Bab 8

Humor Completed 56542

Hari berganti hari perasaanku kepada Jeffry semakin memuncak. Kami memang rapat cuma dia tidak pernah mengatakan apa-apa yang dia suka atau ada perasaan kepadaku. Mungkin belum tiba masanya lagi.

Aku keluar shopping dengan Along di KLCC. Ramai betul orang. Yang aku paling rimas KL sekarang dah macam negara asing pula. Ramai pendatang asing yang keluar berlibur di hari minggu macam ni. Dah tu mereka suka keluar berkumpulan.

Ketika kami sedang membelek pakaian di sebuah butik, aku terpandang seseorang yang sudah acap kali aku lihat. Aku gosok mataku berkali-kali. Mana tahu kalau-kalau aku dah tersilap orang atau pun pelanduk dua serupa.

"Kenapa ni dik? Semacam jer Along tengok.Adik tengok siapa tu?" Along di sebelah dah mula menyoal.

"Tu ha,.. macam bos adik jer," aku muncungkan bibirku ke arah dua merpati sejoli di dalam kedai Habib Jewel bersebelahan dengan butik yang kami masuki. Ada sikit perasaan sebak yang bersarang dalam dadaku sebaik menyaksikan kemesraan dua merpati sejoli tersebut.

"Ya ker? Bos adik dgn siapa tu? Mesra jer along tengok. Adik tak nak pergi tegur ker?" aku kerling along sekilas.

Nak tegur Jeffry? Ishh,.. tak kuasa aku. Buatnya aku tak dapat menahan perasaan. Kan termelalak depan dia kang. Tak ker haru tu.

"Biarlah along!,. Kacau daun jer nanti!" aku buat muka orang yang tak ada perasaan. Walhal dalam hati aku ni, dah terguris luka. Sampai hati kau Jeffry! Di pejabat kau seolah beri aku harapan yang hati kau dah jadi milik aku, tapi di luar kau bermesra dengan wanita lain.

Saat tu aku macam nak resign ja. Dah malas nak masuk kerja, tapi aku masih waras.Biarlah Jeffry dengan hal dia! Mulai hari ini aku tekad nak buat macam biasa ja. Aku dah tak mahu fikir lagi soal hati dan perasaan.

Soal cinta dan sebagainya. Ingin aku lontarkan perasaan yang baru mula berkembang ni ke lautan yang maha dalam.

Biar terus bersemadi di dasarnya. Biar Allah yang tentukan jodohku. Aku dah tak kisah. Sekali terluka biarlah ku balut sendiri luka ku ini. Ahh, sedihnya Tuhan saja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience