BAB 6

Romance Completed 7085

Malam itu agak sejuk. Habis sahaja kerja menyediakan bahan masak untuk
esok, Mak Siti dan Pak Ya minta diri dari tuan rumah dan ketua rewang.
Masing-masing sudah letih. Kepala pula penuh dengan pelbagai perkara
yang bercampur-aduk. Hal kenduri dan hal anak sendiri.+

Selesai solat isya', Mak Siti duduk dibirai katil. "Macam mana Abang?"+

"Macam mana apa?" Pak Ya bingkas berdiri sambil mengibaskan kain sejadah
yang disangkutkan ditepi dinding bilik.+

"Yalah. Dengan gaya hidup macam itu, Dira nanti macam mana?"+

"Gaya hidup apa?"

"Ish, Abang ini kan!"

Mak Siti mula marah. Sesekali, Pak Ya memang menjengkelkan. "Saya ni
bercakap pasal tetamu kita petang tadilah. Abang ini, sengaja buat tak
tahu."+

Pak Ya senyum. Dia tahu. Mak Siti penat. Penat yang diiringi dengan
bimbang dan takut. Jika diusik, merajuknya panjang pula nanti. Pak Ya
duduk sama dibirai katil. Dipandang wajah isterinya itu.+

Pak Ya berkata perlahan. "Beginilah. Kita rehat dulu. Malam ini, saya
kejutkan awak bangun sembahyang sama-sama."+

Mak Siti menarik nafas panjang. "Abang, kalau memang kita dah ada
keputusan, keputusan itulah yang kita nampak nanti Abang."+

Pak Ya angguk-angguk. "Tak apa. Yang penting, kita rehat dulu. Awak
janganlah bimbang sangat. Adalah jalan penyelesaiannya nanti." Malam
itu, Mak Siti dan Pak Ya sama-sama tahu. Mereka tahu. Malam ini, pasti
tidur mereka nanti lenanya tidak pasti.+

Hujung minggu itu, Pak Ya dan Mak Siti nekad dengan keputusan yang
dibuat. "Dira balik KL esok?"+

Dira memandang wajah ayahnya. "Ya, Abah."+

"Dira, Abah dengan Mak dah buat keputusan. Dira macam mana?"+

"Dira ikut apa yang Mak dan Abah putuskan. Apa yang Mak dengan Abah
cakap itu, betul. Dalam hal macam ini, Dira serahkan sepenuhnya pada
Abahlah."

Pak Ya dan Mak Siti saling berpandangan. Rupa-rupanya, anak bongsu
mereka juga senekad kedua ibu bapanya. "Kalau macam itu, nanti Abah
sajalah yang terus cakap dengan dia. Dira dah bagi nombor telefon Abah."+

Pak Ya dan Mak Siti terdiam. Petang itu, padangan dan bayangan Dira
masih jelas dalam ingatan mereka berdua.+

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience