BAB 7

Romance Completed 5358

Danial menarik nafas dalam. Hanum memang cemburu buta!

“Nanti I suruh dia minta maaf dekat you okey. Dia cemburu tak tentu pasal pula bila tengok message nama you banyak sangat dalam telefon I ni,” Danial menerangkan duduk perkara yang sebenarnya.

Rasa nak tergelak juga mendengar penerangan Danial itu. Kalau kekasih hati aku juga buat perkara yang sama macam Hanum, pasti Danial akan menerima nasib yang sama sepertiku. Mana tidaknya, dalam peti simpanan pesanan ringkasku juga penuh dengan namanya. Mujur Faris tidak bersikap begitu.

“Siapa suruh tak buang?” soalku pula. Ringkas tapi aku juga mahu tahu kenapa dia tidak membuang pesanan ringkasku yang sudah berkurun lamanya.

“Sayang,” ujarnya sepatah. “Macam dia buang pula message yang I bagi,” tambah Danial lagi. Kedengaran tawanya pecah di hujung talian.

“Senget! Stalker!” ujarku separa menjerit dan aku juga tertawa. Sudah aku katakan, walaupun aku tidak memberitahunya, dia sudah tahu aku juga tidak pernah membuang message yang diberi olehnya.

“Mana ada stalkerlah dear. Kalau dekat bolehlah I nak stalk you. Ni jauh,” ujar Danial membela dirinya.

“Jauh di mata dekat di hati, bak kata Melly,” ujarku pula.

“Dekat di hati, masuk dalam mimpi,” Danial pula menambah perisa. Macam pantun dua kerat pula bunyinya.

“Dah Mie. Pergi pujuk Hanum tu dulu,” aku sekadar mengingatkannya.

“I tak nak pujuk dia. I nak pujuk you je,” Danial menuturkan dengan suara romantisnya.

“Ceh, sweet talker!”

“Bukan sweet talker tapi sweet dream! Pergi tidur sana. Tak tahu ke dah pukul berapa,” ujar Danial serius. Dia memang risau jika aku tidur lambat. Takut aku sakit katanya.

“Baiklah. You pun sama.”

“Dear, I minta maaf bagi pihak Hanum,” ujar Danial dalam nada bersalah.

“It’s okey. Unpredictable things always happen.”

“Nak I nyanyikan lullaby ke?” soal Danial seperti malam-malam sebelumnya.

“Tak nak. Nightmare!” Kami berdua sama-sama ketawa.

“Assalammualaikum dear,” ujar Danial menamatkan perbualan kami hari itu.

“Waalaikummussalam.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience