BAB 2

Romance Completed 5358

“Yang ini ke Cik Isha?” soal Abang Lan seraya menggoyang-goyangkan kad itu di tangannya. Mataku sudah bulat memandangnya. Ni namanya saja nak buat aku marah.

“Ish. Saja menyusahkan oranglah abang ni. Ingatkan siapalah yang ambil kad orang tadi,” ujarku dalam nada suara yang agak tinggi.

Melihat jam yang sudah menghampiri pukul tiga, pantas aku merampas kad itu daripada tangan Abang Lan. Kalau nak tunggu Abang Lan memulangkan kad itu kepada aku memang kena ceramahlah aku dengan mama sekejap lagi.

“Mesti mama marah ni aku lambat turun. Ish,” ujarku sambil berlari-lari anak menuruni anak tangga di pusat tuisyen itu.

Dan tatkala itu aku terlanggar seseorang di tangga. Hampir terjatuh aku dibuatnya. Mujur aku memegang besi di tepi tangga itu.

“Maaf,” ujarku sepatah tanpa memandang wajah insan yang baru aku langgar sebentar tadi. Kepala ku tundukkan. Gerun rasanya mahu memandang wajah insan itu. Hanya kasut Converse bewarna hitam yang aku lihat sekarang. Ukurannya agak besar. Ukuran lapan atau sembilan.

“Tak apa,” ujar pemilik kasut Converse hitam itu. Dia tidak berganjak daripada tangga itu. Aku pun kaku.

Kerana masing-masing mendiamkan diri, akhirnya aku mengangkat wajahku perlahan-lahan. Memandang pemilik suara itu yang pastinya seorang lelaki.

‘MasyaAllah,’ bisik hati kecilku. Makluk ciptaan Allah ini sungguh indah.

Di hadapanku kini berdiri seorang lelaki yang tingginya mencapai seratus lapan puluh lima sentimeter. Badan yang agak sasa. Rambutnya kemas separas bahu. Sekilas melihat wajahnya ada iras-iras Aaron Aziz.

“Awak okey?” soalnya prihatin. Keningnya diangkat. Risau barangkali melihat aku yang hanya kaku memandangnya.

Aku hanya mampu mengangguk tanpa berkata apa-apa sebelum satu suara lain memasuki gegendang telingaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience