BAB 10

Romance Completed 5358

Sebentar aku termangu. Membaca kembali ayat yang dikirimkan oleh Hanum kepadaku. Mencerna ayat-ayat itu mengikut logika. Keliru. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Telefon aku kini bergetar lagi. Kali ini lebih lama menandakan ianya sebuah panggilan. Tertera nama Hanum di skrin. Aku menjawab panggilan itu.

“You didn’t answer my question,” ayat itu keluar daripada mulut Hanum sebaik sahaja aku menerima panggilan itu. Suaranya kedengaran serius.

“Why should I? You girlfriend dia Hanum. How could you ask me about this?” ujarku lemah. Sungguh aku tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.

“Look here Isha, he love you. Did you love him?” soal Hanum lagi.

Memang di luar fikiran akal yang normal pertanyaan yang diajukan oleh Hanum itu. Apa yang cuba dibuktikan oleh Hanum saat ini.

“I did love him but as my bestfriend. Tak lebih daripada tu Hanum,” aku menerangkan rasa hatiku.

“Takkan tak ada sikit pun Isha rasa cinta you dekat dia? Takkan you nak tinggalkan Danial macam tu je. Please don’t go,” suara Hanum sudah terketar-ketar dan seolah-olah merayu kepadaku.

“If I say yes, I do love him, what will happen to you?” soalku pula cuba menyedarkan Hanum yang seolah-olah tidak sedar kata-kata yang diucapkan olehnya.

“I will step back sebab I tahu dia lebih cintakan you daripada I eventhough he never said that to you. I kenal dia macam mana Isha,” ujar Hanum lagi.

“I dah ada Faris and I’ll always be by his side,” ujarku tegas.

Tidak mahu mendengar lagi kenyataan yang menyakitkan dan menjawab lagi soalan yang mungkin membuat aku meragui ketulusan cintaku pada Faris selama ini, pantas aku memutuskan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience