BAB 8

Romance Completed 7085

"Abang nak kopi?"+

"Boleh juga. Ha, Abang ada beli kek pisang semalam. Abang letak atas rak
tepi dinding. Cuba Dira tengok. Bolehlah potong sekali."

"Oh ya? Ok, nanti Dira sediakan."

Semenjak berpindah ke rumah Rahman, suaminya, Dira cuba membiasakan
diri. Meskipun ada banyak yang tidak selesa, kekok di sini sana, Dira
menjalankan hidup barunya dengan penuh harapan.

Tiba-tiba Rahman teringatkan sesuatu. "Dira, Sabtu ini ada program?"

"Tidak. Kenapa, Abang?"

"Ni, ada jemputan makan malam syarikat. Dira ikut sama ya."

"Abang ni. Bulan ini saja, sudah tiga kali Dira ikut majlis makan-makan.
Macam ini, gemuklah Dira!"

Rahman ketawa. Sepeti biasa, tiga orang anaknya masing-masing keluar
bermain di padang. Maklumlah. Anak lelaki meningkat remaja. Ada saja
alasan mahu keluar berjumpa dengan kawan-kawan.+

Rahman dari awal sudah buat perjanjian. Rahman sudah bilang. Urusan
anaknya, biar dia saja yang menguruskan sepenuhnya. Dira menurut saja.
Meskipun sesekali dia masuk campur, hanya apabila diminta oleh
anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience