Bab 6

Humor Completed 56542

Akhirnya kami makan di restoran berdekatan dengan pejabat.Restoran nasi campur. Aku pilih nasi putih dengan kangkung goreng belacan dan masak lemak cili padi ikan tongkol. Berselera betul bila dah nampak nasi yang sudah terhidang di depan mata. Lupa sebentar dengan Jeffry. Apa-apa hal pun perut yang dah berlagu dangdut ni kena isi dulu.

"Kau dengan Encik Jeffry tu dah semakin rapat sekarang. Ada apa-apa ker?" aku kalih pandanganku pada Nani. Aku hentikan suapan. Nasib baik aku tak tersedak.Mau tercekik juga aku dengan soalan maut macam tu.

"What do you mean dengan ada apa-apa tu?" soalan berbalas soalan.

"Aku tau kau faham maksud aku tu kan! Saja jer buat-buat tak faham!" Nani menebak aku dengan pertanyaannya.

"Alah,.tak ada apa-apa pun sebenarnya. Kau tu jer yang suka serkap jarang!" aku sendiri pun belum pasti sama ada aku ada apa-apa dengan Jeffry ni.

"Aku tengok kau dengan Encik Jeffry tu mesra semacam jer?" penyiasat pensendirian tak bertauliah Rosnani Mawarni dah mula beraksi.

"Alah,. aku dengan Jeffry setakat teman tapi mesra ja," aku cuba menyangkal sangkaan Nani. Tapi kalau betul pun aku dan Jeffry ada hubungan apa-apa, agaknya Nani boleh ker terima?

"Kan aku dah cakap! Kau dgn Encik Jeffry ni memang ada apa-apa. Buktinya tadi kau panggil dia Jeffry jer kan?" Aku panggung kepalaku. Aku pandang wajah Nani. Saja ja tau nak bikin hatiku ini jadi gundah gulana. Aku ni dah la tak pandai nak bohong-bohong sunat ni.

Aku mengharapkan Nani untuk terus lupakan apa yang dia fikirkan tu. Tak kuasa aku nak melayan karenahnya. Hilang terus selera makanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience