Bab 5

Humor Completed 56541

Sukar untuk aku akui dan percaya. Tapi, Semakin lama aku mengenali Jeffry aku semakin mesra dengannya. Apatah lagi sekarang Tuan Jamira dah serahkan tanggungjawab untuk menjadi CEO syarikat kepada Jeffry dan aku pula dilantik menjadi secretary Jeffry. Hmm,. nampaknya mulai sekarang Ida Nerina akan semakin keraplah berhubung dengan Jeffry .

"Bos nak tanya sikit boleh tak?" Jeffry pandang aku pelik. Aku sengeh padanya. Aku tahu apa maksud pandangannya tu.

"Nerin!,.awak ni kan. Dah berapa kali saya nak cakap. Degil betulkan?" aku jungkitkan keningku pada Jeffry. Suka betul aku bila setiap kali aku sakat dia dengan panggilan bos tu mesti dia akan marah aku.

"Alah bos ni!,. ni kan pejabat lagi pun bos tak bagi panggil encik jer kan?" aku cuba membela diri.

"Saya tetap tak suka! Awak terlalu istimewa untuk saya Nerin!" perlahan Jeffry bersuara. Hatiku dah mula dup dap. Apa maksud Jeffry agaknya yer? Aku ni terlalu istiwewa? Ahh,.. confused!

"Nerin,.erm,." Jantung aku dah berlari laju. Macam baru lepas berlari 100km sejam ja. Aku sabar menanti kalimah yang seterusnya dari Jeffry. Jeffry renung aku tajam. Aku larikan pandanganku.

"Nerin!,." Aku dongakkan kepala semula. Dimatanya aku cuba mencari sesuatu.

"Jeffry ada sesuatu nak bagitau Nerin ni!" Aduhh,.. Jeffry ni bikin aku penasaran sajalah!

"Nerin sayang!,.kau tak mahu keluar makan ker? Dah pukul berapa ni?" Pintu dikuak dari luar.

Nani muncul dan mengajukan soalan padaku. Kami yang sedang bermain mata tadi terkejut dengan pertanyaan Nani terus melarikan pandangan ke arah Nani. Aku sengeh pada Nani. Jeffry pula buat-buat sibuk mengemas fail. Nasib baik tak terkantoi.

"Yalah,. jomlah!,. Bos! saya keluar dulu erk?" Jeffry anggukkan kepalanya padaku.

Aku berlalu pergi tinggalkan Jeffry dalam seribu satu persoalan dikepala. Nani ni bikin spoil betul la!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience