Bab 10

Humor Completed 56541

Selepas aku tahu Jeffry nak kahwin aku terus pasrah. Aku nekad kalau ada yang masuk melamar aku akan serahkan segala urusan dan keputusan pada mama dan abah. Selalunya pilihan orang tua adalah yang terbaik. Mana ada ibu bapa yang nak buat aniaya untuk anak sendiri.Bukan salah Jeffry pun. Dalam hal ini aku yang bersalah. Cepat sangat menyimpan perasaan. Nampak sangat aku bertepuk sebelah tangan. Hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong. Tepat benarlah pepatah tu dengan diri aku ni.

"Nerin!,.mama nak cakap sikit dengan anak mama ni. Boleh tak?" Mama masuk dalam bilikku malam tu. Aku pelik. Selalu kalau mama nak cakap apa-apa tak pernah pula dia minta izin dari aku.

"Mama ni,. macam la tak pernah cakap dengan adik. Nak minta izin bagai," mama senyum padaku. Diusapnya tanganku lembut.

"Ini untuk masa depan Nerin. Tentulah mama nak kena minta izin. Kalau Nerin tak setuju mama dengan abah takkan paksa," kepelikan aku semakin bertambah. Apa maksud mama dengan masa depan aku?

"Maksud mama?" aku pandang mama.Dalam masa yang sama tangan mama aku pegang kejap.

"Macam ni Nerin.Siang tadi ada kawan abah yang datang melamar. Kawan lama abah. Itulah mama nak tanya pendapat Nerin. Err,.. satu lagi, kalau Nerin setuju mereka nak segerakan majlis. Siang bertunang, malam terus nikah," Hahh!,.. aku dah melopong. Macam tu pun ada ker? Tapi kalau nak difikirkan balik dengan keputusan nekad aku tak salah rasanya kalau biar mama dan abah saja yg buat keputusan.

"Adik tak tahu nak cakap apa mama. Baik untuk mama dengan abah. Baiklah untuk adik," aku bersuara perlahan. Saat ini memang fikiran aku tengah serabut dan aku percaya pada ketentuan takdir. Memang aku moden tapi mama dan abah dah didik aku supaya percaya pada ketentuan yang telah Allah aturkan dan satu lagi, aku hanya ingin jadi anak yang patuh.

Seminggu selepas itu,...

MAJLIS pertunangan siang tadi berlangsung meriah. Malam ni akan berlangsung pula akad nikah. Aku berdebar dalam gundah. Sepanjang seminggu ni aku terlalu sibuk hingga tak berpeluang langsung untuk mengenali siapa bakal suamiku. Bos aku tu seolah membalas demdam padaku. Teruk aku kena buli. Dah tu serius sepanjang masa. Tahulah sudah mahu bertunang. Aku pula yang dikenakannya.

Aku dibebani dengan kerja yang banyak. Dah tu setiap kali nak bermeeting di luar pejabat aku juga dipaksa menemaninya. Jauh atau pun dekat aku tak harus menolak. Memang stress betul sejak seminggu yang lepas tapi aku berjaya juga harunginya. Malam ini adalah malam penentuan. Aku bakal bergelar isteri orang dalam beberapa detik lagi. Akad nikah sedang berlangsung di ruang tamu manakala aku sedang menunggu pengantin lelaki di dalam bilik untuk acara pembatalan air sembahyang. Seram sejuk rasanya untuk membayangkan gelaran baru aku nanti.

Sedang asyik aku melayan perasaan pintu bilikku dikuak dari luar. Along dan Nani menerpa masuk. Aku dipeluk ke duanya bergilir-gilir.

"Tahniah adik!,. adik dah jadi isteri orang tau. Tak sabar betul cik abang adik tu nak pegang title suami. Siang bertunang, malam dah nikah. Sekali lafaz dah sah. Sayang sangatlah tu!" Along ni memandai-mandai ja buat ulasan. Jangan-jangan suami aku tu pun macam aku jugak. Kawin kerana permintaan orang tua.

"Tahniah Nerin!,. Tak sangka kau akan mendahului aku. Jelous betul aku. Dah tu dapat jejaka idaman gadis semalaya pulak tu!" Eira peluk aku dan lagakan pipinya dengan pipiku kiri dan kanan. Aku tak faham apa maksudnya. Dalam masa darurat macam ni aku dah tak ada masa untuk fikir semua itu.

Bilik diketuk dari luar. Along menuju ke pintu dan membukakannya. Debaran aku semakin kencang. Aku tunduk ke bawah. Langsung tak berani panggungkan kepala. Aku dihampiri dan tangan aku dicapai. Sepasang tangan milik seorang lelaki kini sedang menyentuh tanganku. Jari manisku disarungkan dengan sebentuk cincin. Cantik! Sempat pula aku memuji didalam hati. Akhirnya dahi aku dikucup. Aku terpempam seketika menghayati kesyahduan kucupan tersebut.

"Selamat pengantin baru sayang!" ada bisikan lembut di telingaku. Perlahan dan romantis.Sekejap!,. Aku macam pernah ja dengar suara tu. Tapi di mana ya? Aku pantas donggakkan kepala dan mataku bertembung dengan si pemilik suara tadi.

"Bos? Macam mana bos boleh ada di sini? Apa bos buat disini?" bertalu-talu soalan aku ajukan pada Jeffry di depanku. Segak dan tampan dengan baju melayu yang senada warna dengan bajuku. Jeffry hanya menghadiahkan aku senyuman. Soalanku tak dijawabnya. Datang pula seorang perempuan sebaya mama yang menyarungkan cincin pertunangan aku siang tadi. Aku dipeluk dan diciumnya. Menyusul pula seorang gadis manis. Gadis tersebut tersenyum padaku. Menyalamiku dan mencium pipiku kiri dan kanan.

"Tahniah Kak Nerin!,. Selamat pengantin baru!" Aku pandang Jeffry di sebelah. Otakku ligat berfikir.

Macam pernah tengok gadis ni, tapi kotak fikiranku memang dah buntu habis. Terus membeku!

"Sayang! Ni adik abang,. Kenalkan Adik saya,"Jeffry di sebelahku yang dah mula memaut pinggangku memperkenalkan aku pada gadis tersebut.

Terjawab segala persolan. Baru aku ingat gadis inilah yang aku jumpa bersama Jeffry di Habib Jewel hari itu. Patutlah mesra sangat rupanya adik dia. Aku senyum mengingatkan kebodohan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience