BAB 4

Romance Completed 7085

Hujung minggu itu, Mak Siti dan Pak Ya sekeluarga menerima banyak
jemputan kenduri. Maklumlah. Hujung minggu yang bersambung dengan cuti
umum perayaan memang menjadi pilihan untuk mengadakan kenduri-kendara.+

Empat hari berturut-turut, Mak Siti tidak perlu masak makan tengah hari
dan malam. Budaya bergotong-royong menjalankan masjlis kahwin, masih
menjadi satu kemestian. Jadi, bab makan tidak jadi masalah.+

"Mak, dia nak datang juga petang ini. Katanya mahu singgah. Mereka
sekeluarga pergi kenduri di Muar. Jadi mereka nak singgah juga."
Perlahan sahaja Dira bersuara pagi itu.+

"Hari ini Mak dengan Abah memang kena turun kenduri. Tapi tak apalah.
Nanti mereka sampai, telefon Abah."+

Pak Ya terus saja bersiap. Mak Siti diam saja. Kemudian, dicuitnya bahu
anak bongsunya itu. "Betul ke dia nak datang juga?"+

Dira angguk lemah. Mak Siti senyum saja. "Tak apalah. Orang nak datang.
Ha, ada kuih atas meja tu. Nanti Dira hidang dululah kalau mereka sampai
sebelum Mak dan Abah balik."+

Dira mengangguk lagi. Mak Siti dan Pak Ya berpandangan. "Sudah. Kami
pergi dulu ya." Begitulah suasana di kampung. Setiap kali ada kenduri,
Mak Siti dan Pak Ya memang sibuk dipanggil orang.

Pak Ya menghidupkan motosikal tuanya. Motosikal lama itulah yang menjadi
penghubung cinta Mak Siti dan Pak Ya. Sepanjang perjalanan itu, Mak Siti
masih sempat termenung. Mak Siti masih takut dan bimbang.

Mak Siti masih ingat dengan jelas komen adik-beradik tirinya yang lain.

"Eh Kak Siti, kau biar betul? Dira nak dipinang duda anak tiga?"

"Kaya ke lelaki tu Kak? Kalau memang dia mampu tak apa."+

"Betul Kak Siti. Lagipun zaman sekarang, budak universiti kalau kahwin
lambat, memang susahlah nak dapat jodoh. Terima sajalah."

"Saya dengar pun sama. Zaman sekarang, kalau tak pilih betul-betul susah
masa depan anak kita."

Mak Siti diam saja. Bertalu-talu macam bom meletup mulut adik-adiknya
dalam hal ini. "Itulah. Saya pun tak tahu. Nak terima susah. Nak tolak,
ada perkara lain pula yang timbul."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience