BAB 9

Romance Completed 5358

ESOK aku akan berangkat. Sebuah pesanan ringkas lewat telefon aku kirimkan kepada Danial i. Untuk memberitahunya aku baru sahaja siap berkemas jam satu, pagi itu. Aku menunggu dia membalas pesananku tetapi hampa. Hampir sejam aku menanti. Mata juga sudah berat. Aku sangat letih sebenarnya. Seharian aku ke sana ke mari mengemas barang-barang dan dokumen yang perlu aku bawa ke sini.

Baru sahaja aku hendak melelapkan mata, telefon bimbit yang telah aku letakkan di sebelah bantal bergetar. Mata yang kuyu terasa segar. Mungkin Danial yang mengirim pesanan ringkas. Pantas aku mencapai telefon bimbitku dan aku buka pesanan ringkas itu lalu membacanya.

Boleh tak you call I? Ada benda penting I nak cakap.

Sebuah pesanan yang dikirim oleh Hanum. Sedikit hampa kerana aku sangat berharap Danial membalas pesananku. Aku membalas pesanan Hanum tadi.

Hal apa ya? I nak tidur dah.

Langsung aku tekan butang hantar dan menanti Hanum membalas pertanyaan aku sebentar tadi. Manalah tahu memang penting hal itu yang melibatkan Danial.

Kalau I cakap Danial i cintakan you, you akan terima dia tak?

Membuntang mata aku tatkala membaca ayat yang tertera di skrin telefon bimbitku. Segala macam perasaan bercampur-baur. Suka. Sedih. Marah. Geram.

You cakap apa ni Hanum?

Hanya itu yang aku tulis menjawab pertanyaannya. Danial ni memang nak kena bebel dengan aku.

I cakap benda yang betul. You tak perasan ke dia suka dekat you? Dia jarang message dengan I, tapi dia message you hari-hari. Dia jarang telefon I, tapi tiap-tiap hari dia telefon you. Dia tak pernah petik gitar dan nyanyi untuk I, tapi dia nyanyi untuk you tiap-tiap hari. Takkan you tak perasan Isha? Dia selalu cakap dia sayang you kan? Takkan tu pun you tak tahu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience