Bab 11

Humor Completed 56541

MALAM tu Jeffry sakan ketawakan aku. Nak merajuk pun dah tak kuasa. Teruk mereka kenakan aku.Rupanya Jeffry, along dan NAni dah berpakat. Hari yang aku terserempak Jeffry dan adiknya di Habib Jewel tu mereka sebenarnya sedang memilih cincin pertunangan kami.

Mungkin along terkesan akan perubahan wajahku pada hari itu dan mula menyiasat puncanya. Pasti orang pertama yang dicari adalah Nani teman terbaikku.

Almaklumlah,. aku ni satu-satunya adik kesayangan along. Dari situlah mereka merancang segala-galanya. Jeffry yang jadi perancang utama, manakala Eira dan along jadi pengikut setia. Aku juga yang menahan rasa.

"Sayang!,.marah lagi ker?" setelah puas ketawakan aku baru dia nak tanya aku marah ker tidak. Huhh! Aku cubit paha Jeffry kuat.

"Tak suka tau!,. Hish,." Aku buat-buat merajuk. Jeffry semakin suka bila tengok aku macam tu. Semakin kuat ketawa dia. Aku kebam bibir.

Dalam marah, aku sebenarnya bahagia. Jeffry dah jadi milik aku sepenuhnya. Aku pandang wajahnya.

Terima Kasih sayang kerana beri aku kebahagiaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience