BAB 1

Romance Completed 7085

"Abang setujukah dengan pilihan Dira tu?"

"Entahlah. Abang pun bingung."

"Awak bukan tak tahu perangai Dira. Kalau putih katanya, putihlah."

Pak Ya menarik nafas dalam-dalam. Mak Siti termenung panjang.
Perbualannya dengan Pak Ya, suaminya petang itu, masih berkisar tentang
isu yang sama. Semenjak 3 hari lepas, perbincangan mereka belum selesai.
Ia menjadikan fikirannya bercelaru. Mak Siti semakin runsing.+

"Saya tak setuju, Abang. Bukan apa. Cukuplah perkataan 'tiri' dalam
hidup saya. Tak sanggup saya nak mengulangi semua itu."

Pak Ya, suami Mak Siti diam saja. Bukan dia tak tahu. Dia adalah orang
yang paling faham tentang Mak Siti. Perkahwinan mereka yang sudah
mencecah 40 tahun, sudah cukup membuatkan Pak Ya mengetahui isi hati Mak
Siti.

Mak Siti masih memandang kepada pokok-poko kelapa yang tegak berbaris
sepanjang jalan. Nampak gah. Sesekali, terliuk juga daun kelapa itu
ditiup angin petang. "Jadi anak tiri, kakak tiri, ada adik-beradik tiri,
hidup dengan mak tiri, semuanya tu saya dah puas rasa, Abang."+

Sejak berkahwin, pangkin itulah yang menjadi saksi suka duka hidup
berumahtangga mereka berdua. Hampir setiap petang, Mak Siti dan Pak Ya
akan berbual dan berbincang dengan tenang di situ.+

Pak Ya masih ingat kisah yang diceritakan oleh arwah ayah mertuanya.
Katanya, ibu Mak Siti seorang perempuan kaya. Siti Fatimah namanya. Siti
Fatimah, ibu kepada Mak Siti dinikahkan dengan Mohd Noh, ayah Mak Siti
atas persetujuan kedua orang tua masing-masing.+

Arwah Mod Noh, ayah mertuanya dulu, merupakan antara lelaki kacak dalam
kampung. Walaupun tidak banyak harta, arwah ayah mertuanya dulu terkenal
sebagai lelaki yang rajin bekerja.+

Siti Fatimah balik semula ke pangkuan keluarganya akibat berselisih
faham dengan Mohd Noh. Kata orang kampung, Siti Fatimah anak orang
berada. Tidak dapat sesuaikan diri dengan cara hidup sederhana Mohd Noh.+

Khabarnya, sebaik sahaja Mak Siti dilahirkan, Mak Siti dibawa oleh
ibunya tinggal dirumah ibu Siti Fatimah. Genap sahaja usia Mak Siti dua
bulan, Mohd Noh datang ke rumah ibu mertuanya.+

Dipendekkan cerita, Mak Siti diserahkan bulat-bulat kepada Mohd Noh
dengan penerimaan lafaz talak yang sah. Bermulalah sejarah hidup Mak
Siti ditinggalkan ibunya. Maka keseoranganlah Mohd Noh, ayah Mak Siti
membesarkannya. +

Atas sebab itu, ayah Mak Siti cepat-cepat berkahwin lagi. Katanya, tidak
sampai sebulan Mak Siti dibawah jagaan ayahnya itu, ada anak dara sudah
dipilih sebagai ibu baru.

Mohd Noh berkahwin dengan Rosnah. Seorang perempuan muda yang
serta-merta berstatus ibu kepada seorang anak tiri berusia 3 bulan.
Zaman itu, bukan zaman bawang merah bawang putih lagi. Mak tiri sudah
umpama mak kandung juga. Bermulalah episod hidup Mak Siti bergelar anak
tiri yang hidup bersama ibu tiri muda.

Pada masa yang sama, ibu kandung Mak Siti, Siti Fatimah juga berkahwin
lagi. Berkahwin dengan duda anak tiga. Maka, Mak Siti secara automatik,
mendapat seorang ayah tiri dan adik-beradik tiri.

Semasa berumur lima tahun, sekali sekala memang Mak Siti akan dihantar
untuk tidur semalam dua di rumah ibunya itu. Khabarnya, apabila Siti
Fatimah mempunyai anak sendiri bersama suami barunya, Mak Siti juga
sudah jarang ke sana.

Pak Ya faham benar. Mak Siti tidak mahu kesukaran yang dilaluinya
berulang. Apatah lagi sekiranya ia berlaku dikalangan anak-anaknya
sendiri. Kehidupan dalam lingkungan keluarga tiri, tidaklah seburuk yang
sering diceritakan.

Namun, kehidupan memang begitu. Ada suka dan duka. Ada susah dan
senangnya. Situasi keluarga yang bertambah, berubah dan berkembang
menjadi pengalaman hidup masing-masing. Pak Ya tahu. Adakalanya, Mak
Siti rasa tersisih meskipun tiada sesiapa yang menyisihkannya.

Berada dirumah ibunya sendiri sekalipun, Mak Siti sudah jadi sangat
asing. Berada dirumah ayahnya sendiri, juga terasa asingnya.

Pak Ya tahu kebimbangan isterinya itu. "Dira itu orang terpelajar. Anak
kita yang paling pandai."

"Memanglah, Abang. Kalau belajar tinggi pun, kita ini yang sudah banyak
makan garam!" Mak Siti masih tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience