BAB 3

Romance Completed 5358

“Jangan kacau budak tu Danial. Budak GS tu,” salah seorang daripada lelaki yang ada di tangga itu menjerit seolah-olah memberi amaran kepada rakannya yang sedang berdiri di hadapan aku kini. Rakan-rakannya yang lain hanya tertawa memandang kami.

Lelaki yang bernama Danial memandang sekilas rakan-rakannya di tangga bawah sebelum berpaling memandangku semula. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

‘Ahh. Jangan senyum. Mati keras aku dekat sini nanti,’ hati aku menjerit lagi.

“Danial,” ujarnya. Senyuman masih tidak lekang daripada bibir.

“Hmm. Okey,” ujarku. Mataku memandang jam tangan sekilas. Sudahlah lambat makin lambat dibuatnya apabila tersangkut di sini dengan lelaki muka macam Aaron Aziz ni.

“I pergi dulu,” ujarku perlahan. Memandang wajah lelaki bernama Danial ini. Tidak tahu kenapa aku harus memberitahunya yang aku mahu pergi. Kedengaran tidak logik tetapi itulah yang aku lakukan.

Danial hanya menganggukkan kepalanya. Dan setelah itu aku pun memecut laju menuruni anak-anak tangga itu. Tidak sekalipun menoleh ke arahnya lagi mahupun rakan-rakannya yang sudah mentertawakan aku.

Itulah cara aku berkenalan dengannya. Mudah bukan? Bukan kerana Tragedi Oktober seperti judul lagu nyanyian Awie tetapi perkenalan aku dengannya kerana Tragedi Di Tangga.

P/S : You masih ingat ini? I masih ingat sampai sekarang. J

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience