BAB 9

Romance Completed 7085

"Saya ini sudah tua. Kami berdua, hanya mahu yang baik untuk anak kami.
Beginilah. Dira itu anak saya yang bongsu. Dia ini ada banyak kelemahan.
Antaranya, dia tak pandai masak. Dia kuat makan.

Tapi Dira juga bercita-cita tinggi. Berjanjilah dengan kami. Selagi Dira
mahu bekerja, memenuhi cita-citanya, izinkanlah. Selagi dia tidak
melanggar batas agama, batas-batas sebagai seorang isteri, sokonglah dia
sebagaimana saya dan ibunya menyokongnya.

Paling penting, pastikan Dira 'cukup makan'."

Rahman senyum sendiri. Perjanjian itu tersemat dalam diri. Terpahat
dalam memori. Umpama perjanjian yang ditulis di azali.

Tiada bukti.

Tiada rujukan.

Hanya janji yang dipegang sampai mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience