Chapter 7

Family Completed 16148



Bab 7

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Aku terbaring di atas katil hospital.

Saat itu hanya ada mama. Sebab papa masih ada urusan di pejabatnya. Leya dan kak Anis dari tadi petang tak kelihatan batang hindungnya.

Adakah mereka sudah lupakan aku? Maklumlah aku ni dahlah sakit , menyusahkan orang banyak karenah mungkin.

Tapi bukan aku minta pun sakit ni. aku tak mahu sakit. Aku nak sihat mcam mana mereka. Aku pun tak mahu susahkan orang lain.

Ahhhh…banyak pulak yang aku fikirkan. Mungkin mereka balik rumah ada ada hal di rumah. Siapa tahu. Aku pun sejak sakit ni sensitive sangat. Tapi aku sudah tak ada masa. Masa aku sangat singkat. Aku nak habiskan masa-masa aku dengan orang yang aku sayang. Orang yang aku cinta.

Sedihnya hari ini. Aku terasa sunyi. Bila sunyi ni mula lah teringat kat si dia seorang. Bila lah dia nak datang melawat aku. Buat kali terakhir. Hurmmm….

Tiba-tiba pintu terbuka dan sosok lelaku yang selama ini kurindukan muncul dari balik pintu.
Aiman...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience