BAB 5

Romance Completed 5358

“SIAPA yang dapat jawab soalan ni?” soal En. Zamri, guru yang mengajar subjek fizik tingkatan empat di pusat tuisyen itu.

Aku dan Danial masih lagi bertungkus-lumus mengira untuk mendapatkan jawapan.

“Ok, done. Saya dapat,” serentak aku dan Danial i menuturkan setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan tersebut. Serentak itu, kami menoleh memandang muka masing-masing. Bukan sekali terjadi perkara sebegini.

“Danial, tulis jawapan awak dekat depan. Isha, semak balik jawapan Danial,” En. Zamri memberi arahan.

Danial i bangun dan menulis jawapannya di white board. “Sama,” tuturku perlahan seraya memandang wajah En. Zamri.

‘Tak menyesal jadi secret admire budak ni. Pandai,’ hati kecilku berkata-kata tatkala mata aku melihat tangan Danial laju menulis di white board itu.

“Ha Isha, apa senyum seorang-seorang pandang Danial tu?” sergah Encik Zamri. “Awak buat soalan seterusnya,” arahnya kepadaku.

Danial menoleh memandangku. Terasa merah mukaku apabila mata kami bertentang. Serta-merta aku menundukkan kepala. Pandangan mata ku larikan daripada terus memandang Danial.

Sumpah, aku memang tidak minat subjek Fizik. Seolah-olah menjadi sumpahan buat aku untuk tidak meminati subjek itu. Tetapi kerana Danial, aku sedaya upanya cuba memahami subjek itu. Kerana Danial bukan sahaja secret admireku, tetapi Danial adalah sainganku.

P/S : Terima kasih kerana telah membuat I meminati subjek Fizik. J

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience