CHAPTER 8

Action Series 5187

Satu peta besar dibentangkan ke atas meja, bella yang berada di antara penjuru meja menggariskan beberapa garisan di atas peta tersebut menggunakan marker berwarna merah.

" Wow...diaorang ni macam buat perangkap bomoh lah pulak , berapa banyak anjing dia jaga keliling... "
celah Azyan, dari tadi dia hanya memerhati bella melukiskan garisan, boleh penuh jugaklah peta tu dengan marker merah.

Sebab apa? sebab banyak babi tak berbayar.

" So, kita semua kena berpecah? " tanya Armand senada.

wajah bella dipandang serius kemudian dipandang pula Kyzo yang berhadapan dengannya.

" Nampaknya macam tulah, that's why it's the only way we have it." bella mengangguk-ngangguk perlahan kepalanya, marker merah diselit ke tepi telinga.

" its okay bro, berpecah belah itu biasa... tapi, bukan ke ada private room dekat belakang ni ? " soal Riz yang dari tadi hanya menyepi. jari telunjuknya diletakkan ke hujung sudut peta yang hampir dengan gambaran sebuah pintu pagar besi besar.

semua yang berada di situ memandang satu sama lain.

tiba-tiba Azyan yang berada di sebelah Riz menepuk kuat bahunya.

" Woahhhh...tak aku sangka kau sebijak patrick !! "

" Patrick bodohlah, duduk bawah tanah ! " balas Riz, tangannya disilangkan ke dada.

" Private room ni pon takde bodyguard yang jaga pagar, jadi..."

Kyzo yang dari tadi hanya mendengar sudah menggelengkan kepala.

Ni kalau aku ikut cadangan minah ni confirm mati awal, takpon cacat separuh badan, haihlaaa.

" Jangan masuk ikut situ boleh jadi takde bodyguard tapi ada perangkap. diorang tak bodohlah tinggalkan kawasan takde orang jaga. " celah Kyzo, badannya yang disandarkan pada kerusi sudah ditegakkan.

Marker merah yang berada di tangan bella diambil dan diconteng beberapa bulatan di atas peta.

bella yang terkejut dengan tindakan Kyzo hanya membiarkan sahaja kelakuan jejaka dingin itu.

" See? tiga tempat ni sahaja yang jauh dari bangsal bodyguard kalau diorang panggil Mem yang lain pun takkan sempat kalau kita dah serang dulu. " terang Kyzo.

tiga bulatan. satu tepat berada di pintu utama, kedua tepat di pintu laluan bawah tanah yang straight tepat masuk ke dalam rumah , yang ketiga jambatan kecil yang menghala ke dalam hutan belakang rumah agam tersebut.

bella yang mendengar rancangan Kyzo sedikit tergamam. tidak terpikirkan oleh dia tentang tiga laluan itu tadi.

" Tapi, kita memang kena ambik port lain jugak untuk berjaga-jaga. Daniel , bukan orang yang buat kerja sambil lewa. " sambung Kyzo lagi, badannya disandarkan kembali ke kerusi.

peta yang terbentang luas dipandang tajam, bella mengangguk-nganggukkan kepalanya perlahan apabila pandangannya tiba di satu sudut yang menghala ke pintu belakang rumah tersebut, bibirnya tersenyum senget.

Kyzo memerhati bella yang berada di tengah-tengah meja, senyuman gadis itu yang walaupun mungkin hanya dia yang nampak tapi itu bukan senyuman bahagia melainkan senyuman yang penuh dendam.

aku tak rasa kau bodoh bella cuma kau jenis pendiam, tapi dalam otak penuh rancangan maut.

sebodoh-bodoh kau pon aku tahu kau lebih licik dari aku.

Sniper putih yang tergantung dicapai dan disandang ke bahu, beberapa peluru disumbat ke dalam poket.

" Wahhh...dah macam lama tak main tembak-tembak, teruja pulak hahaha..." senyuman terukir dihujung bibirnya.

Setelah beberapa saat menunggu kaki segera melangkah masuk ke dalam perut lift, butang yang tersorok di salah satu speaker lift tersebut ditekan.
automatik lift turun ke tingkat paling bawah.

Tempat yang ingin ditujuinya adalah bilik latihan menembak serta bilik-bilik lain yang sememangnya hanya orang tertentu sahaja yang boleh menggunakan.

" Alfro, open the barrier " arah bella.

Alfro yang memang sudah maklum dengan kehadiran bella segera mengangguk dan berjalan menuju ke arah satu besi yang tertutup, punat merah ditekan.

perlahan-lahan besi itu terbuka, namun dibelakang penghadang besi masih ada lagi satu kaca lutsinar yang menutup bilik itu.

dalam keadaan yang masih gelap kaki melangkah perlahan menuju ke depan remote yang berada di tangan ditekan, serta merta bilik yang tadinya gelap gelita kini sudah terang seterang-terangnya.

muncullah sesosok tubuh seorang wanita disebalik kaca yang duduk terikat pada sebuah kerusi.

pemandangan bilik itu hanya terisi dengan beberapa perabot sahaja, kerana bilik itu bukan untuk orang yang tidak berhati perut menghuni.

bella tersenyum sinis memandang wanita itu, sniper diangkat tinggi.

" Hi mother ! How are you today? do you miss me ?! " soal bella sinis.

sniper dipegang erat menghala ke arah Lyzia yang meronta minta dilepaskan.

bella memberi arahan kepada Alfro untuk pergi membuka ikatan di mulut Lyzia.

" Apa kau nak hah sial !!! kau mema....."

BANG !!!

peluru sniper yang dilepaskan oleh bella tersekat pada dinding kaca itu membuatkan Lyzia tergamam seketika.

" Fuhh...nasib baik dinding ni kalis peluru kalau tak kau dah kau mesti dah tak nampak aku, kan? "

sniper diangkat tinggi sekali lagi namun satu peluru tiba-tiba lalu tepat di sebelah mukanya, badannya segera dipusingkan ke belakang.

beberapa tembakan dilepaskan, namun gerangan yang dicari masih tidak muncul.

tiba-tiba muncung pistol hinggap di belakang badannya.

" Game...over . " sebut satu suara.

bella yang seakan kenal dengan gerangan suara terus mencapai lengan lelaki itu dan memutar kebelakang lalu kakinya disepak kuat menggunakan kasut boot hitam tebal yang dipakainya.

" Adoiii makk, sakit pinggang aku bodohh..." jerit Jefry, pinggangnya yang terhempas kuat digosok.

" Bongok punya anak cakap mak bodoh, nasib aku bukan mak kau " bella bangun dari duduknya, tangannya dikibas ke baju menghilangkan debu yang melekat.

maklumlah bilik tu bukannya dikemas 24 jam tapi 24 bulan sekali kemas.

bella mencapai snipernya yang jatuh baru sahaja dia ingin menoleh ke arah Lyzia pandangannya terhenti kearah satu sosok tubuh yang berdiri tegak dihujung sudut bilik.

" Abang bawak sapa dalam bilik ni bang? " soal bella perlahan, wajah Jefry dipandang tajam.

" Malaikat maut "

" Ceh, malaikat maut konon, tapi kalau dia nak ambik abang dipersilakan. " perli bella.

siapa lagi kalau bukan mamat beku yang diajak oleh Jefry, tengok gaya sudahlah.

butang merah yang berada di tepi dinding kaca ditekan apabila mengetahui Kyzo yang masuk ke dalam bilik itu walaupun semestinya jejaka itu sudah nampak apa yang terjadi.

" Abang buat apa turun bawah? " tanya bella, tin air bikarbonat yang dibawa turun tadi diambil.

" Abang nak ambil barang dekat Alfro tadi "

bella mengangguk-nganggukkan kepalanya.

" Ouh bella lupa nak bagi abang ni " tangan menyeluk ke dalam poket jaket bajunya.

satu kunci yang masih berkilat dibaling kepada Jefry.
Kyzo yang juga berada di situ hanya memerhati namun pandangannya lebih kepada bella yang berpakaian serba hitam.

minah ni macam nak pergi berperang pun ada.

" Kunci apa pulak ni? " tanya Jefry, kunci yang bercorak seperti buatan tangan itu dibelek.

" Kunci bilik hujung tu, tapi jangan masuk bilik tu sekarang. better masuk lepas balik dari england... "

Ad / Ky : watak yang sama tau just author kadang tersilap nama. ^^

Share this novel

norsila
2021-12-02 20:23:57 

tamat ke?

norsila
2021-11-18 22:57:46 

eemmm..lamonya...

norsila
2021-10-16 23:23:19 

slow sgt..


NovelPlus Premium

The best ads free experience