BAB 6

Family Completed 1155

“Pak Rani cakap baik-baik sikit ya! Jangan main tuduh-tuduh! Pak Rani tu baik sangat ke?” entah dari mana datangnya si Ishak dengan wajah yang mencuka. Sepertinya akan ada bebola api yang bakal disembur keluar dari rahang Ishak.

“Tak betul ke apa yang aku cakap? Duit pencen arwah ayah kamu dulu, bukan kamu ke yang habiskan? Gelang tangan, rantai leher mak kamu, bukan kamu ke yang gadaikan? Takkan aku pula yang buat kerja tak senonoh tu!”

Mendengar kata-kata Pak Rani, Ishak pantas meluru ke hadapan. Kebarangkalian untuk dia melepaskan buku lima ke wajah tua Pak Rani sangat besar.

Namun, aku pantas menghalang.

Aku tidak mahu Ishak yang terlalu rewel itu menjadikan wajah senja Pak Rani sebagai mangsanya. Bairlah lawan si Ishak ialah aku. Sama muda dan sama tenaga.

Pada hematku, atuk bukanlah penyebab orang-orang kampung tidak merasa kesejukan air bukit tapi kerana salah mereka yang membiarkan kawasan air terjun di bukit itu dikorek dan digondol separuh.

Menurut nenek, kebanyakan pokok-pokok di kawasan bukit itu sudah ditebang gara-gara mahu dibuat jalan menuju ke rumah seorang tauke limau bali yang berketurunan Cina.

Tauke tersebut membayar pampasan hampir 10 ribu ringgit bagi setiap orang yang membenarkan pokok-pokok di tanah mereka ditebang untuk dibuat jalan.

Tapi, atuk tidak begitu. Bermati-matian atuk mempertahankan tanah dan pohon-pohon yang menghijau di kawasannya.

Dek kerana kedegilan atuk, dia diperlekehkan oleh sebilangan orang kampung yang menganggap atuk bersifat konservatif. Bagiku, tindakan atuk itu bukan kerana tidak moden tapi terlalu berakal.

Apabila dikenang-kenangkan semula akan apa yang terjadi, terasa begitu mudah harga diri kita dibeli orang. Disebabkan duit, segalanya tergadai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience