BAB 3

Romance Completed 7085

Malam itu, Mak Siti dan Pak Ya sebulat suara memberikan kata putus. Dira
senyap sahaja.+

"Dira ikut saja apa keputusan Mak dan Abah."

Mak Siti dan Pak Ya berpandangan.

Jawapan itu, tidak mereka sangka. Biasanya, Dira akan berdebat.
Mengeluarkan hujah dan fakta untuk menang. Memberikan segala macam
cerita untuk menang. Namun, tidak kali ini.

"Betul Dira boleh cakap macam itu dengan dia?"

"Betul. Lagipun, Dira dah fikir masak-masak. Kalau Mak dengan Abah tak
benarkan, Dira ikut saja."

Perlahan saja Dira menjawab. Tapi, tidak ada pula riak kecewa atau
sedih. Agaknya, Dira sudah menjangka apa yang Mak Siti dan Pak Ya akan
katakan.

Hampir seminggu mereka berdua masih berbual tentang hal yang sama. Di
pangkin yang sama. Diiringi tiupan angin dan lambaian pokok kelapa yang
sama.

Sesekali Mak Siti terfikir juga. Terguriskah Dira dengan keputusan
mereka? Apakah Dira cukup matang dan faham akan tindakan mereka sebagai
ibu bapa? Dalam diam, Mak Siti mempersoalkan dirinya sendiri.
Merpersoalkan dirinya atas keputusannya sendiri.+

"Kita sudah kahwinkan tiga orang anak kita. Dira ini yang terakhir."

"Itulah...inilah kali pertama saya bimbang tak sudah macam ini."

"Sebenarnya, awak bimbang atau takut?"

Pertanyaan suaminya itu membuatkan Mak Siti termenung lagi. Ya, adakah
selama ini dia 'takut' atau sekadar 'bimbang'?

"Eh, kenapa pula?" Mak Siti cuba mengalih fokus perbincangan . Apa
kaitannya dengan perbincangan kali ini, menjadi tanda tanya.

Pak Ya menyambung. "Yalah, saya tanya saja. Awak sebenarnya 'takut' atau
'bimbang?'"

Mak Siti mengetap bibir. Dia sendiri meragui apa yang diucapkannya.
"Entah. Kenapa Abang tanya?"

"Jika takut, ia menutup banyak jalan. Terutama apabila takut itu kepada
perkara yang tidak pasti. Yang di luar kawalan diri."

"Jadi?"

"Jika bimbang, ia membuka kepada banyak pintu. Ia juga memberi jalan
untuk kita bersedia. Apabila kita bimbang kita akan demam ditimpa hujan,
sudah tentu kita bersedia untuk menghadapi hujan."

Angin yang bertiup petang itu, sudah mula terasa dinginnya.
Rupa-rupanya, petang itu tidaklah sepanas yang dijangkakan. Petang itu
redup. Mak Siti mula merasai tiupan angin yang menyejukkan. Pokok-pokok
kelapa yang melambai, seolah menari bersama langit yang biru.

Seingat Mak Siti, menjadi anak tiri ini tanggungjawabnya sama sahaja
seperti anak yang lain. Menjadi seorang ibu tiri juga, tanggungjawabnya
sama sahaja dengan ibu yang lain.

Cuma, kekuatan diri masing-masing yang menjadi penentu. Mak Siti
sendiri, tidak pernah membezakan diri dengan adik-adik tirinya. Setiap
hari, hingga kini, Mak Siti masih berkunjung ke rumah ibu tirinya,
Rosnah meskipun ayah sudah tidak ada.

Sesekali, ada juga rasa kecewa. Adik-beradik yang lain nampak lebih
mesra bersama-sama. Dengan dia, tidak semesra itu. Ini jugalah perasaan
yang masih mengganggu hingga hari ini. Meskipun masing-masing sudah
mempunyai menantu dan bercucu, perasaan itu masih wujud.+

Ya, perasaaan yang membuat kan Mak Siti takut. Mak Siti dan Pak Ya masih
sama-sama termenung. Sama-sama bimbang. Sama-sama berfikir dan termenung
panjang.+

Pak Ya bangun dan mengibas-ngibas belakang punggungnya. Tempat duduk
atas pangkin itu memang banyak meninggalkan habuk. Sambil berdiri, Pak
Ya meregangkan tangannya.+

Dipandangnya Mak Siti yang masih merenung jauh. Mak Siti terus faham.
Petang sudah makin hampir ke penghujungnya. Dia juga bingkas bangun.
Masih sarat dalam fikirannya. Berfikir tentang 'takut' dan 'bimbang'.
Mengenang sejarah dan pengalaman serta masa hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience