Bab 9

Humor Completed 56541

Hari ku terus menjadi gelap. Pelbagai tanda tanya bermain di kotak fikiranku. Siapa wanita itu? Kenapa Jeffry ada dengannya. Adakah itu teman wanitanya?

Aduh, hari ini aku menjalankan tugas aku seperti biasa. Aku perlu kuat menahan perasaan. Pagi ni aku masuk bilik Jeffry macam biasa, membawa fail-fail projek untuk di tandatangani. Selesai saja Jeffry menandatangani semua fail aku pun bergerak untuk keluar.

"Nerin!,.tunggu kejap!!" aku tak jadi melangkah. Aku pandang wajah Jeffry.

"Saya nak kongsi berita gembira dengan awak. Awak luangkan sedikit masa untuk saya.Boleh?" Apa kena pulak dengan mamat sorang ni?

Tapi tak apalah. Dengar ja la. Bukannya rugi berjuta pun.

"Saya nak bertunang minggu depan. Insya Allah kalau tak ada apa aral malam tu kami nikah terus.Apa pendapat awak?'' Aku pandang Jeffry. Tak percaya.Secepat itu? Tentu gadis itu terlalu istimewa.

"Tahniah bos!,. Moga bahagia!" aku terus berpaling untuk melangkah pergi. Tapi nama aku dipanggil lagi.

"Nerin!" Langkahku mati disitu. Mahu atau tidak aku terpaksa berhadapan dengan situasi ini.

"Awak ikhlas ker ucap tahniah tu? Macam tu jer? Tak ada apa-apa komen?" Pelik!,. Aku nak komen apa lagi? Dah kau nak nikah. Nikah ajalah! Ada aku kisah? Aku membentak dalam hati.

"Bos nak suruh saya komen apa? Saya bukannya pakar perunding perkahwinan!" aku dah naik malas nak melayan tapi mamat sorang ni boleh lagi dok sengeh macam kerang busuk. Hangin betul aku!

"Apa nak buat orang dah tak sudi nak berbual dengan saya. Oh ya!,. nanti minggu depan jangan lupa datang tau! Saya jemput semua staf. Kalau awak tak ada nanti tentu majlis tu tak meriah," Ada tawa diakhir ayat Encik Jeffry.

"In syaa Allah!" sepatah aku menuturkannya dan terus berlalu.

Jeffry dah nak bergelar suami orang tak lama lagi. Tapi macam mana pula dengan Ida Nerina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience