BAB 5

Romance Completed 7085

Sebaik sahaja Pak Ya melambai-lambai, Mak Siti cepat-cepat berkemas. Mak
Siti tahu. Mesti Dira sudah telefon ayahnya. Mesti tetamu yang ditunggu
itu sudah sampai di rumah. "Hah, balik sekarang ke Abang?"

"Ya. Dira SMS. Katanya mereka dah sampai."

"Ramai?"

"Tak. Lelaki tu dengan Mak dan Bapanya saja."

"Saya dah cakap dengan ketua rewang. Saya kata, malam ini kita datang
lagi."

Sampai sahaja di halaman rumah, Pak Ya dan Mak Siti saling berpandangan.
Sebuah kereta Toyota Innova tersergam di depan laman rumah yang biasanya
kosong. Kalau ada pun, dua tiga keluarga ayam yang selalu berlegar
memenuhi ruang laman.

Nampaknya tetamu yang mahu berkunjung memang benar-benar sudah sampai.
Kunjungan dari keluarga yang berhajat mahu berbesan.

"Assalamualaikum."

"Waaalaikumsalam." Pak Ya dan Mak Siti tenang sahaja duduk berbual
dengan tetamu yang datang.

Lelaki itu, Rahman namanya. Orangnya tidak tinggi tidak rendah.
Sederhana sahaja. Kulitnya putih bersih. Janggut sejemput disimpan rapi.
Rahman rupanya bekerja sebagai pengurus bank. Sesuai sungguh dengan
penampilannya. Duda beranak tiga. Katanya kematian isteri sudah lima
tahun lalu.

Pak Ya mendengar dengan tekun. Orang mahu bercerita, Pak Ya menadah
telinga saja. Ayah Rahman, Abdul Malik, seorang Guru Besar pencen.
Lagaknya saja sudah membuatkan Pak Ya bersangka-sangka. Maklumlah, Abdul
Malik datang dengan pakaian macam pegawai kerajaan. Tidak macam orang
mahu pergi kenduri.+

Ibu Rahman, Salmah pula seorang suri rumah sepenuh masa. Menurut Rahman,
Salmah banyak menghabiskan masa pencen bersama ayahnya, Abdul Malik.
Melancong keluar negara. Inilah masanya, kata mereka. Sementara hayat
masih ada.

Pak Ya dan Mak siti banyak angguk-angguk. Maklumlah. Orang bandar dengan
gaya datang ke rumah orang kampung biasa. Pak Ya berbual-bual juga. Mak
Siti hanya banyak mendengar. Sesekali, Mak Siti mencelah juga

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience