke dalam dewan memandangkan aku hadir ketika mereka sedang khusyuk bermusyawarah.

Aku bersendel di sebatang pohon mempelam yang tumbuhnya merendang. Buahnya pun menguning lebat. Terliur aku seketika.

Keinginanku untuk mengetahui kisah air bukit telah membawa aku ke sini. Aku hanya berjalan kaki sahaja memandangkan jarak dari rumah atuk ke balai raya memakan masa lebih kurang 10 minit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience