Bab 2

Humor Completed 56541

Aku mengagahkan tangan ku untuk ke biliknya. Pintu ku ketuk kuat.Perlahan karang bos tak dengar pulak.

"Masuk!" terdengar ada yang melaung dari dalam. Bos aku la tu.Siapa lagi? Aku pulas tombol pintu.

"Assalammualaikum bos!,.Selamat pagi!" aku bagi salam. Dengan tertib aku menghampiri bos. Ada seorang lelaki lain bersamanya yang membelakangiku.

"Waalaikummussalam,.pagi Nerin.Duduklah!" bos aku a.k.a Tuan Jamira mempelawa aku duduk di hadapannya di sebelah tetamunya tadi. Serba salah pula aku dibuatnya. Mamat ni pula ala-ala mat saleh la pulak. Rambut perang. Hidung tinggi. Sedap juga mata memandang. Terpikat pulak eden nengoknyer. Hehe. Aku mula berbisik di dalam hati. Gatal!

"Duduk sini ker bos?" aku bertanya dungu sambil menunjukkan kerusi di depanku.

"Habis tu!,.takkan awak nak duduk atas kerusi saya pulak kot?" Adehh,.. terkena juga aku.Tulah,. padam muka. Siapa yang suruh tanya soalan bodoh tu?

"Hiesy,..bos ni ke situ pulak!,.Saya mana layak nak duduk kerusi bos tu!" aku sengeh. Nak cover line muka aku yang dah mula membahang.Malu!

"Nerin!,.sebelum tu saya kenalkan anak saya Jeffry Jovian," Wow!,. Panjangnya nama. Macam nama mat saleh la pulak!

"Hai!,.nice to meet you," Alahai!,.speaking la pulak.Jangan-jangan mat saleh celup ja ni.Hihihi,.

"Err,..hai! Maaf la Encik Jeffry ! Saya ada wudhuk ni," Hah! Blasah ja ngko nak tipu pun biar ja yang logik. Bedal sajalah.

"Ohh,..ok!" Jeffry menarik kembali tangannya yang dihulurkan sebentar tadi. Aku tergelak dalam hati.

"Ada apa bos nak jumpa saya ni?"

"Macam ni Nerin,.mulai esok saya nak kena outstation ke Kuala Trengganu. Nanti Jeffry akan gantikan saya untuk handle syarikat di sini. Saya harap awak dapat berkerjasama dengan Jeffry .Boleh?" panjang lebar bos aku ni bagi penerangan. Mahu atau tidak rasanya aku tiada pilihan. Dah nama pun aku ni secretary bos.

"In syaa Allah bos! Saya ok jer!" aku buat pengakuan jujur. Selesai kerja aku di bilik bos aku pun keluar dan memulakan kerja harian.

"Apa bos nak?" Nani menghampiri mejaku sebaik saja nampak aku keluar dari bilik bos.

"Bos nak outstation so dia nak aku bekerjasama dengan anak dia tu," aku jawab malas.

"Anak bos? Siapa?" tak puas hati dengan jawapan aku Nani bertanya lagi.

"Yang ada dalam bilik bos tu la,." aku muncungkan bibir menghala ke bililk bos.

"Ehh,..biar betul kau ni? Aku tak tau pulak bos ada anak handsome macam tu!" Aku pandang muka Nani. Banyak songeh pulak dia ni tau!

Dalam hatiku juga berbunga-bunga. Memang benar pun, wajah anak bos memang handsome betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience