BAB 11

Romance Completed 5358

ITULAH pengakhiran hubungan kami. Aku hanya tahu melalui Hanum tentang isi hatinya kepadaku selama ini setelah tujuh tahun perkenalan kami.

Aku akui, sejak pertama kali aku bertemu dengannya aku sebenarnya sudah jatuh cinta dengannya. Namun waktu itu, kami tidak pernah berbicara soal hati dan perasan. Hubungan kami cuma atas dasar teman.

Malah setelah tamat SPM, kami terputus hubungan. Waktu itu, aku menyesal kerana aku tidak berterus terang dengan Danial aku sangat mencintainya. Kami rapat kembali apabila aku mendapat nombor telefonnya daripada seorang teman di pusat tuisyen yang sama dulu.

Aku menghubunginya kembali setelah dua tahun kami terputus hubungan. Waktu itu, aku meluahkan rasa hatiku. Namun hatinya sudah dimiliki oleh Hanum. Aku tidak sedih kerana aku faham situasinya. Aku masih ingat kata-katanya, jika aku meluahkan perasaanku dahulu, pasti aku sudah bahagia dengannya waktu itu kerana dia juga mencintai aku. Tetapi kini, hatinya milik Hanum.

Sejak itu aku membuang jauh-jauh rasa cinta itu daripada hatiku untuk insan bernama Danial. Aku menyayanginya atas nama persahabatan. Tidak lebih daripada itu. Aku fikir dia juga berbuat perkara yang sama kerana dia juga tidak pernah membicarakan hal itu lagi. Nyata malam itu, aku baru mendapat tahu, dia mencintaiku.

Sejak malam itu, aku kehilangan seorang sahabat baik. Seorang yang sangat baik terhadap aku. Seorang yang sangat memahamiku. Kerana itu juga, pemergian aku ke negara jiran ini membawa hatiku yang sangat parah waktu itu apabila mengetahui perkara sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience