BAB 6

Romance Completed 5358

DIAM tidak diam, kami semakin rapat. Walaupun kini kami berlainan universiti, namun hubungan kami masih seperti dahulu. Danial menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa. Hubungan kami yang sangat akrab membuat kekasih hatinya salah sangka.

Teringat satu ketika kekasih hatinya cemburukan hubungan kami. Waktu itu aku sedang mengulangkaji pelajaran di bilik. Tiba-tiba aku menerima sebuah panggilan daripada nombor yang tidak ku kenali.

“Hello. Assalammualikum,” ujarku dalam nada teragak-agak.

“Tak payah nak berpura-pura baik beri salam dekat aku!” Suara di hujung talian membentak marah.

Ku bawa telefon bimbit jauh daripada telinga. Siapa pula tengah-tengah malam ni tiba-tiba marah aku. Melihat sekali lagi nombor yang tertera di skrin telefon. Memang tidak kenal.

“Maaf, boleh saya tahu awak siapa?” soalku ingin tahu. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku menjarakkan sedikit telefon bimbitku daripada telinga. Dan langkahku itu memang bijak apabila gadis di hujung talian itu menjerit sekuat hatinya.

“Kau tak tahu aku siapa? Ni aku nak beritahu kau. Aku ni kekasih hati Danial!” bentak gadis itu. Sedang marah barangkali.

Belum sempat aku berbicara, gadis itu bicara lagi. “Kau ni siapa ha? Perempuan tak sedar diri. Nak rampas kekasih orang!”

‘Aaa. Kekasih Danial rupanya,’ otakku mencerna dengan cepat kata-kata yang dituturkan oleh gadis itu.

“Aku tak nak kau ada hubungan apa-apa lagi dengan Danial! Kau faham?” ujar gadis itu lagi. Tanpa mendengar penjelasan dan jawapan daripada aku, gadis itu pantas mematikan talian.

Aku terdiam seketika. Siti Hanum Juhana. Aku tahu nama gadis itu. Aku juga tahu sejarah percintaanya dengan Danial. Kan aku sudah katakan, hubungan kami memang rapat. Apa saja yang berkaitan dengan dirinya, dia akan ceritakan kepada aku. Begitu juga sebaliknya.

Sebentar kemudian, telefon bimbitku bergetar lagi. Kali ini aku tidak melihat nama di skrin. Aku sangat pasti Hanum yang menelefonku lagi. Mungkin belum puas memarahi aku. Aku terima panggilan itu.

“Assalammualaikum dear,” suara di hujung talian menyapa aku dengan lembut dengan salam yang diberinya.

“Waalaikummussalam,” ujarku perlahan. Menjawab salamkan hukumnya wajib. Aku hanya tersenyum. Sudah tahu kata-kata yang akan diucapkan oleh pemilik suara itu.

“I minta maaf. Dia tak tahu kita rapat,” ujarku selamba apabila suara di hujung talian sepi beberapa ketika.

Dan dapat aku dengar suara itu mengeluh setelah tawanya reda.

“Macam mana you tahu I nak cakap benda tu?” suara Danial kedengaran lemah. Rasa bersalah menyerbu hatinya barangkali.

“Macam you tahu I sakit walaupun I tak beritahu you I sakit,” ujarku selamba. Memang itu kenyataannya. Hubungan semacam apa antara aku dan dia pun aku tidak tahu. Macam telepati pun ada. Apa sahaja yang aku lakukan, dia akan tahu walaupun aku tidak memberitahunya. Begitu juga sebaliknya.

“Dia cakap apa dengan you tadi?” soal Danial seraya mematikan lamunanku.

Otakku ligat memutarkan kembali adegan tadi. Ya, yang itu yang itu. Aku masih ingat satu persatu ayat yang dituturkan oleh Hanum tadi.

“Dia tak nak I ada apa-apa hubungan dengan you,” jawabku tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience